Keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka. Jadi bagi memastikan anak dapat zat yang diperlukan, anda boleh ikut tip dibawah.
TIP DAPAT ZAT MENCUKUPI
Antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa memastikan anak mendapat zat mencukupi adalah:
1. Pastikan dalam setiap hidangan makan berat (sarapan pagi , makan tengahari, makan malam)
terdapat
• Sumber karbohidrat (contoh nasi, mi, mihun, kuetiau, roti, capati, tosei dan lain-lain)
• Sumber protein (ayam, ikan, daging, makanan laut atau telur)
• Sumber serat (gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan)
Ads
Kebanyakan ibu bapa menganggap jika anak tidak makan nasi maka mereka tidak cukup zat. Anggapan ini tidak tepat kerana sumber karbohidrat boleh dipelbagaikan seperti contoh di atas. Namun yang paling penting, ibu bapa perlu memastikan setiap kali makan ada gabungan tiga sumber zat makronutrien yang utama.
Contoh menu lain yang masih mempunyai gabungan tiga makronutrien seperti masakan makaroni dan keju (ada ayam dan brokoli), spageti Bolognese (campuran lobak merah, kacang pis dan daging), mi goreng dan pelbagai hidangan lain lagi. Ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif ketika penyediaan makanan dan bagaimana mahu menggabungkan ketiga-tiga makronutrien.
2. Wajib mengambil tiga makan utama, jangan tinggalkan atau elak makanan waktu itu. Kajian yang dilaksanakan pada 2007 hingga 2008 menunjukkan seorang dalam tiga murid sekolah rendah tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Ini akan memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemungkinan untuk memakan makanan yang tidak sihat sewaktu rehat.
3. Selain itu, ibu bapa juga boleh mencipta dan mencuba resipi yang menarik untuk meningkatkan minat anak mengambil makanan yang sihat. Contohnnya naget dibuat sendiri, ais krim sihat (susu dan buah) dan sandwic berbentuk kartun.
Ads
Lebih menarik jika ibu bapa turut babitkan anak ketika proses membuat makanan sebagai aktiviti menyeronokkan yang secara tidak langsung menggalakkan mereka menikmati makanan yang dimasak sendiri itu.
Kalau anda buntu nak masak apa untuk anda, anda boleh cuba resipi nasi goreng kampung. Boleh letak pelbagai jenis sayur kesukaan anak-anak. Selamat mencuba!
RESIPI NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahannya:
● 3 cawan nasi
● 6 ekor udang, dibuang kulit
● 2 ekor sotong, dipotong bulat
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
● 1/2 ikat sayur kangkung
● 1 mangkuk kecil karot, didadu
● 1 sudu besar sos ikan
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 biji telur
● 2 ketul fish cake, putong dadu
● ikan bilis goreng
● serbuk lada sulah
● garam dan gula secukup rasa
Ads
Bahan untuk tumbuk kasar:
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada masanya anak memang tolak nasi. Mereka pun dah bosan dengan makanan utama yang sama setiap hari. Menu ini khas untuk anak reject nasi. Boleh cuba pasta dan mi pula mommies!
4 menu ini dikongsi untuk ibu-ibu cuba, selamat mencuba!
1.Rebus spiral pasta sehingga kembang dan lembut.
2.Kukus/rebus labu sampai empuk. Lenyek2 dan ketepikan.
3.Panaskan pan dengan sedikit minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih.
4.Gunakan api sederhana, masukkan susu full cream, labu yang da dilenyek dan jagung.
5.Kemudian,masukkan serbuk ayam. Kacau2 sebati.
6.Masukkan isi ayam. Kacau sampai jadi sos pekat. Bergantung pekat mana ibu nak.
7.Siap. Boleh dihidang bersama pasta, kentang putar, dan lain-lain.
Selamat mencuba.
*Untuk susu 125ml tu biasa mama buat 2 portion makan.
P/s: Kalau anak alahan susu full cream,boleh ganti santan fresh/susu tepung (dibancuh dulu).
BEGEDIL KENTANG & PUMPKIN SAUCE
-BEGEDIL KENTANG-
Bahan-bahannya:
Kentang 2 biji sederhana
Bawang merah cincang
Daun sup cincang halus
Telur 1biji (untuk celup masa nak goreng)
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1.Rebus kentang sampai empuk. Lenyekkan kentang. Lenyek masa panas-panas menggunakan potato masher atau garfu.
2.Lepas tu, campurkan bawang merah dan daun sup. Gaul sebati.
3.Biarkan seketika untuk bagi sejuk sedikit.
4.Boleh bentukkan begedil.
5.Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau guna garfu supaya sebati.
6.Celup begedil di dalam telur dan goreng dengan minyak yang panas sehingga kekuningan.
7. Untuk alih bahagian, tunggu bahagian bawah begedil garing untuk mengelakkan begedil hancur.
👉👉 Lepas bentukkan tu mama masuk dalam freezer kejap dalam 30 minit. Lepas tu baru goreng. Easy as ABCD kan?😁😁😁
Dah siap!! Boleh hidang. Mama letak pumpkin sauce atas begedil tu. Sedap je Aisy makan. Mama pun sambil suap mulut sendiri juga.😆
PASTA GORENG IKAN
Bahan-bahannya:
Pasta campur 2 sudu besar
Ikan kembung 1 ekor (rebus dan ambil isi sahaja)
Bawang merah cincang
Bawang putih cincang
Cili paste 1 kiub
Carrot sagat
Mixed herbs
Sedikit air
Cara-caranya:
1.Rebus pasta sampai kembang dan lembut.
2.Tumis bebawangs dan cili paste.
3. Masukkan air sedikit dan tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Masukkan pasta, carrot dan isi ikan kembung.
5. Gaul sebati. Tabur sedikit mixed herbs untuk naikkan aroma. Siap sudahhh!!
MI GORENG AYAM VERSI BABY
Bahan-bahannya:
Mi baby
Isi ayam cincang
Bawang merah cincang
Bawang putih cincang
Carrot potong dadu kecil
Serbuk ayam
Mirepoix 1 kiub
Sedikit air
Cara-caranya:
1.Rebus mi baby sampai lembut.
2.Tumis bebawangs.
3. Masukkan air sedikit.
4. Masukkan mi, carrot dan isi ayam.
5. Masukkan serbuk ayam, mirepoix dan gaul sebati. Siap!!
Bercerita mengenai kek, tepung pastinya menjadi elemen utama dalam pembuatan kek. Namun bagaimana pula menghasilkan kek tanpa tepung? Resipi kek tanpa tepung yang dihasilkan oleh Pn Haniza Hamzah ini sememangnya cukup hebat.
Resipi Kek Coklat Magik ini dihasilkan daripada empat bahan sahaja, tanpa tepung, telur mahupun mentega. Nak tahu bagaimana cara membuatnya dan apa rahsianya hingga teksturnya lembut seperti kek biasa? Ini resipinya.
RESEPI RAHSIA KEK COKLAT TANPA TEPUNG
Kek coklat tanpa tepung ni Kak King panggil Kek Coklat Magik sebab : ❌ TEPUNG ❌ KOKO ❌ BUTTER ❌ TELUR ❌ MINYAK
Dah tu, mudah pulak tu nak buat. Guna 4 bahan dan bakar 15 minit je dah siap. Untuk kawan-kawan yang dalam kawasan PKPB, kot-kot teringin nak makan kek tapi bahan-bahan kek tak cukup, boleh la try resepi ni. Serius sedap dia sama je dengan kek coklat biasa tu.
Ok, jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat KEK COKLAT TANPA TEPUNG.
Kisarkan kesemua 2 bungkus Chipsmore sampai hancur halus. Kisar hingga hancur, baru korang sukat sampai 350 gram ye. Jangan sukat biskut yang sekeping-sekeping tu ye.
Setelah semua biskut dikisar, panaskan susu sejat dan biarkan susu menjadi suam. Sukat susu yang telah dipanaskan tu. 1 tin susu sejat berat dia 390 gram. Kita nak guna 370 gram sahaja. Jangan tuang semua ye.
Masukkan biskut yang telah dikisar ke dalam mangkuk besar dan tambahkan baking powder. Kacau hingga sekata.
Masukkan susu suam ke dalam mangkuk biskut dan kacau adunan hingga sekata. Adunan ni kalau korang yang ada hand blender tu, nak blend balik pun boleh. Kking takde, so tak blend pun.
Panaskan dulu oven selama 5 minit suhu 170 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang dilapisi baking paper kemudian bakar selama 15 minit. Bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan kek dari loyang, lalu sapukan Hazelnut spread /Nutella di atas kek. Pada korang yang takde spread ni, korang boleh tambahkan sedikit gula dalam adunan kek. Sebab kek ni tak berapa manis.
Potong kek dan hidangkan dalam pinggan. KEK COKLAT MAGIK sedia untuk dinikmati. Tekstur kek lembut weehhh. Serius sedaaapp!!!
Moga bermanfaat.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kentang goreng antara menu yang cukup mudah disediakan pada anak-anak kita. Selain tinggi karbohidrat, kentang juga cukup mengenyangkan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Solusi untuk anak-anak yang kurang gemar makan nasi dan boleh dijadikan untuk minum petang. Pun begitu, jangan tambahkan dalam garam untuk anak di bawah usia 2 tahun.
Kurangkanlah garam untuk anak-anak yang sudah besar kerana itu adalah yang terbaik. Sikit sahaja sudah mencukupi. Resipi potongan zigzaq yang dikongsikan oleh Fafae Mimie ini rupanya membuatkan kentang jadi lebih rangup. Tak percaya jom kita cuba buatkan petang ini?
Malam-malam buat frozen fries. Beza rupanya ya buat bentuk zigzag ni dia lagi rangup dari potong pisau. Bagi anak yang suka sangat makan fries, boleh la try buat ni, sebjik rasa macam fries frozen tu.
Kentang.. pilih yang bulat dan comel-comel je. Senang nak potong nanti.
Hiris dulu.
Saya guna hujung penyagat ni je, saya search resepi dalam ni baru la tau benda alah ni boleh potong kentang.
Siap potong.
Didihkan air, rebus dalam 6 minit. Toskan.
Gaul dengan tepung gandum sikit dalam 3 4 sudu je dan 1 2 sudu lada sulah. Kalau budak kecik nak makan kurangkan lada sulah, nanti pedas pulak.
Goreng.. untuk frozen goreng separuh masak je. Untuk makan, goreng lama sikit sampai keperangan rangup.
Nak makan gaul dengan secubit garam (kalau bayi tak payah). Siap!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.