Menikmati sepinggan nasi goreng sebaik diangkat dari kuali memang terasa kenikmatannya. Apa lagi nasi yang pedas dan menyengat seperti Nasi Goreng Sardin ini.
Bukan hanya sardin sebagai penyedap, bahkan cili yang ditumbuk buat nasi jadi lagi sedap. Jom cuba nasi goreng simple yang dikongsikan oleh Aisha Shukor ini. Memang terbaik!
Nasi Goreng Sardin Cili Tumbuk yang nikmatnya untuk malam ni. Buat satu kuali besar, anak-anak solehah makan buat alas perut je dulu, tinggal separuh lagi nak makan lepas balik dari Taekwondo nanti katanya.
Bahan-bahan:
4 pot nasi putih
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Ikan bilis
1 tin sardin
Garam secukup rasa
Ok tumbuk cili api dulu, lepas tu baru masuk bawang putih dan bawang besar. Last sekali baru tumbuk ikan bilis.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk tu sampai garing.
Ads
Masuk sardin tin kecik dengan kuah-kuahnyar sekali, tak banyak mana pun kuah dalam tu. Ok ni nak nasihatkan mengikut pengalaman sendiri, sila guna je sardin biasa tu sebab bila gatai-gatai nak try yang “Fried Mackerel” ni dia manis.
Masukkan garam secukup rasa.
Ads
Ketepikan dan pecah telur. Biar situ jangan kacau.
Masuk nasi yang diramas manja-manja.
Masukkan sawi ke kobis ke ikutlah. Jangan letak bendi ke pucuk paku ke udahle.
Ads
Goreng la lagi 5 minit sampai nasi garing betul..siap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masuk hari yang ke 10 sudah kita berpuasa, anak-anak pun dah jemu makan nasi. Apakata mama papa hidangkan pula menu yang berbeza untuk mereka berbuka puasa. Yang penting cukup khasiat dalam bahan-bahan yang digunakan.
Cara penyedianya sangat mudah! Selamat mencuba.
Mana tahu dapat idea untuk buat berbuka nanti. Kentang bakar yang senang dibuat sedap dimakan …
1. Kentang dibasuh dan gosok bersih kulitnya sebab kita bakar dgn kulit2 . Belah dua kentang
2. Sapukan kentang dgn minyak zaiton dan tabor sedikit garam
3. Letakkan kentang di atas baking tray yang besar.
4. Panaskan oven 200˚C.
5. Bakar kentang selama lebih kurang 40 minit. Selepas 25 minit pertama balikkan kentang supaya ia masak rata. Sambung bakar lagi hingga genap 40 minit atau sehingga kentang lembut.
6. Keluarkan kentang dari oven & sejukkan sebentar. Korek isinya …. hanya tinggalkan kira-kira ¼ ~ ½ inci isi kentang (bergantung saiz kentang yang anda guna) pada kulitnya ..lenyek2 separuh isinya sebab kita nak masukkan dalam inti nanti
7. Tumis bawang dgn butter hingga layu…kemudian masukkan daging, sos ,serbuk kari ,mayonis, garam dan lada hitam..rasa lerr masin pedasnya.
8. Bila daging dah masak masukkan isi kentang tadi ( jgn masuk semua, agak2 lah …sy ambil dalam separuh isinya).. kacau rata
9. Tutup api,masukkan daun bawang .
10. Intikan setiap kentang yang dikorek tadi dengan daging & cheese. Tabur oregano di atas cheese
11. Aturkan kentang di atas baking tray. Bakar lagi kentang selama kira-kira 8 ~ 10 minit, atau sehingga cheesenya cair.
Ada yang teringin sambal bilis garing. Jika anda salah seorang peminatnya, boleh cuba buat sendiri. Caranya sangat mudah. Bila dah tau langkah penyediaannya tak perlu nak beli lagi.
Biasanya sebotol sambal bilis garing ni, harganya dalam RM10 hingga RM15 tengok pada kuantiti. Sambal bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasi panas begitu sahaja pun dah cukup berselera.
Jom tengok resipi dikongsikan oleh Puan Siti Zubaidah Hassan
Sambal Garing Pedas Homemade
Bahan-bahan:
– Cili kering yang pedas (cuci, tos dan goreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing) dan blend kering dengan sedikit garam (guna garam halus )
– Ikan bilis (goreng garing )
– Bawang merah (goreng garing)
– Bawang putih (goreng garing)
Cara-cara:
– Panaskan sedikit minyak (2,3 sudu makan) guna api kecil.
– Masukkan semua bahan kacau biar sebati, tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas. Siapppp
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Kita jarang mempelbagaikan resipi daging goreng. Pun begitu resipi daging goreng rangup perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama kena cuba.
Resipi ringkas menggunakan karemel dari bawang Holand yang dikemudiannya di masukkan ke dalam tumisan daging dan juga nasi buat rasa daging jadi lebih sedap. Memang sedap dan lain daripada yang lain.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju (kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri.
Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua (double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.