Aneka nasi istimewa antara resipi yang cukup popular di musim perayaan ini. Walaupun beraya ketika masih dalam tempoh PKPB, namun memasak juadah untuk meraikan anak-anak di rumah seharusnya tidak diabaikan. Raikanlah mereka dengan menyediakan hidangan yang enak sepanjang waktu ini.
Antara nasi yang cukup popular adalah Nasi Hujan Panas. Bukan hanya disukai kerana gabungan warnanya bahkan rasanya juga cukup enak ditambah dengan cara memasaknya yang cukup mudah dan ringkas. Tak perlukan beras Basmathi, beras biasa juga sudah cukup membuatkan nasi anda sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Eka Afiqah ini.
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan:
Beras
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang & kulit kayu manis
Daun pandan
Susu cair -1/2 tin
Air secukupnya
Posted by Eka Afikah on Wednesday, 30 May 2018
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis serta daun pandan sampai wangi.
Kemudian masukkan beras, susu cair setengah tin. Air sukat macam biasa.
Bila nasi dah kering, masukkan pewarna yang dicampur dengan air. Tutup sekejap kemudian baru gaulkan nasi. Saya guna garfu.
Sambal Ayam
Bahan-bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Cili kering
Air asam jawa
Garam dan gula
Sos cili
Blender bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering. Tumis sampai garing.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Saya letak sos cili sedikit.
Biarkan sekejap dan angkat.
# Resepi saya simple je, campak-campak tak sukat pun.
Resipi wajib cuba: Apam Mekar Gebu Gebas Blend Sebati Kukus Sahaja, Mudahnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI