Nasi Impit Goreng, Hidangan Sarapan Pagi Buat Seisi Keluarga!

Share

Dah penat makan nasi impit dengan rendang raya ni tapi taknak membazir? Takpe, boleh cuba resipi nasi impit goreng. Mudah dan sedap. Cepat je nak sediakan. Tak makan masa yang lama pon.

Boleh buat untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Untuk anak bawa bekal ke sekolah pun boleh. Pasti anak- anak suka. Cepat habis makan dengan rakan- rekal. Jom lihat resipi yang dikongsika di Facebook.

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Zubaidah Sarkawi di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.

RESIPI NASI IMPIT GORENG

Sumber foto: Facebook Siti Zubaidah Sarkawi

Semalam anak sulung bawa balik nasi impit lebihan jamuan raya… kawan- kawan suruh buat la apa- apa dengan nasi impit tu… sayang kan dari tak termakan… pagi ni sempatkan juga buat nasi impit goreng… boleh lah makan dengan kawan- kawan dan ustazah nanti.

Ramai juga peminat Nasi Impit Goreng ni ya… saya sertakan resipi di bawah tapi sukatan ikut citarasa sendiri ya sebab saya pun main letak- letak je.

Bahan- bahan:
– Bawang besar*
– Bawang putih*
– Cili kering*
– Sedikit belacan*
– Ikan bilis*
– Gula
– Garam
– Kicap pekat
– Kicap masin
– Sos tiram
– Fishcake
– Isi ayam
– Daun sup
– Bawang goreng
– Nasi impit

Cara- cara:
1. Kisar halus bahan yang bertanda (*).
2. Tumiskan bahan kisar halussampai pecah minyak.
3. Masukkan gula, garam, kicap pekat, kicap masin dan sos tiram.
4. Setelah sebati, masukkan fishcake dan nasi ayam.
5. Kacau sehingga sebati dan masukkan pula nasi impit yang telah dipotong dan juga daun sup.
6. Gaul rata, biarkan seketika.
7. Buat lubang di tengah kuali dan pecah telur.
8. Gaul mesra bersama nasi impit.
9. Setelah siap, boleh angkat dan hidangkan bersama bawang goreng.

Baca Juga:

Puding Tutti Fruity Warna- Warni, Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah. Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru!

Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!

Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!

Jika suka sayur atau bahan lain seperti udang boleh lah buat penambahan ya.
Selamat mencuba!

Mudah sahaja resepi nasi impit goreng ni. Bahan yang digunakan juga tidak terlalu rumit dan senang untuk dicari. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Published by
Zetty Mazlan