Kalau masak nasi, pastinya ada lebihan yang tak dimakan. Jangan pula mama buang kalau tak ada idea nak buat apa. Mama boleh cuba resipi yang dikongsi ini untuk buatkan menu si manja.

Baca: “Ciuman Terakhir, Syafaat Untuk Abi Ummi Di Akhirat” Bayi Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Meninggal, Bapa Mohon Doa Ramai

Breakfast Opa hari ni Crispy Rice Patties sebab semalam punya nasi tak laku ?. Ok alang-alang tu nak share terus antara menu Opa yang guna leftover rice. Tahu tak kebaikan dan khasiat nasi sejuk semalam tu?

Kata nya nasi sejuk tu prebiotik. Tau kan prebiotik and probiotik tu penting untuk usus yang sihat? Immune yang kuat datangnya dari usus yang sihat. So jangan takut-takut nak guna nasi sejuk (selagi tak basi la kan) as long as anak anda tak ada masalah GERD atau kembung perut ok?

Berikut ialah resepinya;

Cheesy rice egg muffin

Ads

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

  1. masukkan capsicum, udang cincang, nasi, baby spinach dalam muffin tray
  2. pukul telur. Season dgn garlic powder and sedikit lada hitam. Boleh jugak nak letak serbuk ikan bilis
  3. masukkan telur ke dalam tray. Jgn penuh sgt. Tabur cheese. Tabur parsley flakes.
  4. bakar dalam oven. 180°c 15minit. Siap.

Nasi goreng simple

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

  1. Tumis bawang merah, bawang putih cincang sampai garing.
  2. Pecah telur and hancurkan. Perasakan dgn serbuk bilis. And masuk nasi. Gaul sebati. Siap

Rice omelette

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

Ads
  1. Pukul sebiji telur.
  2. Masukkan sayur pilihan and nasi.
  3. Gaul sebati and goreng mcm telur dadar. Siap

Jejari cucur nasi

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

  1. Blend nasi, udang dgn sikit air
  2. Masukkan dalam mangkuk. Tambah sikit tepung. Macam nak buat jemput kepekatan adunan dia ya.
  3. Campur la sayur mayur apa yg nak. Mama campak daun kucai, carrot je. 
  4. Gaul adunan sebati. Masukkan adunan dalam plastik bersih and gunting hujung plastik tu (mcm cara piping org buat kuih tu).
  5. Dengan minyak panas and byk, pipe adunan terus ke dalam minyak panas. Potong ikot size yg sesuai. Biar garing and angkat toss minyak siap.

Baked cheesy rice

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

Ads
  1. Blend baby spinach, nasi and cheese.
  2. Masukkan dalam cup cake and bakar 180c 25mins. Dah siap

Nasi goreng seafood

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

  1. Tumis tomato paste (blend bawang merah, tomato, bawang putih and capsicum) sampai pecah minyak. Masukkan serai and daun limau purut.
  2. Masukkan udang. Gaul sebati
  3. Masukkan nasi. Gaul2 and goreng sampai nasi agak garing. Siap

Sumber: Syida Dea Lurve

Nasi Lebih Semalam Jangan Dibuang, Buat Breakfast Anak Ikut Resipi Ini. Tinggi Prebiotik Untuk Si Kecil

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI