Nak bagi anak yang masih kecil makan nasi lemak takut tak sesuai. Maklum sahajalah bahan-bahan yang digunakan bimbang akan membuatkan perut si kecil meragam. Tapi kadang kesian tengok anak-anak terliur je bila mama dan papa makan nasi lemak depan mereka.
Jangan risau kerana mama boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nisa Zawawi menerusi laman Facebook Happy Baby Foods. Resipi nasi lemak strawberry versi untuk bayi ini tentu sesuai untuk diberikan kepada anak-anak. Tapi menurut Puan Nisa penggunaan santan hanya disarankan untuk bayi anda yang sudah berusia 8 bulan dan ke atas.
Lagi best Puan Nisa turut berkongsi macam mana nak buat santan home made.
Bolehlah mama yang lain cuba resipi ini, mana tau si kecil anda suka, barulah tak meleleh lagi air liur mereka setiap kali tengok mama dan papa makan nasi lemak.
Nasi Lemak Strawberry Baby Version
Kesian Rayyan dok tengok mama makan Nasi Lemak Strawberry kat cameron haritu. Mama try buat version baby pulak. Mama bagi resepi paling ringkas. Sedap sangat macam rasa nasi lemak kita cuma takde garam gula. Mama attach sekali macam mana nak buat santan home made.
P/s: Penggunaan santan disarankan untuk 8 bulan ke atas.
Good luck mommy2
Bahan-bahan dan cara masakan boleh merujuk pada gambar.
Cara memasak Nasi Lemak
Bahan-bahan sambal ikan bilis strawberry
Cara buat santan Home made
Dah pun siap nasi lemak strawberry untuk si manja mama
Selamat mencuba mama-mama semua!
sumber: Nisa Zawawi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kena Pelbagaikan Menu Sejak Anak 6 Bulan, Barulah Dia Tak Memilih & Tak Takut Cuba Makanan Baru
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.
Apakah yang dimaksudkan dengan enggan makan?
Menurut perkongian daripada MyHealth Portal, keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan ditawarkan kepada mereka.
Apakah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak?
Kanak–kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada mereka. Kanak-kanak memilih makanan dan akan makan makanan tertentu sahaja. Masalah yang paling utama adalah kanak-kanak yang enggan makan sayur.
Masalah utama dalam kalangan bayi adalah keengganan makan makanan pejal.
Apakah penyebab masalah ini berlaku?
Keengganan untuk makan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya, kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.
Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:
-Mempunyai perasaan benci terhadap makanan
-Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut)
-Penyakit “gastro oesphageal reflux”
-Kegagalan Neuro (otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh).
-Usus kecil tersumbat “Intestinal obstruction”
Achalasia – keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus “gulet” dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan.
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?
Bayi anda menunjukkan masalah dengan:
-Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai
-keengganan memakan makanan pejal.
Kanak-kanak mungkin:
Lebih suka memilih makanan – hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja.
Enggan memakan makanan baru yang diperkenalkan.
Enggan makan apa jua jenis sayur.
Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.
Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa.
Tanda-tanda bahaya:
Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: – sila berjumpa doktor dengan “SEGERA”
-Peningkatan berat badan yang perlahan.
-Perkembangan yang perlahan.
-Batuk atau tercekik semasa makan.
-Muntah yang berulang.
Adakah terdapat sebarang komplikasi berlaku disebabkan oleh masalah ini?
Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan anak anda normal.
Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.
Adakah masalah ini boleh dirawat?
Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal.
Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan, cuba cara berikut:
-Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.
-Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.
-Sediakan makanan yang berbeza (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda ) pada setiap waktu makan.
-Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.
-Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu makan.
-Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.
-Elakkan makan ketika menonton tv kerana ia akan mengganggu perhatian anak anda.
-Makan bersama ahli keluarga akan menggalakkan anak anda makan. Ia juga memberi anda peluang memberi perhatian dan mengajar anak anda makan.
-Tunjukkan contoh yang baik dengan memakan perlbagai jenis makanan.
-Paling penting – elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan.
Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan..
-Jangan memaksa anak anda untuk makan.
-Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.
-Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.
-Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.
Bagaimana masalah ini dapat dielakkan?
Anda harus:
Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama anak anda.
Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan.
Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan utama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit Foto: Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jus Oren Dua Bahan Kurangkan Mual, Muntah & Perut Tak Selesa Sepanjang Hamil
Bagi wanita mengandung yang mempunyai alahan teruk, apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik. Betul tak?
Tak kisahlah selepas makan atau minum kalau yang jenis muntah memang akan fobia. Bila kerap muntah, badan akan menerima kesannya. Bayangkan semua makanan dan apa saja bendalir dalam perut akan dikeluarkan dari dalam badan kita. Sampaikan ada yang muntah kuning sebab dah tak ada benda yang boleh dikeluarkan dari perut.
Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Perkongsian dari Ezan Zulaika mengenai caranya meredakan rasa mual, muntah, perut tak selesa dan berangin ketika mengandung mungkin boleh dicuba oleh ibu yang turut mengalami situasi sama.
Ezan kongsi kepada ibu yang tengah morning sickness tu. Boleh cuba juicing untuk redakan alahan.
Redakan ye bukan hilangkan terus. Sebab alahan ini ada masa datang dan pergi. Kadang hari ini ok esok pula tak ok, jadi tu normal untuk ibu yang mengandung. Kalau tak tahan sangat pergilah hospital.
Pengalaman Ezan sejak kandungan masuk 12 minggu kerap rasa perut tak selesa, dua hari dah minum air suam halia tapi still rasa tak best kat bahagian perut. Berangin sebu kadang rasa nak muntah keluar angin sahaja.
Di sini saya kongsikan cara untuk hilangkan rasa mual dan perut tak selesa ketika mengandung.
Pertama guna buah oren 2 biji, Ezan beli oren yang tiada biji kalau ada biji buang biji buah tu kalau tak pahit nanti.
Gunakan halia muda sedikit, 3 sudu besar gula dan air 1 1/2 cawan..Ezan tak ada slow juicer jadi guna je blender biasa. Kisar sampai halus dan tapis..Kalau tak tapis pun tak apa. Boleh terus letak ais dan terus minum.
Kalau tak nak gula boleh gantikan madu atau stevia. Untuk ibu GDM sebaiknya jangan letak gula lagi bagus.
Lepas ni kalau rasa tak sedap badan boleh terus kisar dan simpan dalam peti, rasa tak sedap badan je boleh terus minum je. Rasa jus ni macam masam+mint sikit tapi sedapp..
Perut terus rasa lapang mual insya ALLAH akan hilang.
Sumber: Ezan Zulaika
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Roti & Donat Guna Satu Adunan Yang Sama, Roti Lembut, Donat Pun Gebu, Power Sampai 35K Share!
Wow ini memang best. Hanya gunakan satu adunan sahaja dan anda dapat menikmati roti dan donat dalam satu masa. Memang hebat dan jimat masa.
Resipi perkongsian Pn Wanda Jasmi ini memang wajib dicuba. Tak hairanlah dapat perkongsian sehingga 35K di facebook. Wajib cuba!
Hari ni saya nk tunjuk langkah demi langkah buat roti dan donut hanya guna 1 resepi. Resepi serbaguna kukus, bakar dan goreng. Semoga dapat membantu.
Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2sb
Telur – 1 biji
Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk
Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B. (Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya sampai doh tak melekat).
Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga 2 kali ganda kembang.
Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama. Jangan lupa sapu majerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.
(Suhu ikut saiz oven masing-masing, lain saiz lain suhunya. Saya punya 42L)
Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI