Pengalaman menyediakan makanan pertama buat anak adalah pengalaman paling mengujakan. Bagi Ayda Jebat, pengalamannya memberikan makanan pejal buat anaknya, Ana Nayla yang kini sudah pun berusia 10 bulan paling mengujakan.
Menerusi Insta Storynya, Ayda menjawab pertanyaan peminat mengenai jenis makanan yang diperkenalkannya kepada Ana Nayla di ketika usianya enam bulan.
Menurut kata Ayda, dia bersyukur kepada anaknya cukup berselera untuk makan malah ada waktunya dia bimbang jika terlebih makan.
“Alhamdulillah dia memang berselera sangat makan. Sampai kita yang takut tengok dia makan takut overload.
“And alhamdulillah no need phone or ipad for now! Dia akan tengok tv bukan masa makan, only play time. Dalam kereta pun kita tak bagi tengok phone,” luah Ayda menjawab pertanyaan peminatnya.
Bahkan kata Ayda, dia juga turut menyediakan menu khas khusus buat anak pertamanya selepas disarankan oleh doktor.
Menurut Ayda, pada usia sebegitu, dia memberikan Nayla nasi yang dikisar dengan sedikit sahaja air selama dua minggu. Kemudian campurkan pula dengan beberapa menu lain setiap dua minggu.
“Baby @ananaylaofficial for 2 weeks mula dengan nasi dan diblend. Doktor kata kalau masak bubur terlampau cair, nanti baby lambat stimulate untuk makan. Better masak nasi, dan blend letak air sikit ya.
“Lepas 2 weeks, letak broccoli sikit, then after 2 weeks letak carrot. After that baru campur sikit isi ayam.
“Boleh tukar ayam to salmon. Doctor tak recommend ikan bilis,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Menurut kata Ayda lagi, dia gemar mencuba satu demi satu setiap jenis makanan yang diberikan kepada anaknya. Tidak memaksa tetapi melihat selera anak kecilnya itu.
Ayda juga turut menyarankan pemberian buah avokado, dan kemudiannya barulah buah lain seperti pisang dan sebagainya.
“Avocado bagus. Wajib cuba bagi ya. Lepas tu baru bagi yang ada rasa sikit, pisang, dan lain lain.
“Bagi saya, bagi slow-slow. Baby kalau okay, okay je. Bagi sikit-sikit dulu tambah dekat nasi tu ya. Lain baby, lain perut.
Ikut nasihat doktor baby ok! Alhamdulillah Ana Nayla memang suka sangat makan. Nasi penuh, tak cukup dia mintak lagi,” tambah Ayda lagi.
Menarik: Bagus Untuk Anak Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!