Nasi sebagai sajian ruji boleh dipelbagaikan resepinya. Menggunakan bahan-bahan yang berbeza dan cara masak yang berlainan melahirkan rasa dan bentuk hidangan yang berlainan. Si kecil tidak bosan dan tentunya suka!

Ibu ini, Syida Dea Lurve’ A berkongsi tentang sajian nasi yang disediakan olehnya untuk si manja 

Morning and happy weekend!

Breakfast Opa hari ni Crispy Rice Patties sebab semalam punya nasi tak laku ?. Ok alang-alang tu nak share terus antara menu Opa yang guna leftover rice. Tahu tak kebaikan dan khasiat nasi sejuk semalam tu?

Kata nya nasi sejuk tu prebiotik. Tau kan prebiotik and probiotik tu penting untuk usus yang sihat? Immune yang kuat datangnya dari usus yang sihat. So jangan takut-takut nak guna nasi sejuk (selagi tak basi la kan) as long as anak anda tak ada masalah GERD atau kembung perut ok?

Ibu yang sering menyediakan sajian untuk si manja perlu kreatif memilih sajian yang disukai dan berkhasiat. Mama papa boleh menggunakan resipi ini supaya nasi yang tidak habis semalam boleh digunakan untuk dihidangkan kepada si kecil tanpa dibazirkan.

IKLAN

Berikut ialah resepinya;

Crispy Rice Patties

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

  1. Campur sesenduk nasi dengan sebiji telur and sayur pilihan. Mama letak daun bawang and tomato je. Gaul-gaul sebati.
  2. Perasakan dengan serbuk ikan bilis dan serbuk bawang putih. Kemudian ambil sesenduk letak atas pan fry and tekan-tekan bgai leper. Goreng dua belah sampai garing. Siap

Carbonara Rice Muffin

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

IKLAN
  1. Blend leftover rice, isi ayam, sikit ub, grated cheese, telur, cauliflower and sikit susu sekadar blender gerak.
  2. Tumis sekejap mushroon cincang, carrot and capsicums. optional. kalau xde, cincang je la sayur apa ada ?
  3. Gaul bahan blend dengan bahan saute tadi. Gaul-gaul dan masukkan dalam muffin tray and bakar. 180c 30 hingga 45 minit depends on oven, dah siap

Jemput-Jemput Nasi

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

  1. Blender nasi, isi ayam or ikan bilis or udang, bawang merah dgn sikit air.
  2. Then satukan dengan tepung.

Pancake Rice Coconut Flour

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

  1.  Campur dua sudu tepung kelapa and sebiji telur.
  2. Masukkan nasi.
  3. Gaul-gaul and buat la pancake mcm biasa. Siap

Kale Rice Cake

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

IKLAN
  1. Satukan nasi, telur, sayur pilihan dalam muffin tray.
  2. Bakar 180c selama 20min. Dah siap.

Apam nasi kukus pandan

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

  1. Blender segenggam nasi dengan air pandan (blend pandan and tapis).
  2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tiga sudu tepung gandum dan tiga sudu tepung beras.
  3. Gaul sekali and masukkan setengah paket yis segera.
  4. Masukkan nasi yang dah diblend sikit demi sikit dalam tepung tadi. Sampai adunan agak cair tapi likat. Mama agak-agak je.
  5. Perap selama sejam. Then kukus 15-20 minit.

*Oh lupa. Sebagai pemanis apam nie mama letak sikit puree kurma.

Sumber: Syida Dea Lurve’ A 

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Nasi Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat 6 Resepi Mudah & Kreatif Kudapan Anak & Mama. Baru Tak Membazir!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI