Dah menjadi acara tahunan sesebuah sekolah, bila sampai akhir tahun pasti akan ada hari graduasi dan persembahan murid. Memang teruja dibuatnya, sebab kita nak tengok sendiri anak buat show bersama kawan-kawannya.
Maklumlah kan, dah berlatih di rumah bersungguh-sungguh, sampai kita yang melihat pun dah hafal step mereka.
Bila tiba hari yang dinanti-nantikan, kita pun sama berdebar menunggu anak buat persembahan. Macam-macam ragam anak bila dah berdiri atas pentas tu.
Begitulah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @suealzahraa yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Mikael menegur ayahnya sebelum membuat persembahan.
Pada awalnya mungkin dia melihat keadaan sekeliling untuk mencari figura ayahnya, bila dah nampak dia boleh tegur sampai satu dewan dengar! Memang riuhlah ketawa semua tetamu yang ada.
“Alahai anak. Gigih cari Ayah sebelum buat persembahan 😂. Nasib jumpa. Kalau tak, selagi tu tak boleh start 😂..”
Pengacara majlis juga sempat berseloroh memberi tahu seisi dewan bahawa lelaki yang ditunjukkan itu adalah ayah kanak-kanak itu. Tambah lucu bila dah panggil ayahnya, dia terus menari keriangan. Nampak juga seperti Mikael memberitahu kawannya yang adiknya ada sekali.
Masih teruja dengan kehadiran ayahnya, Mikael terus tersenyum tanpa henti dan melambai-lambai ke arah ayahnya. Persembahan tergendala disebabkan Mikael yang terlalu teruja melihat keluarganya di barisan para tetamu.
Melihat video ini jelas menunjukkan keeradaan ibu dan ayah sangat penting dalam hidup anak-anak. Mereka memerlukan perhatian dari kita kerana itulah yang membuatkan anak lebih yakin dan berani untuk membuat sesuatu. Dengan sokongan dari kedua orang tuanya anak-anak akan membesar menjadi individu yang lebih positif dan berjaya.
Bukan mudah untuk melupakan kenangan bersama orang tersayang. Namun begitulah hakikat yang dilalui oleh balu allahyarham Abam Bocey, Hidayah apabila dia meluahkan rasa sebak apabila melihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah suami di jalan raya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Hidayah dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu banyak kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaannya bersama anak.
Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu, 25 April ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.
“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Tidak ada jaminan setakat ini kerana kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini. Kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya,” katanya lagi.
Pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.
“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya.
Kes COVID-19 di Malaysia semakin digeruni kerana sudah melibatkan kematian. Kes ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Urusan pengebumian mangsa juga telah selamat dijalankan.
Memandangkan virus COVID-19 boleh berjangkit melalui sentuhan, ramai orang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menguruskan jenazah penyakit ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jenazah COVID-19 akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD).
Ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu mengenai hukum Pengurusan Orang islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.
Kelonggaran ini diberikan sekiranya ada timbul kemungkinan yang memudaratkan nyawa pengurus jenazah yang terlibat dalam proses menguruskannya.
Untuk menjawab persoalan orang ramai tentang cara pengurusan jenazah COVID-19, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berkongsi satu video menunjukkan tata cara tayamum yang dibuat ke atas jenazah COVID-19.
Semoga dengan perkongsian video ini dapat memberi kesedaran kepada kita agar memandang dengan lebih serius hal COVID-19 dan sedikit sebanyak memberi pencerahan tentang bagaimana jenazah penyakit ini diuruskan.
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.