Berita

Nasuha Terlepas Ujian UKKM, Perbualan Pengerusi MARA & Nasuha Undang Pilu

Share

Hati mana yang tidak meruntun jiwa apabila melihat kemiskinan menjadi halangan buat  seorang pelajar ini melanjutkan pelajaran.

Sebagaimana kisah pelajar cemerlang, Nur Nasuha Mohd Nusi, 12, yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke MRSM (UKKM) kerana keluarganya tidak mempunyai kenderaan mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, Asyraf Wajdi mengesahkan sudah meminta Mara untuk menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan yang tinggal di Kampung Lubuk Nibong, Pak Badol, Bachok.

“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibubapa pelajar ini. InsyaAllah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM KK bagi menduduki peperiksaan UKKM.”

“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian. MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini.”

“Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah maklumkan kepada saya tarikh baharu UKKM pada yang mohon ditukar atas pelbagai sebab akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini.”

Dalam posting yang berbeza, beliau juga turut memuat naik perbualan telefon Nasuhan dan bapa pelajar itu. Perbualan dari hati itu membuatkan meruntun jiwa bagi yang mendengar.

Dr Asyraf memberi kata-kata semangat kepada pelajar berkenaan dan menitipkan doa untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Beliau juga memberitahu, ilmu sahaja boleh mengubah hidup keluarga dan jangan jadikan kemiskinan dan kepayahan kemiskinan menjadi halangan untuk anak belajar.

Dalam pada itu, Nasuha memberitahu kepada Datuk Dr Asyraf bahawa dia begitu teruja untuk ingin mengikuti peperiksaan berkenaan. adalah untuk mengubah kehidupan keluargannya.

“Kenapa Nasuha nak sangat masuk MRSM…”- Dr Asyraf

“Saya nak tolong mak ayah,..”- Nasuha

Semoga adik Nasuha berjaya dalam peperiksaannya dan dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM.

Sumber: drasyrafwajdi

Published by
Nor Yusoff