“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebooknya, Selasa lalu.

Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.

“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat… Naufal nyawa ummi,” katanya.

“Naufal Nyawa Ummi”. Bayi 10 Bulan Kritikal Dipercayai Jatuh Buaian Rumah Pengasuh  

Terdahulu menerusi muat naik di Facebooknya juga, Eyka mengesahkan tempurung kepala Naufal retak, tisu kepala bengkak dan pendarahan dalam kepala serta di selaput mata.

“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.

IKLAN

Sementara itu menurut laporan media, bayi berusia 10 bulan itu kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.

“Naufal Nyawa Ummi”. Bayi 10 Bulan Kritikal Dipercayai Jatuh Buaian Rumah Pengasuh  

Kini Naufal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.

IKLAN

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.

“Naufal Nyawa Ummi”. Bayi 10 Bulan Kritikal Dipercayai Jatuh Buaian Rumah Pengasuh  

“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.

IKLAN

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya.

“Naufal Nyawa Ummi”. Bayi 10 Bulan Kritikal Dipercayai Jatuh Buaian Rumah Pengasuh  

Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Eyka Rohmat’s & Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI