Tinggal sebulan sahaja lagi, semua umat Islam bakal memasuki bulan Ramadan yang mulia. Bagi pelakon dan usahawan, Noor Neelofa, Ramadan yang bakal tiba membuatkan dirinya sudah bersedia dari pelbagai hal.
Bahkan Neelofa juga turut berkongsi tiga cara yang diamalkannya untuk persiapan memasuki bulan Ramadan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Neelofa atau nama lengkap Noor Neelofa Mohd Nor, 35, berkata dia sudah mula merancang juadah yang bakal disediakan sepanjang bulan Ramadan termasuk dua anaknya nanti.
Menurutnya, dia juga akan memaksa diri untuk mengubah waktu tidur.
“Dari tahun-tahun sebelum ini, saya rasa Ramadan selalunya berubah-ubah daripada segi cara saya sediakan diri.
“Sekarang ini pun, saya dah mula rancang untuk persiapan juadah.
“Saya akan buat setiap juadah punya pes itu lebih awal.
“Kedua, saya akan tukar waktu tidur. Sebelum ini lepas terawih, saya akan terus tidur.
Ads
“Sebab saya akan bangun pukul 4:00 pagi. Memang paksa diri untuk tukar waktu tidur,” kongsi nya.
Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perkara ini perlu dilatih lebih awal agar badan mudah menerima gaya hidup yang baru.
Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz itu menegaskan untuk tingkatkan bacaan Al-Quran dalam budak Ramadan.
“Kalau Ramadan anda tidak dihabiskan dengan membaca Quran, maksudnya anda tidak dapat yang terbaik daripada bulan itu.
Ads
“Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa baca Al-Quran, sangatlah rugi,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Neelofa menitip pesanan untuk meletakkan sasaran dalam usaha mendekatkan diri dekat dengan Al-Quran.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Tiga beradik itu ditemani bapa mereka, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu lain mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga beradik itu juga begitu teruja untuk bersunat malah bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menjalani prosesnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
“Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
“Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami,” kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Sama ada hidup senang atau sebaliknya, kita harus bersyukur. Ingatlah pada Tuhan yang mengurniakan segala kebaikan dalam hidup kita. Sentiasalah berterima kasih pada-Nya dengan sentiasa beribadat dan berdoa.
Suami ini berkongsi kisahnya yang alpa dengan kesenangan dunia yang dikurniakan. Solat diabaikan dan tidak menghargai apa yang dia ada sehinggalah si isteri hamil anak ketiga. Tapi sayang, dia kehilangan tiga orang kesayangannya pada masa yang lebih kurang sama (isteri dan anaknya serentak, kemudian ibunya pula meninggal dunia sebulan selepas itu).
Assalamualaikum, salam Ramadhan untuk semua. Nama aku Muhammad (bukan nama sebenar). Aku berkahwin pada tahun 2015, di kurniakan 2 orang cahaya mata dua-dua lelaki. Umur sulung 4 tahun dan bongsu 3 tahun.
Mcm orang lain, aku sangat sayangkan keluarga aku, dalam usia perkahwinan tu aku dah dikurniakan berbagai nikmat Allah swt yang sangat banyak. Nikmat anak, nikmat seorang isteri yang sangat baik dan patuh, nikmat duit, dapat beli rumah dan banyak lagi.
Sebagai suami aku rancang keluarga untuk masa hadapan, untuk orang yang aku syg kalau umur aku tak panjang itu semua akan aku tinggalkan untuk isteri dan anak2 aku.
Aku pun berharap supaya aku dapat sediakan semuanya untuk keluarga aku, isteri tidak perlu kerja duduk jadi suri rumah je.
Namun hari berganti hari, pelbagai nikmat yang Allah bagi, namun aku masih lupakan Allah swt, solat tak jaga, rasa bersyukur hanya di bibir tapi hakikatnya aku lupakan Allah swt. Aku rasa dalam zon sangat selesa. Aku seakan rasa hidup aku tidak diuji Allah swt.
Kisah bermula tahun lepas 2019, bila isteri aku mengandungkan anak aku yang ke 3 (anak perempuan), anak yang aku dan isteri aku impikan untuk miliki seorg anak perempuan sebab sebelum ni 2 lelaki.
Nampak tak, masih aku tak ingat kat Allah swt, tapi Allah masih kurniakan aku nikmat dan peluang untuk aku ada anak perempuan.
Dalam tempoh isteri mengandung kali ni, tak banyak masalah. Cuma aku pelik isteri aku tak beli baju untuk baby banyak. beli untuk keperluan sambut dihospital je. Aku tanya kenapa? Dia kata cukup la tu untuk sambut anak je, nanti beli lagi.
Aku ikutkan je kemahuan dia. Dan lagi 1, aku ni pun macam suami orang lain juga yang isteri2 dok komplen dalam confession ni, aku dulu kalau main game, melepak agak taik juga. Sampai kadang2 tak hiraukan anak bini.
Tapi bila isteri aku mengandung anak aku ke 3 ni, aku rasa nak berubah aku nak bagi masa dekat keluarga.
Aku dah mula2 buat kerja rumah tolong isteri aku, masak, tak melapak dah malam2. Dan banyak lagi kegiatan buruk aku yang aku tinggalkan. Sampai isteri aku perasan perubahan aku dan dia kata dia sukakan perubahan ni.
Bila isteri aku dah sarat 8 bulan anak dalam kandungan, isteri aku kelihatan agak normal macam sebelum ni. Cuma sakit2 badan orang sarat mengandung biasalah, dan dia mengadu demam dengan aku.
Aku bawak ke klinik dan check darah semua everything ok. Tapi demam die jadi on off, aku jadi tak sedap hati. Aku bawak ke G. H dan doctor tak dapat sahkan apa2, Cuma kata ada jangkitan kat paru2.
Dah masuk hari ke 3 warded baru doctor sahkan isteri aku kene denggi berdarah keadaan sangat kritikal.
Bayangkan isteri aku sarat mengandung nak berhadapan dengan denggi berdarah. Hati aku macam dicucuk laju dengan pisau dengar berita tu, kepala makin serabut banyak yang aku fikir dalam kepala aku. Mcm mana isteri ? macam mana baby? Mcm mana anak aku kat rumah?
Petang aku dapat berita anak dalam kandungan dah meninggal. Tinggal isteri aku yang masih ada harapan. Doktor bagi tau aku anak dalam kandungan tak dapat dikeluarkan sebab takut pendarahan banyak pada ibu. Jadi risiko untuk ibu meninggal tinggi.
Kandungan pun masih 8 bulan. Namun takdir Allah isteri yang aku cintai juga pergi meninggalkan aku selang sehari anak dalam kandungan meninggal. Arwah isteri dan baby dalam kandungan di tanam dalam satu liang, sedihnya aku Allah je yang tau.
Ya Allah.. kalau dulu satu satu nikmat ko beri pada aku. Tapi kali ni satu satu nikmat Allah tarik dari aku. Rasa terduduk aku yang sakit sangat nak terima kenyataan ni.
Aku harap arwah isteri dan anak perempuan syurga aku tak lupakan aku di akhirat kelak. Sambutlah tangan abah nanti nak, bawak abah bersama di syurga nanti insyAllah. Namun aku gagahkan juga diri.
Aku kuatkan demi 2 orang anak aku yang sekarang sudah yatim, amanah Allah swt dan arwah isteri yang ditinggalkan untuk aku jaga sebaik mungkin. Setiap yang hidup pasti akan mati, aku mula positifkan diri, aku mula jaga solat.
Kadang2 dalam doa aku, aku malu dengan Allah swt. Bila di uji sehabat ni baru aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ni. Keluarga aku banyak bagi semangat terutama mak aku. Aku bersyukur Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat memahami.
Namun Sekali lagi aku diuji, Allah jemput mak aku pula sebulan selepas arwah isteri aku pergi. Mak aku kene serangan Stroke. Apa lagi yang aku bole katakana, selain redha dan berserah pada Allah. Kali ni Nikmat seorang ibu Allah Tarik dari aku.
Hidup aku kini bersama 2 orang anak aku. Tapi aku masih positif, kekuatan datang dari pengalaman dan Solat yang aku jaga.
Aku mintak dengan Allah Swt kuatkan aku, aku percaya aku insan yang ko pilih untuk diuji. Aku rehda. Aku masih ada 2 orang anak aku untuk aku didik jadi manusia berguna kelak.
Rutin seharian aku berubah 360 darjah. Dari urusan anak, kerja, urusan rumah semua aku kene buat sendiri sekarang.
Sekarang Musim PKP, banyak masa aku dengan anak2 aku. Di sini dan waktu ni la aku belajar banyak benda. Banyak bende yang dulu aku terlepas pandang, aku terlepas pandang perhatian yang anak2 aku tagih dulu. Yang aku sebuk main game, sebuk melepak dengan kawan.
Dan aku dapat rasa kerja2 yang arwah isteri aku buat dulu secara total.. Hihi baru la kau tau dan faham kenapa isteri2 kuat membebel. melayan ragam anak 24 jam bukan mudah ye.
Bulan Ramadhan kali ni aku tanpa isteri dan mak, berbuka dengan anak2 lelaki aku je Rasa kurang sangat Ramadhan kali ni. Belum rasa Hari raya lagi. Tapi semua tu aku terima dengan hati yang lebih tenang.
Hidup aku seharian makin tersusun. Umur perkahwinan 4 tahun tu terlalu singkat untuk aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan apa yang berlaku adalah kesan dari perbuatan kita sendiri. Mungkin ini cara Allah swt menegur kesilapan aku.
Aku akhiri, dengan sedikit nasihat. Sebagai suami, kita hargai la isteri dan anak2 kita. Sayang la kelurga kita. Sebab itu perkara yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.
Cantik atau tidak isteri kita, bijak atau pandai anak kita itu bukan ukurannya. Sentiasa la curahkan kasih sayang seorang suami dan bapa pada kelurga.
Dan lagi satu bersyukur selalu dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Aku berdoa setiap hari moga Allah Swt jadikan aku seorang bapa yang baik. Sbb itulah persoalan yang selalu bermain di hati aku sejak aku jalani dugaan ni. “BOLEH KE AKU JADI BAPA YANG BAIK?”
Aku menulis untuk peringatan kita bersama, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu sudah pasti dari saya hamba Allah swt yang berdosa.
Sekian, Salam Ramadhan dari saya.
– Muhammad (Bukan nama sebenar) via IIUM Confessions
Sekiranya anda ingin berkongsi sebarang cerita atau pengalaman, boleh klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak tunggal kesayangan pergi dahulu diusia yang masih muda. Itulah situasi yang perit yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kanak-kanak tadika yang baru berusia lima tahun yang ditemukan maut tertinggal dalam van sekolah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam van berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.
“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah dikatakan menaiki van dari kediaman keluarganya sebelum tiba di hadapan tadika sekitar jam 7.30 pagi.
“Bagaimanapun, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kumarasan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Manakala seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pemandu van sekolah itu telah ditahan di kawasan Taman Bukit Indah pada jam 2.40 petang hari yang sama.
PIHAK TADIKA MAKLUM JAM 1 TENGAHARI
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, Bapanya, Teo Jia, 37, berkata, beliau dan isteri hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila menerima panggilan daripada guru tadika kira-kira jam 1 tengah hari yang meminta mereka segera ke sebuah hospital swasta.
“Cikgu telefon suruh saya dan isteri datang segera ke hospital swasta berhampiran rumah kerana anak dalam kecemasan.
“Apabila sampai, anak saya sudah terbaring kaku. Doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Yu Zie yang merupakan satu-satunya anak kami.”
Menurutnya, anaknya menaiki van dari rumah mereka di Taman Bukit Indah pada jam 7.15 pagi dan biasanya tiba di tadika sekitar jam 8.15 pagi.
Katanya, mungkin anaknya tertidur ketika itu yang akibatkan pemandu van mungkin tidak menyedarinya.
Jenazah mendiang Yu Zie akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park Christian Kong Kong, Masai.
SIKAP CUAI SEHINGGA MERAGUT NYAWA
Sementara itu, dia meluahkan rasa kecewa sikap cuai pemandu van yang seharusnya memaastikan semua kanak-kanak turun sebelum boleh tutup pintu atau beredar.
Teo yang bekerja di Singapura turut menyuarakan kekecewaan terhadap pihak tadika yang menurutnya gagal memantau kehadiran murid serta tidak menghubungi ibu bapa lebih awal.
Beliau berharap siasatan terperinci dilakukan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar insiden tragis itu tidak berulang.
Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.