Neelofa Minta Nasihat Doktor Bawa Bilal Tunai Umrah “Teruja Tapi…”

Share

Pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail berangkat menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal petang khamis lalu.

Neelofa berkata dia sudah membuat persediaan dari segi ubat vaksin yang lengkap untuk cahaya mata sulungnya.

“Teruja dan dalam masa sama gementar, sebagai ibu bapa, anak kita masih kecil baru setahun lebih. Apa-apa pun kita kena pastikan dia punya vaksin dan suntikan lengkap untuk umur dia.”

“Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia.. batuk, selsema, demam semua tu la kita dah minta doktor sediakan. Selain itu, doa banyak-banyak,”

Haris mengakui dia dan isterinya sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci.

“Doa la sebab anak kan, biasa bila situasi di luar negara ni ramai orang masuk, berjuta orang keluar masuk. Kita doakan Allah berikan kesihatan yang baik la.”

Baca:

“Tak Lepas Tangan Jebat” Hantar Anak Menunaikan Umrah, Netizen Puji Sharnaaz Selalu Ada Untuk Jebat

[VIDEO] Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Adik Zharif, Doktor Sahkan Tiada Rawatan Lagi Untuknya

“Rasa Macam Tak Hamil” Dua Bulan Lagi Nak Bersalin, Datin Elvina Sempat Ke Tokyo

“Kami memang gembira sebab dah ada hasrat nak bawa. Ikutkan trip ni nak bawa ramai ahli keluarga tapi side Neelofa akan ramai turut sama.”

“Saya punya ahli keluarga pun ada juga. Jadi, kita sangat gembira sebab dapat bina kenangan di Makkah dan Madinah”

Kredit: Gempak

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa