Empulur nenas keras yang kita selalu buang tu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.
Bromelain ni sejenis enzim yang ada pada buah nenas. Dan paling banyak di bahagian tengah nenas yang keras tu.
Kadang bila kita makan nenas, rasa lidas dan gatal di lidah kan. Sebab kandungan bromelain ni lah.
Bromelain boleh jejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nenas. Ini lah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan nenas.
Pun begitu, bromelain ni tinggi jugak khasiatnya tau. Takkan lah sebab rasa gatal lidah je kita terus taknak makan nenas kan.
Nenas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita kena ajar anak-anak untuk cuba makan.
Nenas bagus untuk batuk jugak tau. Nenas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016, katakan yang nenas mampu kurangkan simptom radang pada sinus. Resdung lah maksudnya.
Kalau anak-anak tak sihat, suami saya sukabeli nenas bagi anak makan setiap hari.
Nenas kaya dengan sifat anti radang yang insyaAllah boleh cepatkan penyembuhan anak.
Nenas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nenas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.
Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.
Setiap hari 3 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!