Cinta tidak mengenal usia, dan ini dibuktikan apabila seorang nenek berusia 78 tahun, Rohani Mohd Kassim, yang kembali menemui cinta setelah lebih dari empat dekad menjanda.

Video berdurasi 21 saat memaparkan dipaparkan menerusi TikTok milik natasyanajjla1 di dengan kapsyen, “Ketepi semuaaa……. Nenek saya dah kahwin” telah meraih perhatian ramai.

Rohani Mohd Kassim, yang kembali menemui jodoh selepas 42 tahun menjanda, kini tular di media sosial. Setelah kematian suaminya 42 tahun lalu, Rohani kini memulakan lembaran baru dalam hidupnya dengan Yusof Embi, 77 tahun, yang diperkenalkan oleh rakan-rakan.

Nenek 78 Tahun Kahwin Lagi, 44 Cucu dan 15 Cicit Jadi Saksi Cinta Baru

Menurut laporan dari New Straits Times, pertemuan antara Rohani dan Yusof berlangsung selepas mereka dikenalkan oleh kenalan bersama.

Rohani, yang juga seorang ibu kepada lapan orang anak, 44 cucu, dan 15 cicit mengambil masa hanya seminggu mengenali hati budi.

Rohani menerima lamaran dan mengungkapkan betapa gembiranya dia kerana pernikahan ini mendapat restu daripada semua ahli keluarganya. Juga berharap hubungan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan hingga ke Jannah.

NETIZEN KAGUM DAN UCAP TAHNIAH

Nenek 78 Tahun Kahwin Lagi, 44 Cucu dan 15 Cicit Jadi Saksi Cinta Baru

Kisah cinta Rohani dan Yusof telah menarik perhatian netizen di media sosial, di mana ramai yang meluahkan rasa kagum dan terharu dengan keputusan mereka untuk berkahwin pada usia yang dianggap emas.

Ramai netizen yang memberi komen positif, menyatakan bahawa cinta sejati tidak mengenal waktu dan tidak terhad kepada usia.

“Subhanallah! Cinta tak mengenal usia. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!”

“Wow, ini adalah bukti bahawa hidup kita masih boleh bermula semula, walaupun selepas kehilangan. Tahniah kepada pasangan ini!”

“Cantiknya nenek  masa muda mesti lagi cantikkk”

Nenek 78 Tahun Kahwin Lagi, 44 Cucu dan 15 Cicit Jadi Saksi Cinta Baru

Kisah cinta pasangan ini menjadi inspirasi bagi ramai orang, menunjukkan bahawa tidak ada kata terlambat untuk mencintai dan dicintai.

Mereka membuktikan bahawa kebahagiaan boleh dikecapi  dan cinta  sentiasa ada untuk mereka yang berani mencari.

Dengan sokongan keluarga dan restu, Rohani dan Yusof kini memulakan perjalanan baru bersama, penuh harapan dan kasih sayang.

 

@natasyanajjla1 Ketepi semuaaa……. Nenek saya dah kahwin 🥹🫶🏻🩷 #Anidyu ♬ Naif Karena Kamu Cuma Satu – Younk

 

Sumber: natasyanajjla1

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI