Nenek Tak Layan Cucu, Pilih Kasih Sebab Kulit Gelap & Badan Kurus. Anak Terasa Hati!

Share

Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu. Kalau boleh, mahu dipeluk cium selalu. Bila cucu mereka dimarahi anak-anak, dia pula tegur kita semula. Tak diberinya anak-anak ni memarahi cucunya. Apa saja yang cucu-cucu minta, akan diberikannya.

Sebab itulah cucu-cucu cukup suka bila balik ke kampung. Apa yang ibu ayah tak beri, bila di kampung pandai pula dia minta dari datuk dan nenek. Confirm dapat! Tapi tidak semua orang mempunyai nasib yang baik. Ada juga datuk dan nenek yang pilih kasih. Tidak beri kasih sayang dan layanan yang sama kepada semua cucunya. Ada yang lebih, ada yang langsung tidak dipedulikan.

Begitulah perkongsian seorang ibu di page Kisah Rumah Tangga apabila dia berkongsi kisah sedih ibunya pilih kasih. Anak-anaknya tidak mendapat perhatian yang sama seperti sepupu mereka yang lain.

Tak Pernah Dukung, Sayang Anak-Anak Aku

Ada x mak mak korang pilih cucu yang dia syg je?
Aku ni ada 3beradik perempuan 2lelaki.. Mak aku xpernah dukung anak2 aku.. Jauh la skli nak sygg. Tp anak kakak anak adik aku ank abg.. Mak tatang mcm minyak yg penuh.. Dia punya sygg tu smpai dlm group fmly, adik aku pos gambar anak dia.. Mak aku ckp ni la pengubat rindu dia.

Bila kdg2 aku pos gambar anak aku kat status atau group mak aku xpernah respon.. Ada skli aku wsp dia guna voice.anak2 aku panggil nek nenek. ..

Aku ckup2 terasa.. Terus terang dia kata.. ’emak mmg xberapa. Ingat sgt anak2 kau”.. Aku masih simpan voice dia tu.. Aku ulang ulang nak dgr dan nak faham.. Apa. Dia maksud kan tu.

Klu blk raya.. Anak adik aku 8bln kot semangat badan dia.. Mak. Aku dukung.. Peluk. Punya la sygg.padahal tangan mak aku sakit tu.. Larat dia dukung ek..

Nak Manja, Naik Motor Dengan Atuk. Tak Pernah Dapat

Ank2 aku mak xpernah panggil pun nama.. Dukung jauh la skli. Sedih kdg2 aku tgok.. Terkejar2 ank aku nak naik motor atok dia.. Tp xdpt.. Penuh dgn ank kakak ngan anak adik
Kalau aku pos pic masakan aku dlm status mak aku mcm x suka.. Mcm geli dia buat pic kartun muntah.

Jarang skli aku masak kat rumah mak.. Sejenis mak aku ni.. Dia je perfect.. Yg bole masakk kat rumah dia tu.. Along dan adik je.. Yg lain2 masak mmg dia x terima.. Aku pon xtahu la.. Mak aku ni… Potong sayur salah pon sangup dia buang.. Sayur lodeh nk masak raya kalau slh potong pun jadi isu dia..

Malu Dengan Suami

Ermmm kdg sedih aku time nk blk kmpg ajak suami.. Perangai mak aku buat aku segan dgn suami.. Dah tua dah bukan muda lagi. Sudah sudah la jdi ibu dan nenek yg pilih kasih..

Yela anak2 sy hitam.. Kering. Anak kakak anak adik anak abg putih putih pandai.. Bijak.. Gebu ..

Hati siapa yang tidak terkesan jika diberikan layanan begini.Anak-anak yang masih kecil, tidak faham situasi sudah tentu teruja setiap kali mahu pulang ke kampung. Dengan harapan dapat bermanja dengan datuk dan nenek mereka. Tetapi apabila pulang ke kampung dilayan acuh tak acuh pula.

Semoga ibu ini terus kuat dan tabah berhadapan dengan sikap ibunya yang pilih kasih itu. Kita doakan agar semuanya akan menjadi lebih baik dan anak-anaknya akan disayangi sama seperti sepupu mereka yang lain suatu hari nanti.

 

Published by
Emy H