Ibu-ibu mana pun pasti rasa berdebar jika ketika di perjalanan anak menangis tak duduk diam. Hal yang sama dilalui pelakon, Mira Filzah buat pertama kalinya membawa anak keluar bersama suami, tanpa bantuan orang lain.
Jika sebelum ini Mira ditemani CL ke mana-mana, kini tidak lagi. Akui Mira. dia paling bimbang jika anaknya, Wan Khair Amir menangis. Panic kata Mira.
Menerusi Instagramnya, Mira berkongsi cerita perjalanan tiga jam itu bersama anaknya.
“Cerita semalam. First time bawa Amir keluar berdua sahaja dengan @wanemirastar. So Mira duduk belakang dengan Amir.
“Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam, padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dengan Emir,” tulisnya.
Akui Mira, dia cepat panic jika tiba-tiba Amir menangis ketika di dalam perjalanan dan sebagai ibu baru, dia tidah tahu untuk berbuat apa-apa.
Ads
Pun begitu kata Mira, dia bersyukur si comel kesayangannya dan Emir itu lena sepanjang perjalanan.
“Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dalam hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. (First time mom kan, banyak sangat “what if” dalam kepala. 🥲)
“But Alhamdulillah, Amir baik sangat. Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. (Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur je lah dalam kereta. 🤓),” kongsinya lagi.
Ads
Malah kata Mira, biar pun hanya perjalanan yang singkat namun ia memberi makna buatnya dan suami.
“Time nak balik dia berjaga, tapi diam je sambil pegang tangan Mira. (Haih, my heart 💗🥰💕)
“Okay lah keluar tiga jam sahaja. Lama lama Mama tak berani lah. Nak keluar berdua dengan Amir laaaagiii lah tak berani. Haha. Tunggu Amir besar sikit okay.
“Oh happy 2 months old sayang Mama! Love you @wankhairamir! Selamat Hari Raya Aidiladha evvvvveryone,” tulisnya lagi.
Rezeki yang kita peroleh hari ini dalam pelbagai bentuk. Ada yang rezekinya dapat kerja bagus dan tinggal di rumah besar. Ada pula hidup sederhana tetapi anak-anak semua berjaya. Tak kurang juga yang rezekinya bergantung pada pendapatan sendiri tetapi bahagia dengan kehidupan sekarang kerana bebas hutang.
Malah kehadiran anak juga dianggap satu rezeki besar buat pasangan suami isteri kerana bila anak dilahirkan ibaratnya rezeki itu datang tanpa dijangka sama sekali. Sebab itu bila kita tenung muka anak-anak sedang tidur akan ada satu perasaan sebak.
Mungkin disebabkan tanpa sengaja kita pernah lepaskan kemarahan pada mereka. Biasalah anak-anak, sepanjang membesar tu aktif dan lasak tu tetap ada. Cuma perlu faham masa mereka kecil sekali sahaja.
Tegur dan ajar tu sebenarnya satu penyelesaian. Bukan sekadar marah melulu hingga anak rasa perit. Sepatutnya kita perlu bersyukur anak kita sihat dan tak terbaring sakit seperti ibu bapa lain yang diuji dengan masalah kesihatan anak mereka.
Menerusi perkongsian Puan Alina Adenan, kita sebagai ibu bapa perlu lihat anak aktif dan lasak dari sudut positif dulu sebelum terus marah.
Geram dengan lasak anak-anak ni akan hilang bila tiba-tiba anak diuji dengan sakit kan?
– Dari anak yang lasak, jadi lemah.
– Dari anak yang ceria, muram je tahan sakit.
– Dari anak yang happy go lucky, terus murung.
– Dari mulut pot pet pot pet, membatu melepet.
Sebab tu orang kata, bila dapat anak yang lasak dan aktif tu kena bersyukur. Semua tu tanda doa kita minta anak yang sihat dimakbulkan. Alhamdulillah.
Ada orang sakit anak ni, Allah uji sekejap je. Sekadar demam biasa, batuk, chicken pox ke.
Tapi ada orang, sakit anak-anak mereka tu dugaan besar.
Turun naik hospital setiap bulan, kena guna nebulizer, kena makan ubat consistent.
Kita tak pernah tau jalan cerita orang.
Bukan semua benda orang cerita di sosial media. Sentiasa berkata yang baik-baik.
Bulan Ramadan ni, bulan berkat. Banyakkan doa.
Semoga anak-anak kita semua dilindungi selalu. Dan semoga ibu ayah kuat demi anak-anak.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu dan ayah mana yang tidak merasa sayu bila mana pertama kali menghantar anaknya ke sekolah. Bagi pasangan Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan Maryam turut sama melaluinya bila mana menghantar Rina buat pertama kalinya ke sekolah atau playschool.
Rina yang kini berusia satu tahun lima bulan kelihatan cukup riang bila mana masuk ke kelasnya bersama kawan-kawan yang lain.
Melalui Instagramya, Ryzal turut memuat naik video Rina yang ke sekolah dengan mood cukup ceria dan gembira.
“Rina dah masuk sekolah!
“Sungguh cepat masa meninggalkan kita. Masih segar tangisan pertama Rina ketika lahir.
“Sekarang bila Rina ke sekolah, kita pula yang menangis,” kata Ryzal menerusi kapsyennya.
Akui Ryzal, anak kecilnya itu terasa seakan baru lagi dilahirkan dan kini sudah pun bersedia untuk mendedahkan dirinya dengan playschool bersama kawan-kawan.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah ceria Rina ketika ke kelas. Malah Rina berlari ketika pintu dibukakan untuknya untuk bersama kawan-kawan.
Rina tambah gembira bila dapat berbaik bersama guru dan rakan kelasnya.
Dalam pada itu, Maryam yang sedih melepaskan Rina ke sekolah itu turut berkongsi pelbagai pesanan buat Rina.
“Baik-baik dengan cikgu, dengan kawan dan jangan gaduh,” kongsi Maryam melalui video yang dikongsikannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat anak cilik ini cukup terhibur dengan aksi comel Rina yang begitu gembira hendak ke sekolah.
Tiada rezeki meneruskan kehamilan 10 minggunya, pengacara Hana Ismail reda dengan ketentuan Allah buatnya dan suami, Dai Syed.
Hana yang kini sedang berpantang turut meluahkan penghargaan buat suami yang banyak memberinya sokongan ketika berdepan detik duka itu dalam hidupnya.
Pengalaman baru buatnya, namun dia bersyukur kerana suami adalah insan yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang.
“Alhamdulillah, my surgery went really well berkat doa semua. InsyaAllah akan menjalani proses pantang & recovery di rumah.
“I would not have make it physically, mentally & financially kalau tak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ni,” luahnya yang begitu menghargai pengorbanan suami.
Bukan itu sahaja bahkan kata Hana, Dai Syed langsung tidak kekok membantu menguruskan dirinya. Malah beberapa perkongsian Hana melalui Insta Storynya juga memperlihatkan sikap penyayang Dai Syed.
“He was with me the whole time hatta urusan di bilik air sekalipun!
“Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah & kasih sayangmu dunia akhirat. Tak lupa kepada keluarga dan semua yang mendoakan & ambil berat tentang Hana. Semoga Allah membalas kebaikan kalian,” luahnya berkongsi.
Melalui beberapa perkongsian Hana di Insta Storynya jelas Dai Syed begitu ringan tulang menyediakan air mandian herba buatnya serta memakaikan stokin sepanjang berpantang.
Terdahulu, Hana dan Dai Syed Shah Iqmal yang mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu diuji dengan keguguran Hana pada usia kandungannya 10 minggu.
Belum dapat idea nak masak sajian apa hari ini? Cubalah resepi senang untuk dinikmati bersama keluarga ketika berbuka puasa.Apa kata masak ayam percik ni,...