Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri bakal menimang cahaya mata sulungnya beberapa minggu sahaja lagi.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pertama ini dikongsi olehnya melalui Instastories.
Malah Dr Amalina masih sempat menghadiri majlis ‘baby shower’ yang diadakan oleh sahabat terdekat buat dirinya di salah sebuah restoran di Chelsea, London semalam.
Majlis yang diadakan ringkas dengan kehadiran tetamu terdekat memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan.
Dr Amalina sempat menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat yang bersusah payah mengadakan majlis untuk dirinya.
“What a lovely baby shower! Thank you to all of my friends from various stages of my life (school @cheltladiescoll, university @edinburghuniversity @cambridgeuniversity @imperialcollege, work, and London). Thank you so much to Liza and Stivou for organising such a beautiful day. You all made me feel very special, little bubba 👶🏼, and I thoroughly enjoyed it! 🤰”
Menurut Dr Amalina, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja.
“Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja.
“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi.
“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.
Dia turut berkongsi, sepanjang cuti bersalin gajinya dibayar penuh oleh pihak hospital.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Kredit: Dr Amalina
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI