Pelakon Farah Nabilah bersyukur bila mana impiannya untuk bersalin anak keduanya, Yusof Gibran secara normal tercapai.
Rupanya demi untuk mencapai hasratnya itu, Farah turut mengikuti beberapa kelas sebelum tibanya tarikh due bersalin.
Menerusi Instagramnya, Farah turut berkongsi beberapa kelas dan tip yang dilakukannya demi untuk mencapai hasratnya bersalin normal selepas bersalin melalui kaedah pembedahan ketika anak sulungnya, Andre Omar.
“Saja nak share with you guys my successful VBAC (Vaginal Birth After Ceasarean) journey. Masa Dre dulu saya jalani pembedahan c-section kerana Dre adalah bayi songsang sebab dia takda space nak pusing due to my fibroid yang ada sebesar bola tennis.
Ads
“This 2nd pregnancy memang doa sangat nak beranak normal & do you know that only 60% je berjaya beranak normal after c-section ? Banyak risk dia.
“So I prepared myself by going to Dr Beatrice & hypno- birthing classes with Kak Nadine. Basically membantu align kan my pelvis so that baby can move into best position & legakan my back pain of course hehe.
“Walaupun dapat pergi class last 3 weeks of my pregnancy but the crash course really helped with my breathing (nervous jugak nak beranak normal),” kongsinya.
Ads
Tambahnya lagi, dia juga membuat latihan pernafasan atau deep breathing dengan cara yang betul seperti diajarkan kepadanya malah teramat bersyukur berjaya melahirkan bayi keduanya seperti yang dimahukannya.
“Saya buat pernafasan dalam dan visualisasi masa bersalin yang membantu saya untuk rileks dan tenang. (Sebab kalau tak relax memang susah untuk baby keluar sebab tak cukup hormone oxytocin tu)
Ads
“Labour pun tak lama, alhamdulillah berjaya push 3.35kg baby secara normal just like I wanted to. Hope this helps untuk mommies yang nak cuba bersalin normal selepas c-section,” tulisnya berkongsi.
Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Madammu yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.
Madammu yang menjalani rawatan IVF untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, Jumaat penuh barakah untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Menerusi Tik Toknya, usahawan cantik jelita itu berkongsi kegembiraan atas kelahiran itu.
“Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh berakah. Syukur,” tulisnya.
Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.
Menerusi video yang dikongsikan Madammu itu, memperlihatkan Baby A yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawa masuk ke bilik ibunya.
Teruja dengan perkhabaran gembira itu, pengikut setia Madammu turut meninggalkan pelbagai respons diikuti ribuan ucapan tahniah atas kelahiran yang begitu dinantikan itu.
Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban. Bahkan pada Mei lalu, Madammu juga turut dimasukkan ke hospital selepas tidak cukup rehat.
Semoga kelahiran Baby A menceriakan dan mencambahkan rasa bahagia buat keluarga Madammu dan suami.
Amalan berpantang selepas keguguran, jangan anggap tak penting, paling kurang 14 hari. Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran.
Amalan Berpantang Selepas Keguguran
Amat penting untuk wanita yang mengalami keguguran untuk menitikberatkan penjagaan selepas keguguran. Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.
Keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal. Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang.
Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:
Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;
Terdapat perubahan dalam struktur kromosom.Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Jangan Anggap Tak Penting, Paling Kurang 14 Hari
Perlu tak berurut dan berpantang? Jawapannya perlu berurut dan berpantang. Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang dan berurut, bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Berapa lama tempoh berpantang?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar dan lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa da ‘life style’ sekarang, tidak mengizinkan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yang lama untuk berehat dan menjaga pemakanan.
Selalunya untuk wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yang berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu.
Berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang, berurut dan bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja dan cuti yang pendek.
JIKA PENJAGAAN BERPANTANG DILAKUKAN DENGAN BETUL, IBU DAPAT MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN SEPERTI TEKANAN EMOSI, MASALAH KESUBURAN, LEMAH RAHIM, KETIDAKSEIMBANGAN HORMON, BENGKAK DAN BISA OTOT PERANAKAN.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut dan bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat. Berurut dan bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun janin keluar sendiri melalui proses natural.
Kebaikan berurut dan bertungku ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal di dalam rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, memulihkan dan melembutkan urat-urat yang tegang dan menyegarkan badan.
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan juga mesti diambil berat.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Penyebab asma pada anak ada banyak dan ia bukan sahaja akibat faktor persekitaran. Ini kerana makanan dan minuman yang mereka ambil juga akan memainkan peranan penting.
Sebagai contoh, kanak-kanak dengan kondisi ini dipercayai tidak boleh mengambil hidangan yang mengandungi gas kerana ditakuti boleh jadi punca komplikasi lebih buruk.
Persoalannya, benarkah batuk asma pada anak akan jadi lebih teruk angkara makanan dan minuman yang bergas? Jom terus baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Penyakit asma & makanan itu saling berkaitan?
Asma adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Disebabkan itu, penghidap asma selalunya disarankan untuk elak daripada alergen-alergen yang berada di ruang udara.
Namun, agak jarang pula penghidap asma diingatkan agar menjaga aspek diet pemakanan yang sebenarnya sama malah mungkin lebih penting untuk mengawal kondisi ini.
Untuk pengetahuan anda semua, individu yang ada asma perlu jaga pola makan yang sihat agar dapat mengendalikan gejala asma di samping membantu mengawal berat badan.
Kenapa? Ini kerana penderita asma yang ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti cenderung untuk lebih lambat respons kepada ubatan atau rawatan penyakit asma.
Annals of American Thoracic Society menyatakan bahawa individu dengan kondisi asma wajar menurunkan 10% daripada berat badan mereka untuk elak komplikasi buruk.
Makanan boleh jadi penyebab asma pada anak?
Sebenarnya, adalah sangat penting untuk ibu bapa tahu bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak sesuai jika diberikan kepada anak dengan kondisi asma.
Berikut adalah antara jenis makanan yang mungkin boleh jadi punca batuk asma pada anak:
#1. Makanan yang tinggi sulfite
Sulfite seperti sulfur dioksida dan lain-lain biasanya wujud di dalam produk makanan kering yang diekstrak dan diawet untuk dikilangkan serta ditinkan bagi jualan di pasaran.
Sebatian ini mungkin akan mendatangkan kesan sampingan terutamanya kesukaran untuk individu bernafas yang tentu sahaja sangat bahaya buat penderita penyakit asma.
#2. Makanan yang tinggi garam
Garam adalah bahan wajib di dalam pelbagai jenis makanan untuk menambah rasa dan membuat ia tahan lebih lama. Namun, ia mungkin kurang bagus jika anak anda ada asma.
Sama seperti sulfite, makanan yang tinggi garam juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sukar untuk bernafas sekali gus membuatkan ia tidak sesuai buat penderitanya.
#3. Produk tenusu
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt agak popular sebagai penyebab asma pada anak kerana ia berisiko untuk menambah mukus lantas mengganggu salur pernafasan.
Ia adalah akibat teksturnya yang agak pekat selain tinggi dengan lemak yang mungkin akan menyumbang kepada risiko sistem pernafasan anak dengan mengalami rengsa atau radang.
#4. Daging proses
Daging proses seperti sosej, koktel, salami, ham dan lain-lain mengandungi pengawet makanan bernama nitrite dan ia dipercayai mungkin boleh menjejaskan salur pernafasan.
Bukan itu sahaja, ia turut kaya dengan lemak tepu dan sodium yang semua orang sudah tahu akan memburukkan lagi simptom sekiranya anak anda ada masalah sistem pernafasan.
#5. Makanan pemicu alergen
Paling berbahaya, batuk asma pada anak juga boleh jadi lebih buruk jika mereka ambil makanan pemicu alergen seperti makanan laut, gandum, telur, kacang dan sebagainya.
Makanan bergas juga penyebab asma pada anak?
Berbalik kepada topik utama artikel, si kecil dengan masalah asma juga mungkin perlu elak makanan dan minuman bergas kerana ia boleh buat komplikasi jadi lebih teruk.
Ini kerana hidangan penuh gas akan memberikan tekanan pada diafragma dan tanpa sedar, ia mungkin akan menyebabkan sakit dada, sesak nafas serta gejala yang lain.
Disebabkan itu juga, ibu bapa perlu elak beri anak dengan asma jenis makanan dan minuman ini:
Minuman berkarbonat
Makanan bergoreng
Gula-gula getah
Jenis sayur, buah dan kekacang tertentu
Lebih berbahaya jika anak anda pernah atau masih mengalami penyakit asid refluks (GERD). Jadi, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentang diet sesuai.
Penderita asma tidak boleh asal makan sahaja!
Konklusinya, individu dengan kondisi asma tidak boleh asal makan sahaja terutamanya golongan kanak-kanak kerana mereka mungkin belum tahu apa yang bagus atau tidak.
Disebabkan itu, sila peka dengan penyebab asma pada anak sama ada dari aspek persekitaran dan pemakanan agar tidak pula timbul komplikasi yang mungkin boleh membahayakan kesihatan mereka.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.