Ramai netizen memuji caranya yang penuh kasih sayang melayan anak-anaknya termasuk dua anak angkatnya Ameena dan Qayum.
Ternyata wanita ini percaya setiap anak itu membawa rezeki buat keluarga dan dia tak kisah untuk sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.
IKLAN
Tetap Sayang Walaupun Anak Angkat
Bertuah baby Meena dan Qayum sebab dijaga oleh keluarga yang sangat menyayangi mereka. Kedua bayi ini diambil dan dibela sendiri oleh DS Aliff Syukri dan DS Shahida.
Melihat kedua bayi yang semakin membesar dengan sihat dan ceria ini, nyatalah mereka mendapat cukup kasih sayang yang ikhlas dari ibu bapa angkat merka.
Bahkan anak-anak tauke produk Dherbs yang lain juga amat sayangkan kedua adik mereka yang masih kecil itu.
Ada pengikut mereka turut mengatakan yang wajah Meena dan Qayum sudah hampir sama dengan DS Aliff dan DS Shahida.
IKLAN
Semoga Allah limpahkan rahmat pada keluarga ini serta rezeki yang tiada putusnya.
Gara-gara menggunakan krim yang dipercayai tiruan, seorang wanita di Wythenshawe, England terpaksa menanggung malu apabila badannya bertukar menjadi hijau.
Difahamkan, wanita tersebut Jenni Coleman, 35, menggunakan krim berkenaan untuk menggelapkan kulit.
Menerusi laporan The Sun, Jenni mendakwa dia telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut.
Namun, keesokannya, dia terkejut menyedari dirinya bertukar warna hijau seakan watak animasi Shrek.
“Saya tak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin dari penggunaan krim tersebut.
“Saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu. Sudah berkali-kali mandi termasuk menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut, namun masih gagal” katanya.
Menurut Jenny lagi rakan-rakannya turut mengusiknya dengan memberitahu dia seakan ahli sihir.
Sumber: The Sun, Sinar Harian, Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini ramai ingatkan nama bayi miracle yang dilahirkan oleh ibunya yang koma adalah Jihady Nisywan. Namun setelah seminggu dilahirkan, ahli keluarga memilih nama J Eshan Nufail untuk bayi kepada mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin yang membawa maksud Pemberian Dari Allah SWT.
Mesra dipanggil Baby J
J Eshan Nufail yang mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu kini berada di bawah jagaan adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin, 40, yang tinggal di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Fauziah berkata, nama J Eshan Nufail dipilih sendiri olehnya membawa maksud dalam berkah dan hadiah daripada Allah manakala J itu merujuk kepada nama ibunya Jahidah, 43.
“Alhamdulillah kini ‘Baby J’ berada di rumah dan bacaan penyakit kuning atau jaundis neonatal yang dialaminya sudah menurun. Tetapi masih kena pantau (bacaan kuning)” katanya.
Dalam kandungan doktor maklumkan kaki kecil, tapi keluar semua normal
Menurut Fauziah, mereka sekeluarga bersyukur J Eshan Nufail membesar dengan baik walaupun ketika dalam kandungan doktor memaklumkan kakinya agak kecil.
“Tetapi sekali keluar bayi sihat dan normal, sekarang siap boleh angkat kepala dan badan walaupun baru masuk seminggu,” katanya.
Jahidah selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.
Telinga seakan kalimah Allah
Fauziah yang sering berkongsi perkembangan terbaharu ‘Baby J’ menerusi media sosial Facebook dan Tiktok turut memberitahu, ada dalam kalangan netizen memaklumkan telinga bayi itu mempunyai perkataan seakan kalimah Allah.
“Pada mulanya saya juga tidak perasan, mungkin ini tanda kebesaran Allah, semua orang sayangkan ‘Baby J’ dan kakak Jahidah,” katanya.
Fauziah berkata, Jahidah kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih di bawah pemantauan doktor di Wad Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Rezeki tak putus untuk baby
Dalam pada itu, jelas Fauziah, sejak Jahidah melahirkan J Eshan Nufail setiap hari ada individu yang prihatin dan mahu sama-sama membantu meringankan beban dia sekeluarga menjaga Jahidah serta permata hatinya itu.
“Bantuan ini sangat bermakna dalam menguruskan kakak Jahidah dan bayi kecil ini, selain semangat semua orang membuatkan saya dan keluarga terus kuat,” katanya lagi.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).
Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan je ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa menyangka Aidil Fitri kali ini menjadi sambutan terakhir seorang ibu bersama anak sulungnya yang disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
Anak kecil itu, Muhamad Syamil Aqil yang berusia 11 tahun menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi.
Walaupun payah untuk menerima hakikat kehilangan anak sulungnya itu namun dia akur dan reda dengan aturan Allah Yang Masa Esa. Melalui facebooknya, ibu ini, Wanie Alias, 32, sempat meluahkan rasa hiba dan berkongsi nasihat untuk semua ibu bapa.
“Semua sayang Abe Aqil. Sorang pym tak tinggal, semua pakat-pakat kebumi Abe Aqil. Ibu sebak sangat-sangat tengok kami.
“Kamu anak yang baik Aqil. Abe Aqil dah selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak ibu, penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama abah ibu yang mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Abe tenang dan riang bersama kawan-kawan baru.
“Ibu tak kisah dah Abe nak main. Abe boleh main puas-puas doah. Ibu lepaskan Abe main puas-puas dengan kawan baru Abe di sana,” luahnya sebak.
Menceritakan detik hiba itu, kata Wanie anaknya sebelum itu iaitu pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.
Malah katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga.
“Saya sentiasa memantau keadaan anak pada setiap jam dan mendapati suhunya sekitar antara 37 hingga 38 darjah Celcius.
“Pada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.
“Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan,” katanya berkongsi melalui Facebooknya.
Malah akui ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, doktor berusaha melakukan yang terbaik apabila memberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Walaupun payah namun dia dan suami paksa reda panggilan Ilahi buat anak kesayangannya itu.
Bahkan kata ibu ini lagi, dia reda apabila diberitahu organ dalaman, jantung dan buah pinggang anaknya hangus malah kekurangan air dalam badan.
Beliau berkata, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati anaknya meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
“Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering.
“Saya mahu ibu bapa mengambil iktibar dari cerita ini dan jangan bagi anak-anak main panas terik berikutan suhu masa ini sangat tinggi. Bagi anak minum air secukupnya,” pesannya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!