Kecoh di laman sosial semalam apabila pengacara popular, Fara Fauzana memuat naik video rakaman antara dia dan anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.

Dalam rakaman yang menarik dan lucu itu, Fara yang lebih dikenali dengan nama Fafau, mengajukan soalan kepada Aafiyah sekiranya Fafau sepadan jika disatukan dengan penyanyi tersohor, Anuar Zain.

“Aafiyah rasa, auntie Fara dengan uncle Anuar Zain sesuai, sedondon dan secocok tak?

“Kalau auntie Fara dengan Anuar Zain sesuai, goyang kepala,” tanya Fara kepada Aafiyah.

IKLAN

Pada rakaman itu, selepas cubaan pertama gagal mendapatkan jawapan yang diinginkan, akhirnya kali kedua Aafiyah kebetulan menggoyangkan kepalanya sedikit sebagai tanda setuju.

Netizen Gelak Aafiyah Goyang Kepala Jawab Soalan Fara Fauzana Sepadan Tak Dengan Anuar Zain

“Alhamdulillah… Aafiyah merestui, budak-budak jujur,” luah Fara.

IKLAN

Hasil perkongsian itu juga telah mengundang beberapa komen ucapan tahniah dan berbunga daripada pengikut Fara di Instagram.

Apatah lagi peminat Anuar Zain turut sepakat menyetujui jika mereka disatukan.

Netizen Gelak Aafiyah Goyang Kepala Jawab Soalan Fara Fauzana Sepadan Tak Dengan Anuar Zain

IKLAN

Tidak kurang juga ramai yang memberikan komen emoji ketawa kerana melihat telatah anak Tok Ti yang comel itu.

Ramai juga yang suka tengok gelagat Aafiyah walaupun ia berlaku secara spontan seolah-olah dia memahami apa yang Fafau cakap.

Kredit: instagram Fara Fauzana

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI