
Tak mustahil ramai netizen yang geram dengan kegebuan pipi anak Johan dan Ozlynn yang diibaratkan seperti pipi pau.
“Tak ada apa-apa rahsia pun cuma susu ibu sahaja”, kongsi Ozlynn.
Menurut Ozlynn, dia masih menyusukan anaknya yang diberi nama Nur Latifah Moleiq Haninia.
“Saya masih menyusukan Moleiq, jadi saya kini banyak meluangkan masa di rumah menjaga dan bersamanya.
“Bila keluar bekerja pun paling lama dua jam. Lepas tu dah mula rindu pada Moleiq. Ibaratnya macam bantal busuk mama, tak boleh nak berenggang,” selorohnya yang melahirkan anak kelimanya 17 Jun lalu.
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Mengenai pemilihan nama Moleiq untuk anak kelimanya ni, Ozylnn memberitahu Astro Gempak pemilihan nama tersebut diberikan sendiri oleh Johan.
“Pada mulanya kita mahu namakan anak kelima ini dengan ‘Cerdik’, tetapi menurut Johan bagi memudahkan saya untuk memanggil anak-anak dia beri nama Moleiq (molek).
“Yelah bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut ‘cantik, molek…’
“Sudah tentu kita memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.
“Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.
“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi Allah,” katanya.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.
Sumber: ig jozlynnhanania
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
13 Mitos Tentang Penyusuan Bayi Yang Ibu Menyusu Mesti Tahu!

Banyak sangat mitos tentang penyusuan bayi yang kadangkala menggagalkan ibu menyusu terus memberikan susu ibu kepada bayi. Ibu mesti tahu tentang hal ini supaya ia tidak lagi menggagalkan impian anda.
Dr Amirul Amzar menulis sebuah artikel yang sangat penting tentang mitos penyusuan bayi dan patut diketahui oleh semua ibu-ibu dan bakal ibu supaya tiada yang dapat menggagalkan cita-cita murni mereka untuk memberikan susu ibu kepada si manja.
Penyusuan susu ibu amatlah digalakkan bagi setiap bayi. Susu ibu adalah sumber nutrien yang terbaik bagi bayi yang baru lahir. Namun, ianya tidak semudah yang disangka. Pelbagai cabaran dihadapi oleh para ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Salah satu cabaran besar ialah mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa mitos dan penjelasan berkaitan penyusuan susu ibu.
1) Saya tidak boleh menyusukan bayi saya, saya memang kurang menghasilkan susu.
–Mitos ini tidak tepat. Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu badan kecuali atas sebab-sebab perubatan tertentu seperti ‘hypoplasia of mammary gland’, tumpah darah selepas kelahiran yang banyak ataupun ‘Sheehan syndrome’, dan PCOS (polycystic ovarian syndrome). Jika anda tidak mengalami apa-apa keadaan kesihatan seperti disebut, anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Kebanyakan wanita sebenarnya menghasilkan banyak susu badan lebih dari keperluan bayi selepas kelahiran. Kurangnya kenaikan berat badan pada bayi bukan disebabkan oleh kurang penghasilan susu oleh ibu, tetapi ia disebabkan oleh kurangnya penerimaan susu oleh bayi. Ia disebabkan oleh teknik penyusuan yang salah seperti ‘latching technique’ yang tidak betul. Apabila ia berterusan, penghasilan susu semakin berkurang. Oleh itu, jika anda merasakan susu anda kurang, semak teknik penyusuan anda.
2) Penghasilan susu pada minggu pertama kelahiran tidak mencukupi.
–Sekali lagi, ianya mitos yang salah. Susu yang dihasilkan adalah mencukupi tetapi dek kerana teknik penyusuan yang salah, bayi tidak dapat menerima susu dengan secukupnya. Malah, penghasilan susu ibu pada peringkat awal, walaupun sedikit, ia sesuai dengan fisiologi tubuh bayi kerana saiz perutnya yang kecil.
3) Bayi yang menyusu perlu diberi air masak terutama semasa cuaca panas.
–Mitos ini sinonim dengan nasihat mak cik anda, mertua anda dan juga orang-orang senior di sekeliling anda. Ianya tidak benar sama sekali dan boleh mengganggu proses penyusuan. Bayi kurang 6 bulan tidak memerlukan sumber makanan lain selain susu ibu, Ini termasuk air masak. Apabila bayi diberi air masak, perutnya yang kecil akan mengembang dan memberikan rasa kenyang. Bayi tidak akan meminta susu. Wajarkah kita memenuhi perut bayi dengan air yang tiada nutrien? Ianya juga boleh mempengaruhi konsep ‘supply and demand’. Apabila ‘demand’ dipenuhi oleh air kosong, ‘supply’ susu ibu akan mula berkurang.
4) Susu ibu tidak mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi.
–Ianya sama sekali salah. Susu ibu mempunyai zat besi yang mencukupi untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi. Walaupun kandungan zat besi susu formula lebih tinggi, namun zat besi dalam susu ibu lebih mudah diserap oleh bayi. Tiada keperluan memberikan susu formula atas alasan zat besinya kurang.
5) Susu formula berkualiti tinggi adalah sama jika dibandingkan dengan susu ibu.
–Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak dapat menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan susu ibu juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi.
6) Bayi yang menyusu susu badan ibunya tidak memerlukan vaksin .
–Mitos yang sangat mengelirukan dan salah sama sekali. Memang benar di dalam susu ibu terdapat antibodi seperti ‘immunoglobulin’ yang melindungi dari jangkitan kuman. Paling banyak adalah IgA yang selalunya didapati di lapisan usus manusia yang melindungi dari jangkitan kuman di saluran pemakanan manusia. Namun, amat harus diingatkan bahawa ‘immunoglobulin’ ini tidak spesifik. Ia tidak melindungi dari penyakit-penyakit berbahaya seperti difteria, tetanus, hepatitis B, tuberculosis, polio dan measles. Oleh itu, penggunaan vaksin adalah perlu bagi meningkatkan rintangan spesifik bayi terhadap penyakit-penyakit yang membawa maut ini.
7) Berat badan bayi tidak meningkat dengan baik kerana kualiti susu ibunya rendah.
–Kualiti susu ibu adalah amat tinggi, tidak mungkin dibandingkan dengan mana-mana susu lain. Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi. Walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu, tiada susu ibu yang terhasil dengan kualiti rendah. Jika berat bayi tidak meningkat dengan baik, ia mungkin disebabkan kurang penerimaan semasa menyusu (teknik penyusuan yang salah) atau bayi mempunyai masalah kesihatan yang perlu diperiksa.
8) Saya bengkak susu, maka perlu berhenti menyusukan bayi saya kerana ianya berbahaya.
–Ini mitos yang salah. Bengkak susu atau ‘mastitis’ adalah disebabkan saluran susu yang tersumbat dan menyebabkan pembiakan kuman. Jika anda terkena kondisi ini, terus menyusukan bayi kerana ia akan membantu mengurangkan sumbatan. Kuman yang terkandung dalam susu ibu tersebut adalah sedikit dan boleh dineutralkan oleh sistem penghadaman bayi. Tidak perlu berhenti menyusu atau membuang susu selepas pengepaman.
9) Jika saya mahu menyusukan bayi saya, saya perlu minum banyak susu.
–Susu anda dihasilkan dari sistem peredaran darah anda, bukan secara terus dari perut anda. Tidak perlu minum susu semata-mata bagi menghasilkan kuantiti susu yang banyak dan baik. Lebih penting adalah mengekalkan kadar hidrasi yang baik dengan minum banyak air, tidak terhad kepada susu semata-mata. Namun, pengambilan kalsium dari susu secara konsisten membantu mengelakkan kerapuhan tulang di usia tua kelak.
10) Susu saya sedikit kerana payu dara saya kecil
–Ini adalah tidak benar. Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Ini kerana saiz payu dara adalah dipengaruhi kandungan tisu lemak dalam payu dara. Walhal, penghasilan susu pula adalah melalui tisu kelenjar yang berada di dalam payu dara.
11) Susu ibu amat baik, jadi ia perlu diberi secara eksklusif sehingga 2 tahun tanpa memberi makanan lain.
–Kekeliruan ini terhasil dari mereka yang mentafsirkan konsep najis bayi lelaki kurang 2 tahun yang menyusu susu ibunya sahaja sebagai najis mukhafafah (ringan). Namun tidak disebut secara spesifik di dalam hadis atau al-quran bahawa semua bayi itu perlu disusukan secara eksklusif selama dua tahun tanpa makanan tambahan. Ya, memang benar penyusuan itu perlu diteruskan sehingga 2 tahun, namun, makanan pelengkap perlu diberi pada usia 6 bulan. Ini kerana selepas 6 bulan, bayi memerlukan sumber nutrien lain sejajar dengan perkembangan fisiologinya yang lain seperti gigi tumbuh, bayi mula memasukkan barang ke dalam mulut, dan sebagainya.
12) Memberikan susu melalui botol adalah satu kesalahan besar.
–Sememangnya digalakkan memberikan susu ibu secara terus dari ibunya kerana banyak kebaikannya. Antaranya mengurangkan risiko kanser payu dara, mengurangkan stress si ibu dan merapatkan hubungan ibu dan anak. Namun, dalam era moden ini, kebanyakan ibu bekerjaya. Tiada kesalahan jika si ibu memerah susunya, menyimpan dan diberikan kepada bayi melalui botol susu. Asalkan bayi mendapat susu ibunya, itu sudah berfaedah yang besar untuk bayi. Malah ada kondisi kesihatan seperti ‘cleft palate’ (sumbing) yang memerlukan penyusuan dengan botol berputing khas. Adakah berdosa kita memberi susu melalui botol sesuai dengan keperluan bayi? Sudah semestinya tidak.
13) Memberi susu formula kepada bayi adalah melanggar fitrah dan suatu dosa yang tidak boleh dimaafkan.
–Semua ibu berbeza dan kita semua diberi ujian berbeza-beza. Ada antara ibu-ibu yang telah berusaha sedaya upaya bagi menyusukan bayinya, namun bayinya tidak menerima susu tersebut dengan baik. Ada juga bayi yang terpaksa diasingkan dengan ibunya atas sebab kesihatan sama ada ibu atau bayi. Adakah kita biarkan bayi sebegini terus sengsara tanpa nutrisi yang mencukupi? Sudah tentu tidak. Di sini lah susu formula memainkan peranan. Gagal menyusukan bayi bukanlah tiket untuk merendah-rendahkan seorang ibu. Pengorbanan mereka yang amat besar dan tidak wajar diremehkan hanya kerana gagal menyusukan bayi. Cuba lagi untuk kandungan yang akan datang.
**Pesanan penaja tidak berkepentingan:
1) Susu ibu amat baik untuk bayi, oleh itu berusahalah memberikan susu ibu selama 2 tahun, dan mengenalkan makanan pelengkap pada 6 bulan.
2) Jika anda mengalami masalah dengan penyusuan bayi anda, sila rujuk dengan pakar yang bertauliah. Dapatkan kredibiliti pakar yang dirujuk bagi mengelakkan informasi yang salah.
3) Bagi konsultasi secara personal, amatlah digalakkan mendapatkan nasihat dari mereka yang sahih status kepakarannya. Elakkan merujuk kepada selebriti-selebriti media sosial yang mungkin berkepentingan lain.
4) Mohon tidak menjadikan kejayaan anda menyusukan bayi anda sebagai tiket merendahkan ibu yang tidak berkemampuan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Setiap ibu harus disayangi dan dihargai sepenuhnya.
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Buat Macam-Macam Tapi Susu Tetap Kurang. Cuba Amalkan 12 Cara Yang Sangat Mudah!

Dah buat macam-macam tapi susu tetap kurang? Hingga terdetik di hati takut anak tak dapat zat yang cukup. Sebenarnya ada sebab berlaku masalah ini yang tak disedari oleh ibu. Ingat dalam membekalkan susu berkualiti pada bayi, ibu kena peka beberapa perkara sama ada dari aspek pemakanan, emosi, mental dan fizikal.
Kesemua ini jika diambil berat, memang akan menjamin penghasilan kualiti susu yang baik dan hasrat untuk menyusukan anak dalam tempoh maksimum tercapai.
Sukarelawan Penyusuan, Puan Nuha Hayati berkongsikan tip untuk memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti. Paling penting ibu haruslah:
1) Sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, relax dan tidak stres. Tubuh yang kurang sihat, fikiran yang terganggu dan bercelaru serta stress boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.
2) Tidak mengeruhkan keadaan dengan sesiapa hanya kerana ibu mampu susukan bayi dan memandang ibu yang tidak boleh menyusukan bayi sebagai satu kesalahan besar. Sentiasa bersyukur dengan rezeki susu ibu yang Allah beri.
3) Sentiasa aktif dan kekal cerdas. Apabila ibu aktif dan cerdas, badan akan lebih cergas dan bertenaga.
4) Punya hubungan baik dengan semua orang terutama suami. Apabila hubungan ibu baik, mood ibu pun baik. Ingat, pengeluaran susu ibu bergantung kepada hormon ibu.
5) Nikmati kebahagian berumahtangga bersama cahaya mata dengan lebih baik dan gembira. Lalui detik suka duka, gembira, sedih, sayang dan marah membesarkan si comel dengan rasa syukur kerana ramai lagi wanita yang ingin menjadi ibu namun masih belum mendapat peluang.
6) Tabah menghadapi ujian. Teruskan melangkah dan mohon pertolongan dariNya. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang terbaik.
7) Tetap kekal cantik dan menawan supaya yakin diri dan gembira dengan diri ibu.
8) Jaga pemakanan. Kebanyakan ibu menyusu makan ikut sempat sahaja asalkan perut kenyang. Ibu perlu menitikberatkan kualiti susu yang ibu berikan kepada si comel, bukan mengejar kuantiti semata-mata. Nutrisi dalam susu ibu juga perlu diambil berat.
9) Cari waktu rehat. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami. Bekerjasama sebagai satu pasukan itu lebih indah.
10) Jangan hanya fokus kepada makanan yang banyakkan susu. Tetapi pastikan ibu makan secara seimbang.
11) Ambil makanan tambahan untuk pastikan ibu dapat cukup nutrien untuk menghasilkan susu yang berkualiti.
12) Jangan abaikan kebajikan diri sendiri. Utamakan diri, inshaAllah keluarga ibu juga akan terjaga.
Kak Nuha suka dan praktis utamakan diri sendiri dulu kemudian baru anak-anak.
Pada Kak Nuha, kalau Kak Nuha selesa atau gembira, inshaAllah Kak Nuha dapat berikan yang terbaik untuk keluarga.
Kata pepatah Inggeris, “a happy family is a happy mom”.
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Tetapi untuk pastikan si comel mendapat nutrien dan zat yang cukup dari susu ibu, ibu harus pastikan tubuh ibu mendapat diet yang seimbang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risau Bayi Kerap Muntah Selepas Menyusu. Tip Ini Boleh Membantu Ibu

Adakah anda biasa lihat atau mengalami sendiri bayi anda muntah selepas menyusu. Perkara biasa jika bayi muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan.
Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu adalah ‘menjeluak’ apabila susu ibu memancut dengan laju semasa refleks melepas, susu mengalir terlalu banyak, bayi minum terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus masih belum matang.
Tip Kurangkan Risiko Bayi Muntah Selepas Menyusu
- Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi. Namun, kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah.
- Mengiring atau meniarapkan semasa bayi masih terjaga. Namun, posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut.
- Cuba menyusukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak. Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda.
- Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.
- Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Bagi bayi yang memakai barut, cuba longgarkan atau tanggalkan.
- Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup.
- Anda boleh amalkan teknik memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu.
- Habiskan penyusuan di sebelah payudara terlebih dahulu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap walaupun telah tertidur. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
- Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak disusukan banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan (baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko. Pelekap pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.
- Sesetengah bayi lebih tenang apabila berada di payudara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi. Lazimnya, bayi sudah kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
- Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kembung seperti susu lembu dan kafein.
- Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payudara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung.
- Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem pemghadaman dan menguatkan ototnya.
Sumber: www.wom.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI