Tak mustahil ramai netizen yang geram dengan kegebuan pipi anak Johan dan Ozlynn yang diibaratkan seperti pipi pau.

“Tak ada apa-apa rahsia pun cuma susu ibu sahaja”, kongsi Ozlynn.

Netizen Geram Tengok Pipi Moleiq Yang Bam Bam. Ozylnn Kongsikan Rahsianya Cuma Susu Ibu!

Menurut Ozlynn, dia masih menyusukan anaknya yang diberi nama Nur Latifah Moleiq Haninia.

“Saya masih menyusukan Moleiq, jadi saya kini banyak meluangkan masa di rumah menjaga dan bersamanya.

Netizen Geram Tengok Pipi Moleiq Yang Bam Bam. Ozylnn Kongsikan Rahsianya Cuma Susu Ibu!

IKLAN

“Bila keluar bekerja pun paling lama dua jam. Lepas tu dah mula rindu pada Moleiq. Ibaratnya macam bantal busuk mama, tak boleh nak berenggang,” selorohnya yang melahirkan anak kelimanya 17 Jun lalu.

Mengenai pemilihan nama Moleiq untuk anak kelimanya ni, Ozylnn memberitahu Astro Gempak pemilihan nama tersebut diberikan sendiri oleh Johan.

“Pada mulanya kita mahu namakan anak kelima ini dengan ‘Cerdik’, tetapi menurut Johan bagi memudahkan saya untuk memanggil anak-anak dia beri nama Moleiq (molek).

Netizen Geram Tengok Pipi Moleiq Yang Bam Bam. Ozylnn Kongsikan Rahsianya Cuma Susu Ibu!

IKLAN

“Yelah bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut ‘cantik, molek…’

“Sudah tentu kita memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.

“Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.

IKLAN

Netizen Geram Tengok Pipi Moleiq Yang Bam Bam. Ozylnn Kongsikan Rahsianya Cuma Susu Ibu!“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi Allah,” katanya.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

Sumber: ig jozlynnhanania

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI