Netizen Kecam Lara Tak Faham Dan Tak Boleh Cakap Bahasa Melayu. Scha Alyahya Jelaskan Sebabnya

Share

Bila ramai yang kecam dan cakap macam-macam pada anak, ibu mana yang sanggup dengar kan? Begitu jugalah dalam situasi yang dihadapi oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari bila ramai netizen mempersoalkan Lara Alaana yang tak faham Bahasa Melayu dan lebih banyak cakap English apabila berkomunikasi.

Menurut Scha, dia memang akui banyak bercakap English dengan Lara sejak dia kecil hingga sekarang. Lagipun di sekolah Lara didedahkan dengan silibus mengikut standard antarabangsa. Jadi memang dia lebih banyak didedahkan dengan bahasa tersebut.

“Lagipun masa dia kecil saya dan Awal ada bertanya doktor mengenai hal ini dan doktor mencadangkan jika kita lebih banyak berinteraksi dalam English dengannya, fokus pada satu bahasa dulu.

“Ini bagi mengelakkannya keliru bila campur aduk banyak bahasa. Bagaimanapun, diusianya kini dah mencecah 4 tahun, ini adalah masa terbaik untuk dia belajar bahasa lain dan memahaminya.

“Sekarang kami dah biasakannya bercakap bahasa Melayu, Mandarin dan sedang belajar tulisan jawi. Kami buat berperingakat dan tak mahu memaksanya sehingga rasa stres,” katanya.

Scha berkata, memandangkan pembantu rumahnya juga banyak bercakap English, saya dan Awal mula ambil pendekatan dengan menerangkan semula dalam bahasa Melayu.

Sekarang ni dah nampak Lara faham dan seronok nak belajar. Contohnya Lara do you want eat?… Lara awak nak makan tak?

Scha akui walaupun ramai yang cakap macam-macam, dia tak ambil hati kerana setiap ibu bapa ada pendekatan dan perancangan masing-masing untuk anak mereka.

Nak Bagi Lara Adik
Sementara itu, Scha juga berkongsi impiannya untuk tahun ini adalah untuk bagi adik pada Lara.

“Rasanya dah sesuai nak tambah seorang lagi anak. Cuma buat masa ini saya tak mahu terlalu stres dan berharap ada rezeki kami nanti. Jika dimakbulkan alhamdulillah,” jelasnya ketika ditemui pada majlis Malaysia’s Top Influencer Watson, di Sunway Damansara baru-baru ini.

Published by
Wan Amy