Netizen Puji Lan Solo Dan Isteri. Walaupun Bayinya Sumbing Bibir Tetap Positif Menerima Takdir

Share

Berfikiran positif dan terima kurniaan Allah dengan hati yang terbuka, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim dipuji ramai peminat apabila berkongsikan wajah anak keempatnya, Nur Amna Quxandra yang dilahirkan kelmarin.

Walaupun Nur Amna bayi istimewa kerana mengalami cleft lip atau sumbing, ternyata Lan dan Sheila cukup kuat.

Pasangan ini ternyata gembira dengan kehadiran bayi perempuannya dan tidak lokek untuk berkongsi gambar kepada semua peminat.

Malah rata-rata peminat pun turut sama mendoakan yang terbaik buat Nur Amna. Daripada komen yang diberikan netizen ada yang menyatakan Nur Amna adalah bayi bertuah dan anugerah terindah buat Lan sekeluarga.

Terdahulu Lan dan isterinya mengetahui keadaan bayinya  sumbing semasa kandungan berusia 30 minggu.

Selepas itu, Sheila meminta pandangan daripada ibu bapa yang mempunyai anak sumbing untuk berkongsi pengalaman.

Walaupun bayi ini dianggap istimewa dalam keluarga Lan dan isteri, sikap keterbukaan pasangan ini wajar dipuji dan langsung tidak menunjukkan mereka sedih sebaliknya begitu kuat.

Apa yang membuatkan netizen cukup tersentuh hati, Lan dan Sheila bertekad untuk membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang pada Nur Amna.

Daripada komen di instagram Lan juga, ada netizen yang berkongsikan masalah anak mereka yang senasib dengan anak Lan dan rata-ratanya menyatakan boleh dirawat dengan membuat pembedahan.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lan dan Sheila atas kelahiran cahaya mata keempat mereka.

Sumber: lansolo_official & sheilarazlan

 

Published by
Wan Amy