Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Ads
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Ads
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.
Maka nampak dia seperti melawan atau degil.
Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
.”Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).
“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hobi boleh dikaitkan dengan minat anak-anak. Ramai juga yang berjaya menjadikan hobi sebagai karier dan mampu menjana pendapatan. Jika anak anda mempunyai hobi yang dia gemari, pantau dan beri mereka galakkan.
Pada zaman media sosial ini, lebih ramai yang suka menghabiskan waktu terluang mereka dengan aktiviti pasif, seperti menonton TV dan melayari internet. Aktiviti waktu lapang yang aktif seperti bersukan dan hobi semakin tidak popular, terutamanya dalam kalangan anak muda hari ini. Ini satu kerugian kerana sukan dan hobi ialah cara yang baik untuk memupuk hubungan rapat antara ahli keluarga. Apabila ahli keluarga mempunyai minat atau hobi yang sama, mereka boleh meluangkan masa melakukan perkara yang mereka sukai bersama.
Jom buat bersama!
Apabila bercakap tentang masa bersama menerusi hobi, ia bukan hanya bermaksud membawa anak-anak anda ke kelas tarian atau menyokong mereka dari tepi padang bola. Ia bermaksud melakukan sesuatu perkara yang anda dan anak anda minat. Mempunyai objektif sama akan menggalakkan anak-anak anda berkongsi perasaan kepada anda, lalu mewujudkan hubungan yang rapat. Jadi, apa harus anda lakukan?
Tanamkan minat: Pupuk minat mereka terhadap hobi anda dengan membenarkan mereka bersama anda semasa anda melakukan hobi itu. Jelaskan dan kongsikan keseronokan semasa melakukan hobi tersebut. Beri peluang untuk mereka turut serta dengan meminta pendapat atau bantuan mereka. Layan soalannya menggunakan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.
Tetapkan masa: Tetapkan masa dalam jadual untuk melakukan hobi itu. Contohnya, anda boleh peruntukkan petang Sabtu pada setiap dua minggu untuk sesi badminton dengan anak-anak anda. Penting untuk memastikan hobi itu dilakukan pada waktu terluang agar anda tidak kelam-kabut dan anak anda tidak rasa terpaksa.
Mula dengan mudah: Berikan mereka sesuatu yang mudah dan sesuai terlebih dahulu. Anda boleh mengajarkan tahap yang lebih sukar apabila mereka menunjukkan minat lebih mendalam dan mereka lebih berkemampuan. Jika mereka berminat dengan fotografi, berikan mereka guna kamera yang mudah digunakan dengan tetapan auto dahulu, bukan terus mengajarkan mereka tetapan manual pada kamera DSLR profesional.
Bersabar: Bagi memastikan anak anda seronok melakukan hobi itu, ia haruslah menarik, santai dan istimewa. Fahami bahawa anak anda mungkin akan melambatkan anda dan anda mungkin tidak dapat melakukannya seperti biasa. Bersabarlah apabila mereka menyepahkan alatan anda. Ingat, tujuan anda adalah untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
Sokong mereka: Jika anak-anak anda berasa kecewa dengan hobi itu (contohnya, mereka kerap gagal menunggang basikal tanpa roda latihan), puji usaha mereka dan berikan nasihat. Berikan galakan dan maklum balas yang membina, bukan kritikan. Apabila mereka menguasai kemahiran baru, galakkan mereka dengan memberikan alatan berkaitan, atau melawat tempat yang menarik
Apa yang kita boleh buat?
There are many activities and hobbies that you can enjoy with your kids. Here are some examples.
Sukan
Bersukan merupakan cara yang baik untuk kanak-kanak menjadi aktif, belajar bekerjasama, dan melatih koordinasi badan. Ia antara hobi yang umum, tetapi pastikan jenis sukan itu sesuai dengan umur dan kemampuan mereka. Contoh: bola sepak, badminton, bola keranjang, berenang, memanjat dinding, dan kasut roda.
Aktiviti keluarga
Menghabiskan masa di luar ialah cara yang baik untuk bersenam, mengurangkan tekanan, dan mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari. Kanak-kanak juga boleh belajar menghargai alam sekitar. Contoh: berjalan di taman/hutan, melihat bintang, memancing, berbasikal, dan berkhemah.
Seni dan kraftangan
Kanak-kanak boleh mengembangkan sisi kreatif mereka dengan seni dan kraf. Ia juga aktiviti menarik yang dapat melatih koordinasi tangan dan mata mereka. Contoh: catan, origami, membuat buku skrap, dan membina model.
Koleksi
Mengumpul barangan boleh mengajar anak-anak kemahiran menyusun atur dan mengira. Mereka juga akan belajar menghargai kecantikan dan keunikan setiap barang dalam koleksi mereka. Contoh: setem, syiling, poskad, cangkerang, atau penutup botol!
Permainan & teka-teki
Ini akan mengajar anak-anak pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Mereka juga akan mempelajari cara merancang strategi. Contoh: susun suai gambar, kiub Rubik, dam, catur, dan sudoku.
Seni persembahan
Belajar membuat persembahan boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak anda. Ia juga boleh menjadi cara kreatif untuk anak anda melahirkan perasaannya. Contoh: menyanyi, bermain gitar atau piano, menari, dan persembahan silap mata.
Kemahiran hidup
Mengajarkan kemahiran hidup sejak kecil akan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berguna untuk masa depan. Mereka juga akan belajar untuk menyukai tugasan rumah. Contoh: memasak, membuat kek, berkebun, menjahit, pertukangan kayu, dan kerja-kerja enjin.
Terdapat pelbagai hobi berbeza yang anda dan anak-anak boleh cuba. Dengan adanya hobi, anda boleh meluangkan masa bersama-sama anak anda dengan bermakna, lalu mewujudkan hubungan yang kuat dan melakar memori indah dalam keluarga. Selain itu, hobi boleh membantu anda membina hubungan baru, menangani tekanan dari kerja atau sekolah, dan mengembangkan karakter anda. Jika anda sudah pun mempunyai hobi, cuba libatkan anak anda juga; jika tidak, carilah hobi bersama-sama anak anda hari ini!
Suami antara orang yang paling dekat dengan isteri. Sebab itulah perkahwinan membentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita belajar untuk berkongsi kasih sayang, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.
Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggungjawab.
1. Kamu nampak mereka okay waktu siang. Namun belah malam boleh jadi dia sedang menangis.
2. Isteri bukanlah pakaian. Boleh disarung, boleh juga dibuang begitu sahaja. Mereka ada hati dan perasaan yang perlu dijaga rapi.
3. Hati isteri umpama kaca. Bila dah retak tu, kemungkinan besar tak boleh nak baiki semula.
4. Isteri menangis bukan sebab dia lemah. Namun disebalik tangisannya itu ada besarnya kekuatan yang telah dia kumpul untuk teruskan hidup.
5. Tunaikan hak-hak isteri. Tak susah pun untuk buat mereka sentiasa disayangi, disirami dengan kasih sayang. Lakukanlah semua perkara elok-elok sama seperti zaman bercintan cintun dulu.
6. Bila isteri tegur dan nasihat kamu, itu bermaksud dia berharap benar kepada kamu. Maka ubahlah jika perlu. Jangan sampai terlambat.
7. Suami dan isteri, dua-dua ada naluri. Namun naluri isteri lebih dalam. Maka katakanlah sejujurnya. Usah berdalih.
8. Isteri yang lembut dan bersabar ini, tetap ada batasnya. Jika telah sampai hadnya. Dia takkan teragak-agak untuk lakukan sesuatu yang kamu sendiri tak boleh jangka.
9. Fikir dua kali sebelum sakitkan hatinya. Bila dah sekali kamu buat dia kecewa dan terluka. Dia tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Dia dah berubah.
10. Apa yang kamu buat 5 tahun lepas, 50 tahun akan datang pun tetap dia akan ingat. Maka kena hati-hati. Jangan sampai memberkas dan membentuk jiwa-jiwa yang memberontak untuk sebuah perpisahan.
Share dan tag pasangan kalian ya supaya saling mengingatkan.
Dr. Najwa Latif selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 November 2025 — tarikh istimewa yang juga ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Rezeki berganda dan hadiah terindah buat pasangan muda ini.