Bukan berlagak tetapi tindakan pelakon Amar Baharin larang bayinya disentuh atau dicium oleh orang yang tak dikenali ada sebabnya.

Bahkan tindakannya itu mendapat persetujuan dan sokongan daripada ramai netizen di instagram yang turut berkongsi pengalaman bayi masing-masing mengalami kesan buruk pada kesihatan selepas disentuh dan dicium oleh orang yang tidak sihat.

Netizen Sokong Tindakan Amar Baharin Larang Bayinya Disentuh, Dicium Demi Kesihatan Aqeef

Netizen Sokong Tindakan Amar Baharin Larang Bayinya Disentuh, Dicium Demi Kesihatan Aqeef

Netizen Sokong Tindakan Amar Baharin Larang Bayinya Disentuh, Dicium Demi Kesihatan Aqeef

 

Netizen Sokong Tindakan Amar Baharin Larang Bayinya Disentuh, Dicium Demi Kesihatan Aqeef

Sebagai bapa, Amar nyata terkesan apabila membaca artikel dalam website Pa&Ma mengenai nasib diterima oleh seorang bayi akibat sikap tidak sensitif sesetengah pihak.

IKLAN

Sebagai selebriti, Amar mengakui dia dan isterinya Amyra Rosli turut tidak terlepas daripada situasi Aqeef Anaqi, 6 bulan menjadi tumpuan orang ramai yang hendak menyentuh dan mencium si comel.

Namun selepas membaca kisah bayi malang tersebut, Amar tidak teragak-agak untuk meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan sikap kurang prihatin sesetengah pihak dalam instagram peribadinya.

 

kalau betul la cerita ni, ini la perbuatan yg paling tak bertimbang rasa… kalau aku ckp B.O.D.O.H agak kasar bunyinye. But yes, siapa yg tak bertanggungjawab tu memang BODOH. Kalau ye pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi or cium or sentuh sekalipon sbb kau kena faham, baby ni antibody belum kuat. Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung??? Kau tak fikir ke mcm mane bersusah payah ibu dia melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dia, dengan sekelip mata baby tu menanggung kesakitan atas perbuatan bodoh kau tu??? Aku sendiri tak pernah nak sentuh mane2 baby yg aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sbb aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa2 jadi kat baby tu. Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yg tak bertanggungjawab mcm ni. Dan aku nak mintak maaf jugak kalau aku bertindak sedikit aggressive kalau aku terjumpe mahluk2 mcm ni kat luar sana. Dan aku berharap supaya ibu bapa diluar sana, tolong tolong tolong jaga anak2 korang dgn baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa mcm ni. Plz #tengokbolehsentuhjangan #bertindakpakaiotak

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

Ternyata pelakon ini benar-benar kesal dengan apa yang terjadi sehingga meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan si kecil.

IKLAN

“Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung?” tulis Amar di Instagramnya.

Amar turut mengakui tak akan sesuka hati menyentuh mana-mana bayi yang ditemui walaupun geram dengan kecomelan mereka.

“Aku sendiri tak pernah nak sentuh mana-mana baby yang aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sebab aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa-apa jadi kat baby tu” ujarnya lagi.

Dia juga tidak akan teragak-agak untuk menegur sekiranya terlihat situasi tersebut berlaku pada mana-mana bayi.

IKLAN

Netizen Sokong Tindakan Amar Baharin Larang Bayinya Disentuh, Dicium Demi Kesihatan Aqeef

Justeru Amar turut berpesan kepada semua ibu bapa supaya jaga keselamatan anak dengan baik. Tak perlu risau orang mengata bila kita tak bagi mereka cium anak kerana yang penting anak tak dapat kesan buruk daripada perbuatan tersebut.

“Dan aku berharap supaya ibu bapa di luar sana, tolong tolong… tolong jaga anak-anak korang dengan baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa macam ni. Please,” tegasnya lagi.

Bagi Amar, dia tidak kisah pandangan orang lain yang beranggapan dia dan isterinya agak sombong bila melibatkan bab menyentuh atau mencium anaknya.

Sebagai bapa apa yang lebih dipentingkan adalah mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku ke atas kesihatan dan keselamatan anaknya.

Sumber: Instagram Amar Baharin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI