Anak Nora Danish dan Nedim, Ney Ney di bawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut setelah kurang sihat untuk mendapatkan rawatan nebulizer.
Menerusi instagram Nedim, dia ada kongsikan kapsyen dengan menyatakan Ney Ney anak yang kuat. Daddy sayang Ney.
Melalui gambar yang dimuat naik itu, nampaknya Ney Ney tenang je sambil dipangku oleh Nora Danish untuk mendapatkan rawatan membantu pernafasannya.
Ramai netizen yang prihatin dan memberikan beberapa cadangan pada Nedim dan Nora supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekarang.
“Sekarang ni musim.. baik elakkan dari orang ramai yang nak cium terutama yang merokok”.
“Kalau yang merokok, pastikan basuh mulut, cuci tangan dan tukar baju sebelum sentuh anak kecil. Sebab mereka kecil dan lagi senang berjangkit”.
Ada juga yang nasihatkan pasangan ini untuk baby Ney Ney ambil suntikan pneumococal. Suntikan ini baik untuk melindungi paru-paru dari terkena jangkitan.
Nedim jangan merokok depan anak
Walaupun tak diketahui punca sebenar Ney Ney mendapatkan rawatan nebulizer, ada peminat yang syorkan Nedim untuk berhenti merokok. Kesian Ney Ney.
Sebaiknya jangan merokok di depan anak. Kadang-kadang kita tak perasan asap rokok tu dihidu si kecil.
Diharapkan kesihatan Ney Ney kembali pulih secepat mungkin dan ceria seperti biasa. Bukan mudah nak membesarkan anak-anak selagi antibodinya tak kuat. Pengorbanan ibu bapa sangat penting.
Sumber: boss_ned
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Jelaskan Punca Sakit Belakang & Cara Untuk Atasinya
Masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah penyebab sebenar.
Menurut Dr Aminudin Mohamed, Pakar dari Jabatan Ortopedik, Hospital Columbia Asia, Setapak kebanyakan ibu akan kerap berasa sakit belakang selepas pengambilan epidural ketika bersalin adalah disebabkan oleh prosedur epidural tersebut sahaja. Biasanya sakit ini hanya untuk sementara waktu.
Dalam kes-kes di mana sakit belakang tersebut berlanjutan selepas bersalin, punca-punca yang lain perlu dikenal pasti melalui pemeriksaan fizikal lanjut untuk memastikan tiada jangkitan kuman, tiada kebocoran pada cecair tulang belakang, tiada gangguan saraf mekanikal seperti slipped disc dan sebagainya.
KENAPA IBU SELALU SAKIT BELAKANG?
Kerap kali proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsung memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang. Kesan daripada pelembutan struktur-struktur ligamen ini, membuatkan para ibu berisiko untuk mendapat slipped disc.
Tiada usia yang spesifik untuk menyatakan golongan ibu dalam lingkungan berapa tahun yang berisiko mengalami masalah kesakitan pada bahagian belakang. Apa yang pasti, pelbagai gejala bergantung kepada tahap keterukan keadaan ini.
CARA ATASI SAKIT BELAKANG
Terdapat pelbagai kaedah rawatan selepas pengesahan penyakit dibuat melalui pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan radiologi.
RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA)
Kaedah rawatan termasuklah penggunaan ubat-ubatan, terapi fizikal dan kaedah rawatan sakit belakang menggunakan Radiofrequency Ablation (RFA). Kaedah rawatan RFA ini adalah berkesan, cepat dan tidak melibatkan pembedahan. Sebahagian besar daripada mereka yang mengalami gangguan seperti ini dapat dirawat dengan kaedah-kaedah ini. Hanya sebahagian kecil pesakit yang memerlukan prosedur pembedahan dilaksanakan.
LUMBAR CORSET
Alat-alat sokongan yang boleh digunakan oleh para ibu semasa proses rawatan adalah antaranya penggunaan lumbar corset. Di samping itu, para ibu juga perlu diberi latihan untuk memberikan latihan teknik duduk, berjalan dan tidur yang betul.
KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL
Selain itu, para ibu yang menghidap sakit tulang belakang juga perlu menjaga berat tubuh badan agar berada pada tahap optimum. Kesemua faktor ini dapat memastikan kesembuhan segera dan mengelakkan masalah ini daripada berulang.
RUTIN SENAMAN ELAK SAKIT BELAKANG
Ibu terbabit juga perlu melakukan rutin senaman stretching, core strengthening exercises dan memastikan keadaan persekitaran yang ergonomik semasa berada di rumah dan di pejabat.
PEMAKANAN
Secara umumnya, pengurangan pengambilan kalori dalam bentuk karbohidrat dapat memastikan berat badan tidak berlebihan dan sekali gus tidak membebankan struktur-struktur tulang belakang. Di samping itu, pastikan ambil makanan yang tidak diproses, kurang kandungan gula dan memperbanyakkan pengambilan makanan yang segar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Seminggu Bersalin Anak Ke-4, Wawa Dah Kerja & Drive Kereta Sendiri
Baru 8 hari berpantang, pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal mendapat perhatian warganet apabila dah kembali bekerja meskipun masih baru lagi melahirkan anak keempatnya, pada 30 November lalu.
Menerusi satu video di laman Instagramnya, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dilihat menggayakan dress labuh selain berkasut tumit tinggi dan memandu ke pejabat urusan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
“Hari ke-8 berpantang & singgah pejabat kejap periksa produk mendarat di HQ. Alhamdulillah sambutan luar biasa, yela pelanggan dah lama sangat ternanti nanti,” tulisnya.
Video berdurasi 28 saat tersebut memaparkan pelakon berusia 30 tahun itu memeriksa stok produk yang baru sampai sambil bertemu dengan pekerjanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata menyifatkan Wawa sebagai wanita yang hebat kerana tak nampak macam orang baru lepas bersalin.
Lagi satu, terus nampk slim dan ‘perut’ pun dah hilang walaupun baru seminggu melahirkan anak lelaki. Sekali tengok macam tak percaya dah ada empat anak.
“Wow..Hari ke-8 pantang, perut dah hilang. Dahsyat..anak 4 pun maintain sis.”
“Hebatnya Wawa…8 hari pantang boleh jalan-jalan..huhuhu. Kalau saya menangis lagi sebab jahitan masih tak ok.”
Bagaimanapun, ada juga peminat Wawa yang mengambil berat dan memintanya jaga pantang betul-betul sebab risau mungkin boleh memberi kesan di hari tua nanti.
“Bagusnya habiskan pantang sebab rahim belum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umur nanti. Sekadar nasihat sayang”.
Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013 dan dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram Wawa Zainal
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Subang Dipakai Anak Tersangkut Pada Jaring Kipas, Cuping Telinga Terkoyak
Sebenarnya pemakaian aksesori seperti gelang, gelang kaki, rantai atau subang pada anak-anak ni tak digalakkan terutamanya yang masih kecil dan belum tahu apa-apa lagi. Memang nampak cantik tetapi risau keselamatan anak jika berlaku perkara diluar jangkaan.
Malah sebelum ini dah pernah ada beberapa artikel yang dikongsikan untuk peringatan ibu bapa yang ingin memakaikan barang kemas pada anak atau pun aksesori agar sentiasa berhati-hati.
Seperti kisah adik Delisha Diana yang telinganya terkoyak akibat subang yang melekat pada kipas boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.
Sama-samalah beringat
Menurut ibu adik Delisha, Puan Dewi Diana Samsudin, apa yang berlaku ini langsung tak terfikir sama sekali. Namun syukur alhamdulillah walaupun kecederaan agak teruk, semuanya dipermudahkan. Pengalaman ini benar-benar buat kami serik!
Syukur alhamdulilah..terima kasih semua doakan kesihatan Delisha Diana. Maaf jika perkongsian ini nampak salah saya tapi tujuan saya berkongsi adalah untuk peringatan bersama.
Kenapa dipakaikan subang untuk anak? Ramai yang tanya kan. Sebenarnya sebagai ibu, tak terlintas pun nak berlaku perkara yang diluar jangkaan.
Dari mula-mula bertindik dekat klinik dan dipakaikan pelbagai jenis subang memang saya selalu perhatikan. Maklumlah dia masih kecil. Jika nampak macam tak kena, saya akan bertindak cepat menukar subang yang lebih selamat.
Kita tak akan terfikir bila benda ni akan terjadi, kalau saya tahu, saya tak pakaikan. Dan saya tak akan suka-suka nak sakitkan anak. Siapa yang tak sayang anak kan?
Tersangkut subang pada jaring kipas
Apa yang berlaku, dia berdiri pegang kipas (kipas tak hidup, kipas bawah), nak capai apa tak tahu belakang kipas, dia terduduk dan menangis (rupanya subang tu dah tersangkut pada jaring kipas. Suami tak sempat nak pegang kepala dia. Dia dah panik masa tu (terus dia rentap telinga dia dekat kipas tu) dan menangis.
Cuping telinga terkoyak
Waktu kejadian saya di dapur terus ambil dia. Sbb dia dekat bilik dengan ayah dia (selalu tak ada apa berlaku, bila kata nak jadi, jadilah kejadian itu). Kalau boleh putar masa, saya tak adalah nak biarkan. Saya ambil dia, seba dia menangis tak berhenti. Tengok-tengok cuping telinga dia dah terkoyak. Darah mengalir je.
Terus bawa pergi klinik (sampai klinik doktor tak boleh jahit sebab Delisha bawah umur 2 tahun). Terus rujuk hospital. Sampai hospital (kecemasan), terus masuk dalam, tunggu lagi (Delisha dah tak menangis sebab luka tu dah kebas, dah tak rasa apa).
Doktor dah tengok lukanya (pihak kecemasan tak boleh buat sebab koyaknya besar kena rujuk pakar telinga. Dapat appoiment dengan pakar jam 2 petang. Jam 2 petang, saya masuk seorang sebab suami tak boleh masuk. Ketika masuk jumpa doktor, doktor tengok besar lukanya.
Doktor jahit tempat luka
Doktor cakap boleh buat (kita bagi ubat tidur) dan dia orang cakap nak gam je. Saya cakap bagi jahit (sebab Delisha sekarang aktif, bila-bila dia boleh tarik telinga dia tu. Doktor ambil keputusan untuk lakukan pembedahan dan biuskan satu badan.
Hampir satu jam Delisha dalam bilik pembedahan, alhamdulillah semuanya selamat. Selepas Delisha sedar dia tak nangis cuma minta air kerana kehausan.
Disebabkan kes Delisha ini, doktor pakar hampir-hampir nak hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bahagian kanak-kanak Malaysia sebab mereka ingat kes Delisha ini adalah penderaan.
Pihak hospital masih lagi keliru dan berkali-kali cakap tak logik macam mana boleh tersangkut dijaring kipas dengan kesan koyakan yang besar itu. Bila saya terangkan semula apa yang berlaku dan tunjuk cara Delisha kena masa itu, barulah semuanya faham.
Jahitan telinga dah dibuka
Alhamdulillah juga selepas hampir seminggu kejadian ini berlaku, doktor telah memeriksa semua telinga Delisha dan berpuas hati dengan keadaannya. Doktor juga bersetuju membuka jahitan tersebut.
Moga perkongsian saya ini dapat dijadikan peringatan buat ibu bapa lain. Benda nak jadi sekejap sangat dan tanpa kita sangka pun. Jika rasa membahayakan anak, sama-sama lah kita elakkannya.
Kredit: Dewi Diana Samsudin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI