Sembelit, muntah, kembung perut dan pedih ulu hati masa mengandung boleh jadi satu pengalaman ngeri. Mama jangan putus asa, boleh cuba 4 solusi ini.

Timbul beberapa masalah berkaitan pemakanan ketika kehamilan. Gangguan pencernaan ketika hamil atau disebut atau dispepsia ialah seperti mual, muntah, kembung serta pedih hulu hati dan sembelit.

PERUBAHAN HORMON JADI PUNCA

Perubahan hormon ketika  kehamilan yang menjadi punca utama masalah pencernaan ini. Gejala yang berikut adalah masalah berkaitan dengan pemakanan yang biasa dihadapi bakal ibu dan cadangan beberapa cara untuk mengatasinya.

8 dari 10 orang wanita mengalami gangguan pencernaan ketika hamil.

#1 SEMBELIT

Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, ia juga secara tidak langsung mengendurnya juga otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Awas, sembelit yang terjadi secara berterusan akan menyebabkan buasir.

CARA ATASINYA:

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah ialah dengan  memperbanyakkan pengambilan air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih pada hari yang panas.

Anda juga perlulah menambah makanan yang berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan di dalam diet harian. Riadah teratur seperti berjalan kaki boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Ngerinya Bila Sembelit, Muntah, Kembung Perut Dan Pedih Ulu Hati Masa Mengandung. Cuba 4 Solusi Ini

#2 LOYA DAN MUNTAH

Loya dan muntah adalah gejala morning sickness. Hal ini berlaku kerana meningkatnya hormon estrogen dan progesteron.

IKLAN

Anda dinasihatkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil, berehat sebentar pada waktu pagi dengan memakan biskut di tempat tidur selepas bangun dari tidur untuk mengelakkan kemualan.

CARA ATASINYA:

Elakkan mengambil makanan pedas dan berlemak. Minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi. Makanlah makanan yang banyak mengandung kadar karbohidrat dan protein. Banyakkan buah dan sayur serta hindari makanan yang berbau yang akan membuat anda mual dan muntah.

Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah. Selain itu, elakkan pakaian yang ketat pada bahagian perut kerana akan membuatkan rasa ‘ditekan’. Hal ini akan menambah ketidakselesaan anda dan menyebabkan rasa loya semakin menjadi-jadi dan ingin muntah.

Ngerinya Bila Sembelit, Muntah, Kembung Perut Dan Pedih Ulu Hati Masa Mengandung. Cuba 4 Solusi Ini

#3 KEMBUNG PERUT

Kembung perut adalah simptom biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama.

IKLAN

Puncanya ialah kerana perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dan progesteron meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang berehat ini yang menyebabkan perut anda berasa kembung dan tidak selesa.

CARA ATASINYA:

Ia boleh dikawal dengan cara mengelakkan daripada memakan makanan yang menjadi punca angin (gas) atau makanan yang ‘sejuk’. Amalkan makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan serta kunyah perlahan. Elakkan makan terlalu cepat untuk mengelakkan pengumpulan angin di dalam perut.

#4 PEDIH ULU HATI

Salah satu keluhan oleh para ibu hamil adalah heart burn atau rasa pedih padah hulu hati. Ia menyebabkan anda berasa seperti makanan berada di kerongkong walau pun makanan sudah lama ditelan.

Hal ini berlaku kerana asid yang terkumpul di dalam perut naik ke kerongkong kerana bahagian perut tertekan apabila rahim semakin membesar.

Ngerinya Bila Sembelit, Muntah, Kembung Perut Dan Pedih Ulu Hati Masa Mengandung. Cuba 4 Solusi Ini

IKLAN

CARA ATASINYA:

Bagi mengelakkan daripada pedih hulu hati, ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan dalam jumlah kecil tetapi kerap. Jika biasa anda mengambil tiga hidangan utama, pecahkan jumlah makanan kepada lima hidangan yang kecil agar ruang perut tidak terlalu penuh pada satu-satu masa.

Selain itu, elakkan makanan yang memicu kepada gejala ini seperti makanan berlemak, kafein, masakan pedas, masam atau tajam. Elakkan berbaring sejurus selepas makan serta kunyah makanan dengan perlahan.

Apabila rasa pedih menyerang, cepat-cepatlah duduk dengan keadaan menyandar untuk mengelakkan asid perut naik ke bahagian kerongkong. Memakai pakaian yang longgar serta selesa juga boleh mengelakkan hal ini daripada berlaku.

Ngerinya Bila Sembelit, Muntah, Kembung Perut Dan Pedih Ulu Hati Masa Mengandung. Cuba 4 Solusi Ini

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI