Anak malas, tak mahu buat bantu kerja apatah lagi bersihkan rumah bukan salah mereka. Sebagai mak ayah, kitalah yang patut memberi arahan malah mengajar anak jadi ‘pembersih’ sejak kecil lagi.
Lepas makan terus basuh pinggan. Plastik makanan terus masuk dalam plastik sampah. Semua ini harus diingatkan anak-anak. Bila tidak dipesan atau dididik sejak kecil, semestinya anak tidak tahu.
Gambar tular yang dikongsikan di facebook, Ameera ini benar-benar belaka. Jangan asyik salahkan anak bila keadaan tidak baik dan kotor seperti yang dikongsikan. Kitalah perlu jadi pembimbing, biar anak jadi pembersih.
Ini bukan sebab ada anak ramai, tapi ni sejenis penyakit “pemalas”.
Berhentilah guna alasan anak nak tutup kesalahan sendiri, rumah bersepah guna alasan anak, dinding rumah conteng guna alasan anak, kereta macam tongkang pecah guna alasan anak. Kesian anak asyik dipersalahkan.
Ads
Tu sebab kena jadi ‘garang’ supaya anak-anak semua tahu menjaga kebersihan dirumah.
Kelima-lima anak aku semua tahu buat kerja rumah. Dorang tahu dah tanggungjawab masing-masing didalam rumah mahupun di dalam kereta. Dari kecil aku dah melaung, melaung untuk jadi manusia bukan jadi monyet.
Lepas guna kereta ajar anak-anak susun kasut elok-elok, kutip semua plastik jajan ke plastik air ke, buang masuk ke dalam tong sampah, bukan biarkan mereka meninggalkan kereta dan kita pula kena buat semua. Jangan sesekali.
Ads
Bila kita gunakan ayat “masih kecil” dalam tak sedar kita manjakan anak-anak menjadi raja dirumah.
Elakkan kalau boleh. Kecil tak kecil. Perempuan ke lelaki ke, sama je.
Aku cukup pantang kalau dah guna kereta biar jadi macam ni. Lepas dah guna cuci, lepas dah guna simpan, lepas dah guna bersihkan semula, jangan ternanti-nanti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.
Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak
Setiap persoalan ‘kenapa ayah, kenapa ibu?’ bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. roses ini dipanggil ‘intuitive thoughts development’ pada fasa pre-operational (3-7 tahun).
Persoalan bertujuan ‘connecting the dots’ – kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupakan asas kepada fasa perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka – concrete operational stage
Jawab setiap persoalan anak anda berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya ‘dari mana baby datang?’ – jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai ‘chapter’ baru dalam ‘buku perkembangan’ mereka.
Jangan hanya menjawab, tetapi ransang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.
“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?” “adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”
sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir.
“kenapa orang tu gemuk abi? “kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”
Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak anda mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap anda tidak jujur.
“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”
Terus terang dengan perkara yang perlukan terus terang. Ada kalanya mereka akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, perceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
Galakkan anak anda untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan meransang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan. Contohnya anak anda bertanya pada anda di pasar,“ayah, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?”
“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.
Kalau masa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang pada mata mereka dan nyatakan kenapa.
“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?” Pastikan anda tepati janji.
Kalau anak anda bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang meransang naluri ingin tahu mereka. Contohnya bila anda bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan/kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka ‘expand’ imaginasi mereka.
Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.
Musim panas yang melanda sekarang ini memberi kesan buruk kepada kesihatan semua orang termasuklah anak kecil. Sebagai ibu bapa, Kita pastinya berasa bimbang apabila suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding biasa. Namun ukuran suhu bukanlah petunjuk terbaik menentukan sama ada keadaan demam itu membimbangkan atau tidak.
Sebagai ibu bapa, anda perlu memerhatikan tahap keselesaan anak. Jika mereka demam ringan dan masih aktif, ia mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Pun begitu, amat penting untuk memantau pengambilan makanan dan cecair serta corak kencing mereka semasa demam. Jika ia masih biasa, tidak perlu panik atau tergesa-gesa untuk membawa mereka berjumpa pakar pediatrik.
Menurut Dr. Erna Nadia, Pengamal Perubatan, apabila anak tidak sihat maka bermulalah episode tidak tidur malam demi manjaga anak- anak yang sedang sakit. Beliau berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan apabila berhadapan dengan anak demam, antaranya:
1. Berikan ubat demam (paracetamol) setiap 6 jam sekali. Jika anak ada G6PD, boleh bagi ibuprofen pada anak (elok dapatkan nasihat doktor ya).
2. Pastikan anak memakai pakai yang nipis. Tidak perlu bedung atau selimut mereka. Nanti lagi panas badan mereka.
3. Kerapkan anak anak mandi atau lap badan mereka. Ini untuk pastikan suhu mereka turun.
4. Bantu mereka minum air kosong dengan kerap. Sejam sekali offer mereka minum. Semasa tidak sihat, badan perlu lebih untuk sejukkan badan dan juga untuk pastikan organ berkerja dengan padu untuk melawan jangkitan kuman.
5. Biar mereka berehat. Semasa anak kecil tidur, sewaktu itulah badan mereka sedang melawan kuman dan sewaktu itulah proses pemulihan berlaku.
6. Jika mereka ada batuk, selsema, sakit tekak, muntah, cirit atau simptom lain, berikan mereka ubat setelah mendapat rawatan dari doktor.
7. Offer makanan yang mudah ditelan dan dihadam oleh anak anak. Jika mereka tak mahu nasi, tak perlu paksa. Bagi apa yang mereka mahu makan contohnya roti, sup, buah. Asalkan mereka makan.
8. Jika demam (suhu lebih 39) sudah melebihi 3 hari, walau dah bagi ubat demam 6-8 jam sekali, terus bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
9. Jangan lupa lakukan ujian covid-19, influenza atau RSV untuk pastikan mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.
10. Jika anak kelihatan lemah, lesu, tak mahu makan dan minum, pampers kering hampir seharian, menangis tiada air mata, nafas laju, nafas berbunyi, menangis kuat tanpa boleh dipujuk, muntah atau cirit melebihi 10 kali, sawan atau perut keras, teruslah bawa ke jabatan kecemasan hospital bagi pemeriksaan lanjut. Inilah tanda amaran pada anak kecil.
Jika demam anak semakin teruk, ibu bapa haruslah segera membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ibu bapa haruslah memantau anak apabila demam, bimbang demam semakin teruk dan memberi kesan kepada otak anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak dalam kesakitan. Begitulah luah ahli perniagaan yang terkenal, Datin Vivy Yusof apabila cahaya mata ketiganya, Sarah Ilham Shah dimasukkan ke wad kanak-kanak akibat jangkitan Flu perut.
Info: Apa itu flu perut? Ia adalah sejenis jangkitan yang boleh membawa kepada rasa sakit dan tidak selesa pada perut dan seakan sama dengan keracunan. Jangkitan yang disebabkan oleh mikrobiom virus, bakteria atau parasit ini boleh berlaku kepada semua golongan individu tidak kira bayi, kanak-kanak, dewasa serta warga emas.
Menurut perkongsian Vivy, anak ketiganya itu mengalami kekurangan berat badan akibat jangkitan selesema perut ini.
“Sarah, you gotta be strong, it’s gonna be ok,” i bagitahu Sarah dengan tegas sambil pegang.”
“Dalam hati i hancur bila mereka letak IV drip di belakang tangannya. Dia menjerit kesakitan, dan pada masa itu i merasakan apa yang setiap ibu bapa akan rasa – tolong gantikan dia dengan i. Masukkan IV ke dalam i, tolong selamatkan dia. Pindahkan kesakitan kepada i”
“Sarah mengalami stomach flu dan kami telah keluar masuk hospital sebanyak 374598 kali minggu ini. Pemanduan ke hospital pada tengah malam menjadi biasa. Kami terpaksa meletakkan baldi di sebelah katil kerana dia akan muntah tanpa amaran dan tidak akan ada masa yang cukup untuk berjalan ke bilik air. Berat badannya turun begitu banyak minggu ini – apa sahaja yang dia makan akan dimuntahkannya.”
“Oh, ia juga berjangkit,” kata doktor.
“I dan Fadza? Ya tuhan, kami adalah zombi. Bergilir-gilir untuk menjaga Sarah, menerima panggilan semasa dalam perjalanan dan berlari selama 2-3 jam tidur setiap malam. i tak ada tenaga atau kapasiti untuk mengambil berat tentang perkara lain selain daripada anak-anak dan pejabat.”
“Dia semakin pulih, tetapi dia sangat kurus sehingga i merayu dia untuk makan semua jenis makanan yang biasanya i tidak benarkan. u nak coklat? Donat? Ais krim? Sila ambil 10.”
‘Selepas semua ini selama satu minggu penuh, kehidupan perlahan-lahan kembali normal.. Bila… “Ibu, saya rasa saya tidak sihat,” kata Mariam di sudut ruang tamu.’
‘NOOOOOOOO. Tolong nooooo. 😭’
Rata-rata warga net mendoakan anak ketiga kepada pasangan usahawan berjaya ini agar terus sihat dan kembali ceria seperti selalu
Syasya Rizal, bekas anggota kumpulan Dolla, membawa khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada Isnin.Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan...