Bila tiap-tiap hari memasak hidangan untuk keluarga, memang diakui boleh buntu juga dalam membuat pilihan menu. Andai kata kelazimannya menyediakan hidangan berasaskan nasi dan  lauk pauk Melayu, apa kata hari ini kita ubah selera seisi keluarga dengan menikmati hidangan Barat yang lebih ringkas penyediaannya dan anak-anak pasti suka.

Menu yang dimaksudkan adalah Makaroni Keju Bakar. Hidangan ini sesuai dihidang pada bila-bila masa samaada sebagai sarapan, makan tengah hari mahu pun makan malam. Andai kata anak-anak memang peminat hidangan berkeju,sah-sah menu ini akan menepati selera mereka dan buat makan bertambah.

Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Linie Azhar ini. Ianya nampak cukup menyelerakan ditambah pula apabila menggunakan pelbagai jenis keju!

Ni Cara Buat Baked Macaroni & Cheese. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Makan!

Baked Macaroni & Cheese

Bahan-bahan:

2 cawan macaroni

1 labu bawang holland dipotong dadu

1 mangkuk kecil daging/ayam kisar. I guna ayam kisar dalam resepi

1 tin sos prego tradisional

Carrot, capsicum (potong dadu)

1 tin mushroom

2 sb lada hitam

Ads

2 sb mixed herbs

Sedikit minyak untuk menumis (I guna olive oil)

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

Ni Cara Buat Baked Macaroni & Cheese. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Makan!

Cara masak macaroni :

1.Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sb minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.

2.Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang hingga layu supaya terasa manis bawang.

3.Masukkan ayam cincang, carrot dan sedikit air. Masak hingga empuk.

Ads

4.Masukkan sos prego, mushroom & capsicum bersama garam dan gula, kacau hingga mendidih.

5.Masukkan macaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Biar sebentar. Tutupkan api.

 

Resepi Sos Putih :

4 sb butter

2 sb tepung gandum

2 cawan susu segar (boleh juga gunakan susu cair)

Secubit garam

 

Ads

Cara buat : Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat supaya sebati. Masukkan susu, garam. Sentiasa kacau dengan api perlahan supaya tidak berkerak dan hangus. Kacau sehingga menjadi creamy. Tutupkan api.

Ni Cara Buat Baked Macaroni & Cheese. Sedap Tak Terkata, Memang Puas Makan!

Bahan lain :

Mozarella cheese parut

Cheddar cheese

Parmesan cheese

Cara penyediaan :

1.Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang dengan butter.

  1. Masukkan macaroni ke dalam loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata. Tabur semua cheese.

3.Bakar hingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven i suhu 160’C selama 30 minit)

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI