Ni Check List Nak Beraya Dengan Aman, Jangan Tertinggal, Nanti Rugi!

Share

Setelah dua tahun tak beraya, inilah masa yang kita nanti-nantikan. Pun begitu pastikan persiapan dibuat sebaiknya demi memastikan anak-anak selesa sepanjang balik beraya dan perjalanan yang panjang.

Paling penting nyawa dan keselamatan ketika pulang harus diberikan keutamaan. Apa persediaan mak ayah nak buat sebelum balik beraya. Ini check list yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan agar tak tertinggal atau lupa.

15 SENARAI SEMAK BALIK KAMPUNG

Dah lama kita tak balik kampung, kan? Mesti ada yang dah lupa persediaannya bagaimana. Tak apa, saya beri senarai semak ni:

1. Mohon cuti secukupnya. Jangan pura-pura sakit dan, minta MC di klinik.

2. Tukar duit kecil, beli sampul duit raya. Boleh juga guna e-duit raya. Tak nak beri pun tak apa.

3. Sediakan duit tunai untuk bayar zakat fitrah. Boleh juga bayar guna MAE(Maybank)

4. Rancang tarikh dan masa perjalanan. Lebuhraya dijangka amat sesak di waktu kemuncak.

5. Periksa dan selenggara kenderaan sebelum perjalanan. Pastikan kenderaan selamat.

6. Jika ada anak kecil, pastikan ada kerusi keselamatan kanak-kanak.

7. Bawa ubat penyakit kita: darah tinggi, kencing manis, asma, kolesterol, dsb.

8. Matikan peralatan elektrik yang tidak gunakan, dan cabut palam. Tutup paip air utama.

9. Kunci pintu dan jeriji. Beritahu jiran tentang ketiadaan kita. Nyalakan lampu luar.

10. Jangan lupa tambah nilai kad Touch N Go atau RFID di stesen minyak atau 7-Eleven.

11. Elakkan berkonvoi atau berlumba. Kes kemalangan selalu meningkat pada waktu seperti ini.

12. Bawa sedikit makanan dan minuman kerana hentian rehat pastinya akan penuh.

13. Jika mengantuk, berhenti di hentian terdekat untuk tidur sebentar. Biar lambat, asal selamat.

14. Kekalkan penjagaan SOP di tempat awam seperti pemakaian pelitup, dan imbasan MySejahtera.

15. Lebihkan masa buat aktiviti bersama ahli keluarga di rumah. Jangan asyik menghadap telefon.

Dalam keseronokan untuk bertemu ahli keluarga, jangan lupa tentang keselamatan dan kesihatan. Sama-sama kita perkara ini.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Beraya Dengan Selamat

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM