Telatah anak kesayangan Betty Rahmad, Ardy Wira yang cukup bijak dan petah berkata sememangnya tidak pernah mengecewakan pengikutnya.
Baru sahaja sembuh dari sakit, kali ini Ardy Wira tampil dengan mood cukup ceria berkongsi teka teki di Instagram ibunya?
“What is the scarist night?,” tanya Wira di Instagram ibunya.
Selepas menanti jawapan dengan kira 10, Wira akhirnya berkongsi jawapannya kepada teka tekinya.
“A night without you,” begitu jawapan anak bijak ini kepada ibunya.
Mendengar jawapan yang cukup manis dari anak lelakinya, Betty ketawa berdekah-dekah. Pandai betul Wira buat ibu cair.
Mana tidaknya, jawapan yang tidak disangka-sangka dari seorang anak lelaki yang baru berusia empat tahun. Memang anak yang bijak.
Rata-rata pengikut dan peminat comel Wira turut meninggalkan pelbagai jawapan malah cair dengan teka teki yang diberikan Wira. Comel!
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Minta Dukung, Ajak Main Tandanya Dia ‘Rindu’ Kita. Apa Salahnya Layan Sekejap
RINDU seorang anak yang tak mungkin dapat diungkapkan tetapi dia tunjukkan dengan sikapnya yang nakkan perhatian kedua ibu bapanya.
Cuba kita renungkan rutin anak-anak kita setiap hari dan fahamilah apa perasaannya bila dia nak perhatian. Jangan di marah bila anak buat sesuatu yang menyebabkan kita hilang sabar sebaliknya fahamilah perasaan mereka.
Seawal jam 6:30 atau 7 pagi kita suami isteri hantar anak ke rumah orang atau taska. Kalau dulu, ayah je.. Tapi sekarang, kadang-kadang isteri pun balik lewat.
Anak-anak redha di tempat orang. Belajar, bermain riang, kongsi makan dan kongsi penyakit. Tak apa, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak-anak di rumah pengasuh atau taska rindu dekat kita. Rindu ayah… Rindu mama..
Tapi nak cakap rindu tak reti. Nak tulis surat, tak reti gak. Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 petang, diulang, 6:00 petang, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad. Dia nak mama tengok dia. Nak ayah dukung, peluk dia. Dia buat perangai. Nak makan sendiri. Nak itu, Nak ini, Nak dukung, Tumpah air, Kerana hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja yang anak-anak tahu untuk beritahu yang… “Mama saya rindu dan sayang sangat kat mama…”
TAPI…..
Apa kita buat…
Bila anak-anak bising… Kita marah…
Bila anak-anak main… Kita herdik…
Dia nangis, kita jerit “DIAM!!!!”
Dia suruh ajar… Kita jawab “AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!”
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang…
Sedih hati seorg anak yang rindu mama… Yang rindu abah… Yang rindu pelukan ibu… Rindu dukungan abi…
Artikel Berkaitan:
[Berhenti Dera Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Bapa]
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak-lambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama…
Fikir sahabat…
Fikir teman-teman…
Fikir ayah ibu yang mulia…
Mahal sangatkah cuti tanpa gaji, demi anak-anak, amanah Allah pada kita?
Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10
Dalam keadaan sekarang ni, kebanyakan daripada kita pasti akan merancang kehidupan keluarga untuk jaminan masa depan. Namun bila sentuh bab anak, kebanyakan pasangan suami isteri akan serahkannya pada takdir dan tak kurang juga yang merancang bagi memastikan kualitinya.
Masing-masing ada pendapat tersendiri kerana hanya kita dan pasangan je yang faham kedudukan kewangan keluarga dan bagaimana cara nak membesarkan anak-anak. Mungkin bagi sesetengah pasangan, baru berkahwin dah dikurniakan anak. Tapi ada juga yang dah bertahun harapkan kehadiran anak masih belum diberi oleh Allah.
Meriah rumah dengan kehadiran anak
Rezeki setiap orang tak sama kerana semuanya tu dah ketentuan dari-Nya. Begitu juga kisah seorang ibu muda ini berusia 29 tahun tetapi dah mempunyai 7 orang anak berusia 12 tahun hingga yang paling kecil setakat ini masih dalam pantang.
Menerusi perkongsian Puan Anna Mukhtar, dia bersyukur dikurniakan anak ramai dalam usianya yang masih muda dan berterima kasih pada suami yang sentiasa ada bersamanya untuk sama-sama membesarkan anak.
Tak menyesal kahwin muda
Alhamdulillah rezeki kahwin muda. Tak pernah rasa menyesal kahwin muda, kadang ada orang tanya saya tak rugi ke muda-muda dah ada anak ramai dan tak boleh enjoy dan buat apa yang kita suka seperti orang lain.
Jawapan saya mudah je, kehidupan sekarang adalah yang lebih bahagia dari sebelum kahwin. Saya gembira dan cukup bahagia dengan kehadiran anak-anak yang ramai walaupun di rumah sentiasa meriah dengan suara anak-anak.
Waktu ambil keputusan untuk berkahwin di usia 16 tahun tu, saya rasa pilihan saya tepat walaupun ada yang tak setuju. Mungkin saya rasa dah smpai masanya untuk habiskn waktu yang tak berfaedah.
Walaupun baru kenal dengan suami hanya dua bulan keputusannya untuk terus masuk meminang saya terima. Daripada buang masa lebih baik kahwin. Lagipun nampak suami adalah calon yang betul-betul boleh bimbing saya ke jalan yang lebih baik dari sebelum tu. ni. Sebab tu saya fikir kalau saya tolak belum tentu akan datang yang macam ni. Waktu tu umur suami 25 tahun.
Mungkin aturan Allah yang terbaik dah masa tu. Alhamdulillah saya tak menyesal dan bahagia sangat-sangat dapat suami yang bertanggungjawab, tegas dan romantik.
Target 10 anak
Adatlah sementara anak-anak nak besar, inilah momen yang istimewa buat saya dan suami melihat keletah anak-anak. Lagi satu sekiranya Allah beri rezeki, kalau boleh saya nak cukupkan 10 orang anak.
Apa yang saya pegang sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang, setiap anak ada rezeki masing-masing. Janji kita tak putus doa dan sentiasa berusaha. Insya-Allah aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Tahap kesabaran mesti tinggi
Percayalah dan yakin dengan ketentuan Allah, pedulikan apa orang nak kata. Biasalah anak kecil-kecil ni penatlah sikit nak uruskan mereka, tapi suatu hari nanti bila kita dah tua, merekalah yang akan memberi bahagia. Asalkan niat kita jaga amanah Allah untuk beri yang terbaik buat mereka. Pasti ada ganjaran kelak.
Nasihat saya juga sebagai ibu muda dan masih banyak yang perlu belajar, mental dan fizikal mesti kuat untuk melayan kerenah anak-anak. Tahap kesabaran mesti tinggi dan jangan cepat nak mengalah.
Pegang pada kunci ini, semuanya kita akan rasa mudah dan tak cepat stres. Allah juga pasti akan mempermudahkan urusan.
Sumber: Anna Mukhtar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biarlah Isteri Pilih Sendiri Barang Kemas Yang Dia Suka” Sanggup Main Kutu Nak Beli Gelang Isteri
Wanita mana yang tak suka emas kan? Emas bukan hanya alat perhiasan untuk wanita malah emas sangat berharga lebih-lebih lagi diwaktu kecemasan. Sangat-sangat berguna!
Para isteri sanggup menyimpan wang untuk membeli emas asalkan ada satu gelang, cincin ataupun rantai emas. Namun sekarang, golongan suami juga berlumba-lumba membelikan isteri mereka barang kemas sebagai ‘reward’ untuk isteri.
Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,
“Kenapa jarang pakai gelang tu?”
“Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.
Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya,
“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”
“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.
“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain. Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya. Tukar yang selesa pakai sikit,” balas puan isteri.
Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.
Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.
Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu. Hihi.
Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja. Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja.
Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.
Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.
Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan.
“Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak tahu kan?
“Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.
Bersinar mata puan isteri.
Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada baby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.
Ha, pergi la pilih dengan bebas.
Usai memilih dia panggil aku.
“Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?”
Aku angguk kepala dan mengiyakan.
“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.
Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap,
“Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.
Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya,
“Tak apa ke? Abang ada duit ke?”
“Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku.
Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkkk… Haha.
Hari ini, puan isteri aku senyum sepanjang perjalanan pulang. Tu tengah buat air untuk berbuka pun dengan senyuman.
Untuk melihat senyuman itu, aku rela menyorok derita. Untuk membuat isteri dan anak-anak bahagia, aku rela melakukan apa sahaja.
Kerana beliaulah wanita kedua yang setia bersama aku saat jatuh bangun dan sukar senang selain ibuku yang mulia.
Untuk dia dan anak-anak, aku rela persembah nyawa. ❤️
#MFS
– Cinta yang menghidupkan –
Sumber: Mohd Fadli Salleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI