Ni Rahsia Kejelitaan Cek Mek Molek. Ikut Tip Ni, Tak Keluar Air Gulanya

Share

Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek dan cuma digaul bersama tepung gandum dan sedikit garam.

Resepinya mudah sahaja tetapi harus pandai mengagak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Semasa proses membentuk kuih, sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.

Tips rahsia kejelitaan Cek Mek

Tip 1 : Uli adunan malam, bulat-bulatkan, letak dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung tu cantik. Tak bau gandum.

(**bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

Tip 2 : Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas tu, baru perlahankan api.*

*Teknik ni kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan.

*Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.

**Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ni saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.

Selamat mencuba🤍

Kredit: Ju Mohamad

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy