Biasanya kek coklat antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Ada yang menggunakan cara kukus dan bakar. Cuma bagi yang ingin mendapatkan tekstur yang lebih moist, kukus sebenarnya lagi mudah.

Bagi ibu yang ingin cuba buat sendiri kek coklat, boleh cuba resepi Puan Habsah Ngah. Semua sukatannya menggunakan cawan dan langkah nak buatnya pun tersangat mudah. Hasilnya pun memang menjadi!

Ni Rahsia Kek Coklat Moist Mini Leleh. Guna Sukatan Cawan Je, Rasanya Terbaik!

Mini Cake Coklat Moist

UNTUK KEK COKLAT

Bahan-bahan:
1 cawan minyak masak..*
1 cawan gula..*
1 cawan susu pekat..*
1 cawan susu Cair..*
1 cawan serbuk koko..*

Satukan semua bahan.. Masak api paling slow sampai sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api.

Dalam bekas lain.

Satukan tepung gandum 1 cawan setengah

Baking Powder 1 sudu kecil

IKLAN

Soda bikarbonat 1 sudu kecil

Ayak bahan di atas

Telur 3 biji, satukan dalam mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar.

Curah tepung yang diayak tadi selang seli dengan telur.. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau.

Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati, tapis adunan tadi. Supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung.

Ok.. Boleh lah kukus. Kalau bekas kecil macam saya buat tu letak dalam 2 sudu besar je.. Jangan letak banyak-banyak nanti tak muat nak letak topping.

IKLAN

Kukus dalam 10 minit. Api kuat ok. Ok, siap. Dah sejuk bolehlah topping..Siap. Selamat mencuba.

Ni Rahsia Kek Coklat Moist Mini Leleh. Guna Sukatan Cawan Je, Rasanya Terbaik!

TOPPING COKLAT

1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair

1. Satukan semua bahan dan masak dgn menggunakan teknik double boiler atau atas dapur jer.. Api paling slow ok kalau direct atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.

2. Angkat dan biarkan suam sedikit.. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tak ada ketul serbuk koko.

IKLAN

3. Tabur coklat rice untuk hiasan.

Ni Rahsia Kek Coklat Moist Mini Leleh. Guna Sukatan Cawan Je, Rasanya Terbaik!

4. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.

Buat kek dalam dalam bekas kecil-kecil macam ini lagi mudah untuk anak makan dan tak comot. Nak buat jual pun boleh.

Kredit: Pn Habsah Ngah

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Ni Rahsia Kek Coklat Moist Mini Leleh. Guna Sukatan Cawan Je, Rasanya Terbaik!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI