Ni Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Paling Senang. Rasa Memang Sedap, Kena Cuba!
Umumnya menu berasaskan ayam menjadi kegemaran ramai, apatah lagi jika menjamu selera di restoran mamak. Menu ayam goreng sering menjadi pilihan dan tidak dinafikan menu Ayam Masak Bawang juga antara yang digemari ramai.
Rasanya tersendiri berbeza daripada ayam masak sambal atau ayam masak merah. Bahkan lebih beraroma menjadikan menu ini cukup padu dimakan bersama nasi sebagai menu yang cukup menyelerakan apatah lagi jika berkunjung ke negeri Pulau Pinang.
Jadi sekiranya anda ingin mencuba untuk menyediakan sendiri menu ini di rumah, apa kata anda sediakan seperti resipi yang dikongsikan oleh Che Atie yang nampak cukup menyelerakan.
AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam – gaul garam kunyit-beli online di sini
1 biji bawang besar – mayang halus
1 helai daun pandan – potong 4-beli online di sini
1 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
2-3 ulas bawang putih – kisar jadi pes
1 inci halia – kisar jadi pes
1 biji bawang besar – kisar jadi pes. Asingkan kisaran bawang dan airnya
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih
1 sudu makan serbuk kari daging
1/2 sudu makan garam masala
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
1.Goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
2.Minyak goreng bawang tadi gunakan pula untuk menggoreng ayam yang telah digaul bersama garam dan kunyit. Goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
3. Di dalam kauli lain masukkan minyak goreng ayam tadi 1 senduk dan tumis daun pandan, daun kari dan empat sekawan.
7. Masukkan sudu sos cili,sos tamato,sos tiram. Kacau lagi.
8. Masuk garam gula secukup rasa. Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi sudah masin. Gaul biar sebati dan sehingga kuah menjadi pekat.
Masuk ayam yang digoreng tadi. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang bersama bawang yang telah digoreng tadi.
9. Sedia untuk dinikmati.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!