Niat Fokus Jaga Anak OKU, Cara Ibu Ni Masak 22 Jenis Stok Lauk Berbuka Siap-Siap Memang Power!

Share

Bukan calang-calang. Malah bukan mudah untuk seorang ibu menyediakan menu di dapur apatah lagi menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak-anak dengan jumlah menu yang banyak setiap hari.

Tidak mahu terbeban untuk memasak di bulan puasa ditambah pula dengan terpaksa menjaga anak OKU dan ibu yang sedang sakit, ibu ini dengan nama facebook Ellyin Tan memasak sendiri juadah berbuka dengan kuantiti yang banyak untuk meringankan beban harian.

Bukan dua atau tiga, tetapi memasak 22 jenis masakan dengan jumlah 34 bekas untuk persediaan Ramadan. Memang hebat!

Tak perlu bersusah payah setiap hari, memasak sendiri seperti ini pun boleh ringankan beban ibu.


Rendang Ayam, Rendang Daging, Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Telur, Asam Pedas Ikan Kembung, Pajeri Terung, Pajeri Nenas, Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Sambal Telur, Perut Lembu Masak Lemak Cili Api, Sup Tulang, Sup Kaki Ayam, Sotong Tumis Hitam, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Paprik Campur, Tomyam Campur, Daging Goreng Kunyit, Ikan Cencaru Berlada & Pes Ikan Bakar.

Perghhh, 22 jenis masakan (34 bekas) saya masak satu hari ni. Start dari pukul 11 pagi tadi sampai 9 malam. Sorang-sorang je layan jiwa kat dapur sempit tu.

Alhamdulillah siap stok lauk untuk persediaan Ramadhan ni. Boleh la fokus pada ibadah dan sampul raya je bila dah prepare awal-awal.

Nak jaga anak OKU dan emak yang sakit. Dengan diri sendiri pun ada penyakit asma memang cabaran tapi itu ujian hidup saya. Harap sahabat-sahabat dapat doakan urusan saya dipermudahkan.

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM