Niat Mahu Menyusukan Anak, Tak Pernah Skip Makan Nasi. Puas Hati Tengok Anak Sihat

Share

Pengalaman menyusukan anak lain-lain. Ada yang dipermudahkan, ada yang terpaksa melalui cabaran diperingkat awal. Namun itulah momen yang akan diingati oleh kaum ibu bila anak-anak dah besar.

Pengalaman ibu ini melalui perjuangan menyusu anak bukan mudah kerana diperingkat awal kelahiran anak pertamanya dia gagal walaupun rezeki susu banyak.

Bagi Nor Zeila ibu kepada dua anak, dia berkongsi perjuangan menyusukan anak dan hingga sekarang anak keduanya, Nuqman Aniq berusia 5 bulan dapat rezeki susu ibu yang tak putus hingga berat badannya dah nak mencecah 9 kilogram.

Berikut perkongsiannya

Dari anak pertama lagi saya berazam nak susukan bayi. Susu saya memang banyak. Tapi menyusukan bayi ini bukan semudah yang saya sangkakan. Walaupun dah banyak pengetahuan saya dapat tapi masih tak dapat susukan bayi pertama secara eksklusif dan hanya mampu dalam pantang sahaja walaupun susu banyak.

Mental saya tak kuat masa tu hingga mengagalkan usaha menyusukan anak. Alhamdulillah rezeki saya mengandung lagi… Kali ini saya tekad sekali lagi nak susukan bayi. Dua minggu pertama adalah cabaran buat saya. Selepas dua minggu pertama tu dah ok.

Apa yang saya puas hati dan bangga bila menyusu anak dengan susu badan, masalah demam atau sakit anak tiada. Sejak 5 bulan ini anak masih lagi kuat dan bebas dari masalah batuk, selesema atau demam.

Ambil nasi setiap hari

Jika orang tanya apa rahsia untuk banyakkan susu badan, saya tak amalkan apa-apa rahsia. Cuma saya amalkan makanan sihat. Setakat ini saya tak skip ambil nasi, minum milo dan susu kurma setiap hari.

Kalau orang kata nak diet lepas lahirkan anak, itu nombor dua bagi saya. Yang penting saya mahu anak dapat khasiat susu ibu dan nak tebus kesilapan saya sebelum ini yang tak berjaya untuk anak pertama.

Bagi sesetengah ibu, menyusukan anak pun rahsia untuk badan kekal langsing sebenarnya. Jadi jangan risau walaupun perubahan perlahan tapi tak beri kesan yang memudaratkan.

Bagi Nor Ziela seorang ibu yang bekerja, buat stok bukan keutamaannya. Biasanya dia akan pam hari ini untuk stok esok.

Pam konsisten

Jadual mengepam untuk setiap hari juga dilakukan secara konsisten iaitu jam 10 pagi, jam 1 atau 2 petang dan sebelum balik kerja dalam jam 5 petang.

Jadi setiap hari dapat bekalkan susu pada anak di rumah pengasuh 4oz dengan 4 botol. Penggunaan botol pun akan diamalkan bila tinggalkan anak sahaja.

Jika anak ada depan mata, saya akan direct feeding untuk pastikan bonding dengan anak sentiasa ada walaupun penat.

Sumber: Nor Zeila

Published by
Wan Amy