Baru berusia 5 tahun namun anak kecil bernama Yusof Iskandar ini dilihat cukup matang. Bukan hanya abang yang penyayang kepada adikya, Alisa Aisyah bahkan keperibadian anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mempunyai sifat yang begitu dikagumi.
Jika kanak-kanak lain seusianya pasti menangis dan merajuk kerana tidak menerima hadiah istimewa di hari lahir, tetapi Yusof dilihat cukup matang walau hanya dihadiahkan lilin oleh ayahnya.
Kata Hairul dia sengaja mengusik anak sulungnya itu untuk melihat reaksi Yusof namun bila melihatkan Yusof yang begitu tenang, dia terharu.
Niat nak bergurau, tapi daddy yang terharu,” kongsinya.
Kagum melihat Yusof yang begitu pandai menjaga hati kedua orang tuanya. Dia cukup bersahaja. Inilah yang sentiasa dipuji oleh wargamaya.
Namun rupanya Hanis dan Hairul turut membuat kejutan secara sederhana ke rumah, sama seperti yang dilakukan pada Alisa beberapa hari lalu.
Kali ini, pasangan muda ini membawakan kolam gergasi ke rumah untuk Yusof dan adiknya bermain disamping kek comel juga beberapa hadiah istimewa untuknya.
“MasyaAllah Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen, lima tahun dah hadir dalam hidup Mommy Daddy.
“Anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati, kami sangat cinta dan kasih akan mu sayang @theyusufiskandar,” kongsi Hanis di Instagramnya.
Dalam pada itu, Hairul turut sama berkongsi ucapan buat anak sulungnya itu.
Happy Birthday to my hero, Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen @theyusufiskandar, 5 years,” kongsinya di Instagram.
Para pengikut si cilik bijak ini pastinya turut meninggalkan ucapan hari lahir buat Yusof.
Selamat hari lahir ke lima Yusof. Semoga terus menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan terus membahagiakan keluarga kecil ini.
Menarik: Cutenya Muncung Tu, Raikan Hari Lahir Alisa, Hairul & Hanis Bawakan Mini Merry Go Round Ke Rumah
Nak shopping dan cuci mata, jom ke SINI.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hairulazreen & @haniszalikha & @theyusofiskandar