Disekeliling kita ini ada bermacam bahaya yang tidak kita jangkakan. Maka berhati-hatilah dalam setiap sudut. Apa sahaja mengenai keluarga, baik isteri atau suami, lebih-lebih lagi anak-anak kecil kita, janganlah dikongsikan keterlaluan di media sosial.
Berkongsi segala cerita, kisah dan gambar anak di media sosial sememangnya berbahaya. Tanpa kita sedar, ada banyak mata-mata yang memerhati. Jadi ada baiknya, mak ayah kurang-kurangkan berkongsi gambar anak di media sosial.
Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan, menjelang usia anak 5 tahun, ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak!
Ya, semua ibu bapa memang teruja untuk berkongsi kecomelan anak masing masing, tetapi tahukah anda, bukan semua jenis gambar anak wajar dikongsi.
PDRM pernah melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan.
Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda.
Ads
Elakkan berkongsi jenis gambar ini:
* Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.
* Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal jodoh, rezeki anak semuanya ketentuan Allah. Hanya dia yang tahu bila masanya yang sesuai untuk seseorang itu hidup berpasangan dan mempunyai anak. Tugas kita sebagai hamba-Nya adalah teruskan memohon doa.
Percayalah selaian berdoa kita juga digalakkan untuk berikhtiar sebelum berserah sepenuhnya kepada Allah.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Ustazah Noor Lalila Aniza Zakaria, beliau ada memberikan dua tip doa yang boleh diamalkan dalam hidup kita. Moga-moga ia semuanya dipermudahkan.
Baca Al Anbiyak ayat 89
Untuk sahabat, adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati bolehlah amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Pengalaman saya sendiri, saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
Doa ini 2 dalam 1. Untuk dipermudahkan mendapat jodoh dan zuriat.
Bagi yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Bagi pengikut setia Pa&Ma, jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perginya dalam keadaan menantikan zuriat pertama, namun takdir Allah semua itu tak kesampaian apabila ibu dijemput ilahi terlebih dahulu akibat wabak Covid-19. Lagi tersentuh, pemergian arwah yang juga seorang jururawat ibarat satu kehilangan besar pada negara ketika ini.
Pemergian arwah Norfaizah Mohamed Nor, 34, benar-benar terkesan apatah lagi arwah pergi selepas terpaksa melahirkan bayi yang baru berusia 26 minggu dan ini juga anak pertama yang dinantikan sejak 10 tahun.
Tak sempat tengok bayi
Menerusi Harian Metro, Norfaizah Mohamed Nor, telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.02 pagi selepas melahirkan anak berusia 26 minggu secara pembedahan.
Berjangkit dari pesakit
Difahamkan, Norfaizah telah disahkan positif Covid-19 peringkat kelima selepas mendapat jangkitan daripada pesakitnya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19. Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang, Kelantan dan seorang petugas yang berdedikasi.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya.
Setakat ini, bayi jururawat wanita itu telah ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut memandangkan lahir dalam kondisi pramatang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim panas yang panjang ini ramai anak-anak yang terkesan dengan pelbagai penyakit. Salah satu penyakit yang kini makin menular adalah HFMD dan Chicken Pox.
Anak pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Bahrin turut sama disahkan positif dan terkena penyakit berjangkit itu, HFMD (Hand Foot Mouth Disease) baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya, Amyra turut memuat naik video ketika anaknya mendapatkan rawatan sepanjang tempoh itu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“My kids positive HFMD (Hand Foot Mouth Disease) but dah sihat, alhamdulillah thank you semua atas doa yang baik-baik buat Anaqi & Aryssa,” katanya berkongsi.
Tidak hanya berkongsi kisah dua beradik itu, Anaqi dan Aryssa yang dijangkiti virus itu, ibu cantik manis ini juga turut menitipkan pesanan buat ibu apa agar jangan leka jika anak demam.
Apa sahaja kemungkinan jika tidak diberikan perhatian. Malah Amyra juga turut berkongsi beberapa simptom berkenaan HFMD ini.
“To parents, if suddenly anak demam jangan ambik remeh k. Check ada tak skin rash / mouth sores.
“Tapi jangan panik sebab penyakit ini biasanya tak serius tapi ia sangat menular. Boleh merebak dengan cepat di sekolah.
“Penyakit ni sangat common in children under 5 years old but anyone can get it. HFMD will usually clear up by itself within 7-10 days.
“You can normally look after your child at home je. I letak abang adik dekat hospital sebab i nak mudahkan kerja i, nak focus kat diorang.
“Orang sakitkan perlukan extra care. I ni kalau dah duduk rumah nak sidai baju la, nak kemas almari la, nak masak la, nak cuci bathroom la.. haha. Gitulah mak-mak,”ujarnya lagi berkongsi.
Semoga Anaqi dan Aryssa cepat-cepat sembuh dan dibenarkan pulang segera.
Dalam pada itu, pengikut setia Amyra dan Amar juga turut mendoakan agar keduanya lekas segera sembuh.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.