Malang tak berbau apabila Seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.

Niat Nak Jemur Sebab Kuning, Akhirnya Tangan Bayi Dalam Mulut Anjing

Menurut laporan Awani, ketika kejadian, ibu saudara bayi berkenaan meletakkan bayi di hadapan pintu pagar bertujuan untuk mendedahkan bayi tersebut kepada cahaya matahari namun sebaliknya pula yang berlaku.

Kejadian sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu itu berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi tujuan mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.

Ketika kejadian, bayi tersebut baru sahaja diberi susu oleh ibu bayi dan kemudian dibantu jaga oleh ‘mak cik’ (ibu saudara) bayi untuk memandikan bayi tersebut yang mana ibu bayi masih berpantang dan ditemani oleh suaminya berehat di tingkat atas.

IKLAN

Kemudian ‘mak cik’ bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat

Wanita itu kemudian terkejut apabila terlihat tangan kanan bayi tersebut sedang digigit oleh salah seekor anjing peliharaan milik suaminya.

Ibu saudaranya panik apabila mendengar bayi itu menangis dengan kuat dan berlumuran darah sebelum melihat anjing tersebut menggigit tangan kanan bayi itu di luar pagar.

IKLAN

Niat Nak Jemur Sebab Kuning, Akhirnya Tangan Bayi Dalam Mulut Anjing

Wanita itu kemudian menjerit sekuat hati sebelum jeritannya didengari ahli keluarga dan mereka bertindak membawa bayi itu ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun ditolak dan diminta merujuknya ke Hospital Melaka.

Sebaik tiba di Hospital Melaka, bayi terus dibawa ke zon merah bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar .

IKLAN

Bayi tersebut kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan siasatan lanjut mendapati anjing tersebut merupakan milik suami kepada ibu saudara bayi berkenaan.

Anjing tersebut juga dipercayai dari jenis ‘Plott Hound’ dan telah dibiarkan tanpa diikat atau dikurung di kawasan rumah tersebut bagi tujuan menjaga kawasan rumah. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI