Setiap anak ada rezekinya dan kehadiran dalam hidup suami isteri dianggap sebagai penyeri rumah tangga. Semestinya, setiap pasangan mempunyai perancangan masing-masing mengenai berapa orang anak yang diimpikan dalam keluarga.
Tambah pula, dengan keadaan ekonomi, cabaran nak membesarkan anak semua perlu difikirkan. Jadi ada yang selesa untuk menjarakkan kehamilan dengan membuat perancangan keluarga bagi memudahkan pihak suami dan isteri.
Namun begitu, ada sesetengah keadaan di mana pasangan suami isteri dapat dua cahaya mata dalam tahun yang sama.
Seperti kisah ibu ini, Puan Nurul Balqis, perancangan untuk merancang sendiri tak kesampaian apabila Allah berikan lagi zuriat yang kedua selepas melahirkan anak sulung pada awal tahun.
Dapat sepasang ‘kembar’ tahun sama
Menerusi perkongsiannya di TikTok atas akaun qizz.99, mulanya mereka suami isteri dikurniakan anak sulung pada Januari 2021. Namun Disember tahun sama, hadir pula anak kedua.
@qizz.99 aku beranak dua kali dalam setahun. dpt la anak kembar tahun😅 lepas ni kena rancang betul2 la. #fyp #fypdongggggggg #viral #kembartahun #foryourpage ♬ Oh No – Kreepa
Berkongsi ceritanya, ibu muda ini akui memilih untuk tidak pakai sebarang perancang kehamilan ketika dicadangkan oleh seorang jururawat. Namun tanpa disangka-sangka, hadir pula yang kedua selepas beberapa bulan melahirkan anak sulung.
Nurul Balqis, 21, akui bersyukur dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan serentak dalam tahun yang sama. Malahan, dia juga akui tidak sabar menanti detik 2 beradik tersebut mula sekolah bersama-sama.
Tambah ibu muda ini, buat masa ini mahu berehat dahulu dan akan betul-betul merancang kehamilan seterusnya supaya tumpuannya boleh difokuskan pada dua beradik.
Perkongsian Nurul Balqis ini buatkan ramai tumpang gembira dan kagum dengan semangatnya yang positif. Malah kedua-dua kelahirannya juga secara normal. Moga abang dan adik dapat membesar dengan sihat bersama-sama.
Sumber : TikTok qizz.99
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)