Setiap ibu memang mengimpikan untuk susukan anak sehingga 2 tahun tanpa campur susu formula. Tapi kadang-kadang ada juga halangannya. Sebenarnya sokongan yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, kena kuat dari aspek mental dan fizikal.
Perkongsian dari Puan Hazrina Nasir ini dilihat sangat membantu ibu-ibu yang bertekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Antara yang diamalkannya adalah:
- Buat Persediaan Mental
Saya dan suami memang merancang. Jadi bila dah bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah ambil tahu mengenai kehamilan. Dalam proses itulah saya tahu mengenai kebaikan breastfeeding. Sejak dari itulah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak.
- Tambah Ilmu
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi saya pun mulalah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca artikel-artikel di internet, refer blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibu. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja tu mesti nak kena tau macam mana nak urus stok susu perahan EBM dah sebagainya kan.
- Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga
Saya beritahu suami dan keluarga. Mereka pun tak berapa tahu mengenai susu ibu ni. Tapi menyokong niat saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Dalam masa sama saya kongsi juga sikit-sikit ilmu breastfeeding dengan diaorang. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, mereka tahu macam mana nak bantu saya.
- Persediaan Material
Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusu baby ialah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa. Barulah seronok nak menyusukan anak.
- Persediaan Rohani
Masa mengandung sampailah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak.Antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqomah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah:
Zikir Ya Matin – Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Baca zikir Ya Matin 70x. Akhiri dengan selawat dan Bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak.
Surah Al-Hujurat – Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat berhati-hati.
***Tip eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah.
- Persediaan Fizikal
Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan bayi tu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu ceria dan positif.
- Pemakanan Sihat Dan Seimbang
Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya elakkan makan makanan proses dan tak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu macam buah kurma.
- Makanan Tambahan
Masa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke baby melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu kena pastikan badan dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan boleh hasilkan susu dengan baik dan kesihatan terjaga.
- Elakkan Stres
Tertekan ni biasalah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai urus tekanan. Jangan terlalu ikutkan hati.
Saya kerapkan direct feeding dengan baby dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tau cara buat power pumping supaya stok EBM tak susut.
- Tawakal
Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir ‘risau susu tak ada’. Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI