Niat Nak Susukan Anak Sehingga 2 Tahun Tanpa Campur Susu Formula, 10 Tip Ini Sangat Membantu Ibu!

Share

Setiap ibu memang mengimpikan untuk susukan anak sehingga 2 tahun tanpa campur susu formula. Tapi kadang-kadang ada juga halangannya. Sebenarnya sokongan yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, kena kuat dari aspek mental dan fizikal.

Perkongsian dari Puan Hazrina Nasir ini dilihat sangat membantu ibu-ibu yang bertekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Antara yang diamalkannya adalah:

  1. Buat Persediaan Mental

Saya dan suami memang merancang. Jadi bila dah bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah ambil tahu mengenai kehamilan. Dalam proses  itulah saya tahu mengenai kebaikan breastfeeding. Sejak dari itulah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak.

  1. Tambah Ilmu

Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi saya pun mulalah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca artikel-artikel di internet, refer blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibu. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja tu mesti nak kena tau macam mana nak urus stok susu perahan EBM dah sebagainya kan.

  1. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga

Saya beritahu suami dan keluarga. Mereka  pun tak berapa tahu mengenai susu ibu ni. Tapi menyokong niat saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Dalam masa sama saya kongsi juga sikit-sikit ilmu breastfeeding dengan diaorang. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, mereka tahu macam mana nak bantu saya.

  1. Persediaan Material

Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusu baby ialah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa. Barulah seronok  nak menyusukan anak.

  1. Persediaan Rohani

Masa mengandung sampailah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak.Antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqomah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah:

Zikir Ya Matin – Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Baca zikir Ya Matin 70x. Akhiri dengan selawat dan Bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak.

Surah Al-Hujurat – Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat berhati-hati.

***Tip eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah.

  1. Persediaan Fizikal

Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal.  Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan bayi tu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu ceria dan positif.

  1. Pemakanan Sihat Dan Seimbang

Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya elakkan makan makanan proses dan tak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu macam buah kurma.

  1. Makanan Tambahan

Masa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke baby melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu kena pastikan badan dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan boleh hasilkan susu dengan baik dan kesihatan  terjaga.

  1. Elakkan Stres

Tertekan ni biasalah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai urus tekanan. Jangan terlalu ikutkan hati.

Saya kerapkan direct feeding dengan baby dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tau cara buat power pumping supaya stok EBM tak susut.

  1. Tawakal

Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir ‘risau susu tak ada’.  Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan.

Published by
Wan Amy