Niat Susukan Bayi, Tak Perlu Kejar Stok Banyak. Ini Tips Konsisten Patut Buat!

Share

Ramai yang tanya bila waktu terbaik untuk mula kumpul stok susu waktu cuti bersalin? Berapa banyak stok perlu ada sebelum masuk kerja semula? Persoalan ini sentiasa menjadi tanda tanya semua ibu yang baru melahirkan anak dan berhasrat menyusukan bayi.

Bagi mengetahui lebih lanjut, Kaunselor Laktasi, Noorfazila Abdul Rahman berikan info lebih lanjut. Usah terlalu nak mengejar kuantiti sehingga rasa stres. Ingat rezeki anak tak akan pernah putus jika kita dah niatkan dari awal.

Sepanjang cuti bersalin :-

– Fokus kita adalah pada anak
– Offer anak menyusu sejam sekali dan 2 jam sekali waktu malam itu jauh lebih baik.

Untuk ibu yang cuti bersalin hanya 2 bulan :-

– Boleh mula memerah susu untuk stok lepas 2 minggu bersalin
– Cukup dengan perah sehari 1-2kali saja awal subuh atau sebelum tdo..
– Selain dari itu, fokus susukan anak secara direct sekerapnya
– Bagi saya sekarang dah ada kemudahan milk collector..puan tak perlu pam pun takpe cukup tadah sebelah setiap kali anak menyusu..dari terbazir menitik hasil dari tadahan tersebut boleh sejukkan dan semua hasil tadahan dalam masa 24 jam boleh kumpul dan satukan dalam satu botol bila dah sama-sama sejuk untuk dijadikan stok..

Kalau purata sehari dapat total 2oz pun takpe sebulan cuti dah dapat 60oz 2 bulan cuti bersalin dah dapat 120oz kalau 3 bulan cuti dah boleh dapat lebih kurang 180oz. Dah lebih dari cukup..

Jangan stres nak stok beratus-ratus oz sebab nanti bila dah mula bekerja kita akan bekalkan lebih banyak stok chilled dan fresh, stok frozen cuma untuk back up saja..

Utk ibu yang cuti bersalin 3 bulan..

– Boleh mula perah susu dari lepas usia anak sebulan atau lepas pantang pun boleh
– Sama juga caranya cukup sehari 1 atau 2 kali saja sehari..
– Waktu lain fokus menyusukan anak kerap2..
– Waktu siang saya nasihatkan ibu elakkan pam sebab waktu siang hormon tak setinggi malam..
-Tapi, jika dah kejut anak tak bangun puan sendiri pun dah bengkak takkan nak biar time tu bolehla perah..

Macamtulah seterusnya..kejayaan penyusuan ni puan-puan yang paling penting ISTIQAMAH (KONSISTEN)..Baru sekali perah dapat beberapa titik senyum dan bersyukur. Esok perah lagi waktu yang sama macam tu lah seterusnya.

Jangan stres sangat dengan hasil perahan. Berapa oz pun dapat belajar bersyukur, fokus dulu untuk naikkan berat anak..target dapat naikkan berat semaksimumnya tu lebih baik dari target nak dapat beribu oz susu tu.

Sebab faktor kejayaan dalam penyusuan bukan ditentukan oleh berapa banyak hasil yang puan mampu pam, tapi macam mana semangat dan kesungguhan puan meneruskan perjuangan!

Kredit: Noorfazila Binti Abdul Rahman

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy