Niat Untuk Danial Firman. Abby Sedekah 2 Freezer Simpan Susu Ibu Di Wad NICU

Share

Setelah sebulan melahirkan bayi pramatang dengan berat 535 gram di Hospital Sungai Buloh, nampaknya perkembangan yang ditunjukkan oleh bayi lelakinya itu sentiasa positif.

Perkongsian Abby di instagram sentiasa menjadi perhatian peminatnya untuk mengetahui  perkembangan terkini mengenai kesihatan bayinya dan terbaru dia dan suami telah menghadiahkan dua buah peti sejuk beku untuk kegunaan ibu di NICU untuk menyimpan susu badan.

“Minggu ni tak sempat nak belanja makan pada kakitangan & doktor2 yang rajin melayan kami & menjaga baik anak kami NICU. Jadi kami (suami & anak2) belanja 2 freezer untuk NICU.

“Tujuan untuk memudahkan pihak hospital menampung susu badan ibu-ibu yang pamkan susu untuk baby mereka di sini termasuklah saya,” kongsi Abby.

Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia percaya bahawa Allah SWT akan menjanjikan nikmat ganjaran terbaik buat hambaNya yang tidak lupa bersedekah di atas muka bumi ini.

“Hidup jangan berkira dengan Allah & hidup biar bermanfaat untuk orang lain. Semoga Allah redha amin,” katanya.

ARTIKEL MENARIK [Kalau Anak Sakit, Bersedekahlah! Di Sebalik Rezeki Orang Lain, Allah bagi Ganjaran Pada Kita]

Malah Abby yakin dengan bersedekah juga Allah akan kurniakan hajat yang lebih baik tak kiralah dalam apa sahaja situasi. Lagi kita ingat Allah, Allah akan sentiasa lindungi dan ingat hambanya.

Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami dan anak-anak pramatang yang lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing-masing & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yang beriman, Aminnn

Tindakan murni yang dikongsi menerusi laman Instagram itu menerima reaksi positif dan dan rata-ratanya memuji tindakan Abby sekeluarga.

Sumber : Abby Abadi

Published by
Wan Amy