Niena Baharun yang kini sedang menempuhi trimester ketiga kehamilan semakin berdebar. Ia bermakna kandungan akan menjadi lebih sarat dan membesar.
Aktres popular dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz & watak antagonis sebagai Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini sedang hamil 7 bulan ini telah meminta tip daripada para peminat dan follower di Instagram.
Debaran nak menjadi seorang ibu makin terasa.. InsyaAllah, semoga dipermudahkan semuanya.
Mommies ada nak share tips apa apa untuk persediaan 3rd trimester?
Para follower berkongsikan tip yang bernas untuk bakal ibu muda ini.
#1 BANYAKKAN BERGERAK
#2 MOHON MAAF DARI SUAMI
#3 LATIHAN PERNAFASAN, SENAMAN ANTENATAL#4 SOLAT HAJAT
#5 MINUM AIR KELAPA & PELAJARI TEKNIK MENERAN
#6 AMAL DOA NABI YUNUS
#7 BACA SURAH MARYAM
#8 SENAMAN KEGEL
#9 BERJALAN DI PANTAI
#10 BEG BABY & MAMA
Sumber: Instagram Niena Baharun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berdebar-Debar Tunggu Result UPT, Tapi Cuma Naik 1 Line. Luluhnya Hati, Hanya Tuhan Yang Tahu
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti memasang niat untuk mempunyai zuriat sendiri. Boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Semuanya bergantung kepada rezeki. Jangan pernah kenal erti putus asa dan berhenti berusaha. Hasilnya pasti ada, sebagai manusia biasa banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah SWT.
Bagi pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil, bolehlah anda cuba tip ini seperti yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur ini. Caranya tidak sukar, hanya memerlukan kesungguhan serta keyakinan untuk melakukannya.
Artikel Menarik: [Naik Je Double Line, Ibu Kena Mula Jaga Diri. Jangan Main ‘Hentam’ Buat Semua Benda]
LANGKAH PERTAMA
Usai solat subuh, sama ada suami atau isteri dan lebih baik jika kedua-duanya sekali untuk membaca Bismillah 1 kali (dengan penuh penghayatan). Kemudian, berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
Kemudian anda sujud dan lafazkan kalimah syahadah sebanyak 101 kali dalam sujud itu. Mohonlah kepada Allah SWT apa yang anda inginkan. (Umpamanya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu ini zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan di akhirat). Selesai berdoa, tutup dengan membaca selawat sebanyak 3 kali.
Amalkan cara ini selama 15 hari dan teruskan jika belum berhasil. Jangan menyerah atau berputus asa, kerana Allah tidak suka sikap begitu.
Artikel Menarik: [Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant, Bayi Boleh Maut Secara Mengejut]
LANGKAH KEDUA
Sebelum ‘bersama’, suami bacalah zikir “Ya Mutakkabir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali. Si isteri pula hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan Adanya) sebanyak 333 kali setiap hari. Isteri juga hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram”11 kali kemudian ditiupkan dalam air dan diminum.
Suami isteri boleh mengamalkan membaca surah Yusuf atau surah Maryam setiap hari. Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Letakkan pengharapan yang paling tinggi semoga apa yang anda hajatkan mendapat perhatian dari Allah SWT. In sya Allah.
Artikel Menarik: [Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung. Bersediakah Anda?]
Semoga pasangan yang masih mencuba untuk hamil dapat mendapat sedikit pengisian dari perkongsian ini dan dapat mencubanya. Tidak salah berusaha, apatah lagi dengan mengutamakan serta mengingati Allah SWT dalam usaha mendapatkan anak. Jangan lupa, anda juga boleh mengamalkan makanan sunnah sebagai alternatif untuk cuba mengandung. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Scan Nampak Satu..” Teman Dr Halina Check Up, Dr Sheikh Berseloroh Kembar Next Time
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sentiasa menjadi perhatian ramai terutama dalam mendidik anak-anaknya. Malah khabar gembira mengenai kehamilan ketujuh Dr Halina juga buatkan semua orang kagum dengan pasangan suami isteri ini.
Terkini menerusi satu video yang dikongsikan di instagram Dr Sheikh Muszaphar, beliau menunjukkan momen isterinya sedang membuat pemeriksaan kehamilan bersama Pakar Obstetrik, Dr Imelda Balchin.
Menurut Dr sheikh Muszaphar, usia kandungan Dr Halina dah memasuki 10 minggu. Namun memandangkan Dr Halina kini mengandung di usia 42 tahun, risiko dan komplikasi lebih tinggi untuk ibu dan bayi.
Disebabkan itu, Dr Sheikh dan Dr Halina bersepakat untuk membuat pemeriksaan dengan Dr Imelda yang sememangnya dikenali antara pakar terbaik.
“Pemantauan secara terperinci perlu dilakukan selain untuk mengetahui apa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan sepanjang kehamilan di usia 40-an ini.
“Penjagaan pemakanan sangat penting untuk pastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, senaman semasa hamil juga satu kemestian dan perlu dijadikan rutin.
“Ini kerana kebanyakan ibu hamil, masalah diabetes dan hipertensi adalah komplikasi yang biasa berlaku dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan masalah lain,” kongsinya.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi, melalui hasil pemeriksaan kandungan, bayi berada dalam keadaan baik dan jantungnya juga kuat.
“Mommy perlu kuat dan daddy juga akan kuat untuk bantu apa yang patut terutama dalam menguruskan enam anak.
“Awak rehat ye sayang, masih jauh lagi perjalanan kerana kalau ikutkan due date pada 22 Julai. Sekarang rehat secukupnya. Segala alahan pasti akan jadi lebih baik. Nanti loya dan muntah akan beransur hilang.
“Di kesempatan ini nak ucapakan juga Selamat Hari Lahir buat Dr Halina hari ini (28 Disember).
“Ibu kepada anak-anak saya, tonggak kekuatan saya. Segala-galanya bagiku, semoga kita tua bersama. Till Jannah,” titipnya.
Dalam pada itu, Dr Sheikh juga turut memberitahu setakat ini hasil scan yang dilakukan, bayi dalam kandungan Dr Halina bukan kembar. Belia juga sempat berseloroh mungkin akan dapat anak kembar pada masa akan datang.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.
Kredit: IG Dr Sheikh Muszaphar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aduh, Sakitnya Betis Bila Kejang! Kenapa Selalu Terjadi Masa Mengandung? Ikuti 4 Tips Doktor Ini
Kejang betis atau cramp sering kali terjadi pada ibu yang mengandung. Keadaan ini dikenali sebagai tarik mengkarung atau simpul biawak dalam masyarakat Melayu. Setiap kali kekejangan berlaku, mama tentu berasa sakit. Mengapa ini berlaku dan apakah ada solusi untuk mengelakkannya berlaku lagi?
Kekejangan otot kaki menyakitkan. Hanya orang yang pernah melalui akan tahu betapa sakit rasanya. Ditambah pula dalam keadaan perut yang semakin membesar, mama tentunya sukar untuk meluruskan kaki menghilangkan rasa kejang.
Menurut Dr Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa mengandung. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas.
Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki semasa hamil.
KENALI PUNCA
Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.
- Keletihan otot betis.
- Tekanan pada urat saraf bahagian kaki
- Peredaran darah yang tidak lancar, atau
- Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.
Tahukah anda pemilihan kasut yang bersesuaian dapat mengelakkan kekejangan pada kaki semasa hamil. Pilih kasut atau sandal yang selesa dan menyokong berat dan postur badan anda. Pemakaian kasut bertumit tinggi semasa hamil tidak digalakkan dan boleh mengakibatkan kekejangan pada otot betis.
SELALU TERJADI SEBELAH MALAM
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku di waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
- Apabila berlaku kekejangan betis, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.
- Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya anda bersendirian, anda boleh membongkokkan badan anda, capai jejari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
- Sekiranya anda bersama pasangan, anda boleh meminta pasangan anda untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah anda. Apabila anda melakukan perkara ini, anda akan merasa kesakitan terlebih dahulu, sebelum ianya beransur-ansur hilang.
- Anda juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.
CARA ELAK KEJANG BETIS
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Mama boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
#1 REGANGKAN OTOT BETIS
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha anda ke hadapan. Kemudian, tukar kaki, dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5-10 minit.
#2 KEKAL AKTIF
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Mama perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
#3 VITAMIN DAN MINERAL CUKUP
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Mama juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
#4 AIR YANG MENCUKUPI
Minum air yang mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka akan warna air kencing untuk melihat Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI