Ramai kaum wanita yang mengimpikan untuk menjadi isteri yang sempurna. Kalau boleh nak rumah sentiasa kemas, nak anak-anak sentiasa cantik dan bersih dan memasak makanan yang sedap-sedap tanpa perlu meminta bantuan daridapa sesiapa. Malah kalau boleh ada yang ingin terus bekerja dan mempunyai duit sendiri agar tak dituduh menghabiskan duit suami.
Begitulah nilai yang diletakkan pada mata masyarakat yang mana “wanita” harus jadi manusia yang sempurna.
Nilai kita sebagai seorang isteri dan ibu…
Bukan pada keluarnya dia bekerja atau suri di rumah sepenuh masa. Ditakdirkan menjadi isteri pertama, kedua, mahupun ketiga. Tidak juga janda atau masih punya suami di sisinya. Jauh sekali punya anak yang ramai mahupun tiada. Mahupun punya anak yang sempurna akhlak dan imannya ataupun sebaliknya.
Isteri Nabi s.a.w, Khadijah r.a, seorang usahawan sebelum dinikahi Nabi. Mengupah orang untuk menjalankan perniagaannya. Setelah berumahtangga, Khadijah bersama di rumah membina keluarga yang diredhaiNYA.
Isteri Nabi Ayub a.s, 50 tahun mewah hidupnya. Punya harta berlipat kali ganda. Namun, terpaksa keluar bekerja bila diujiNYA. Dengan penyakit yang menimpa suami tercinta.
Ads
Isteri Nabi s.a.w, Aisyah r.a, tidak melahirkan zuriat Baginda. Aisyah menuntut ilmu sepanjang usianya. Melahirkan ummah Islam yang mencintai Baginda s.a.w melalui hadis-hadis yang diriwayatkannya.
Isteri Firaun, Asiah, mengambil Nabi Musa a.s sebagai anak angkatnya. Dibelai, diasuh dan dikasihinya tidak terhingga. Asiah diangkat darjat olehNYA sebagai isteri solehah bersuamikan ahli neraka.
Isteri Nabi Adam, Hawa r.a, menjadi ibu pertama di atas dunia. Melahirkan anak yang begitu ramai sekali di bumiNYA. Namun, Qabil menjadi ujian besar dalam keluarga mereka.
Ads
Isteri Nabi Musa a.s, penggembala kambing, sebelum berkahwin dengannya. Nabi Musa a.s telah mengambil alih pekerjaannya.
Isteri Nabi Ibrahim a.s, Hajar, adalah isteri kedua. Melahirkan seorang Nabi. Ditinggalkan di lembah yang panas dan gersang tanpa seorang pun manusia. Hajar berlari 7 kali antara bukit Safa ke bukit Marwah kerana kasihnya pada anak tercinta. Keberantungannya diletakkan hanya kepada Allah swt sahaja. Lalu Allah mahu kita mengingati kasihnya seorang ibu yang bertaqwa padaNYA, melalui rukun umrah dan haji yang dilakukan kita.
Para wanita yang hebat ini Allah ceritakan di dalam Al-Quran untuk kita hayati. Agar menjadi panduan buat kita semua.
Ads
Tidak berkerja atau suri di rumah sepenuh masa, Masing kita punya keperluan yang berbeza. Beranak ramai mahupun tiada,
Tidak sedikitpun menjatuhkan nilai kita di sisiNYA.Isteri pertama, kedua mahupun ketiga, Tidak merendahkan martabat wanita sekiranya jiwa terus beriman dan bersyukur padaNYA. Punya suami di sisi ataupun telah tiada, Yakin Allah swt sentiasa ada menjaga dan memberikan rezeki kepada anak-anak dan kita.
Lalu mengapa meletakkan nilai sesama kita? Sedangkan setiap wanita sangat mulia di sisiNYA, apabila bersungguh-sungguh berusaha mahu mengejar syurgaNYA.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak selesema akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk-batuk dengan kerap. Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak. Sebagai salah satu usaha adalah dengan perkongsian doktor kita ini. Cuba dulu dan lihat hasilnya.
Dr Ezairy M Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak (ENT) kongsikan cara semulajadi redakan sakit tekak anak. Mama papa pun boleh amalkan cara ni. Berkesan!
BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?
Ramai ibu bapa masih belum tahu bahawa apabila anak kita kerap mengalami masalah sakit tekak dan batuk-batuk, kita boleh beri mereka kumur dengan air garam. Walaupun mereka tertelan sedikit, tiada masalah yang kita perlu risau.
Ambil air suam campur dengan setengah sudu garam. Ramai pesakit saya dah cuba, berhasil. Boleh lakukan di rumah sahaja.
Kalau di hospital, kami akan beri gargle, throat spray atau lozenges. Semua ini dapat membantu meredakan sakit. Untuk rawatan spesifik, perlu kepada pemeriksaan. Jumpalah doktor anda. Kami akan bantu.
Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.
Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?
Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna.
Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.
Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.
Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.
Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling.
Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Kredit: Dr Ezairy M Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sempat masak, sudahnya petai yang kita beli terbuang begitu sahaja kerana sudah tidak segar. Jangan dibuang dulu kerana ia masih boleh digunakan lagi malah kembali segar macam baru dibeli.
Bukan sahaja segar bahkan saiznya juga semakin membesar malah bau juga semakin berkurangan.
Apa yang boleh anda lakukan adalah mencuba petua mudah ini. Jom cuba.
Hanya menggunakan kaedah yang mudah, boleh menjadikan petai segar, saiz membesar sekali gus baunya juga berkurangan.
1. Kupas kulitnya, keluarkan kesemua isinya. Masukkan dalam bekas berpenutup.
2. Masukkan air biasa sehingga ke paras penutup dan tutup dengan rapat.
3. Masukkan ke dalam peti ais di tempat yang biasa. Paling kurang dalam lima jam.
4. Petai tadi dah mulai kembang dan jadi besar dua kali ganda dari awal tadi. Tujuan dimasukkan ke dalam peti ais tu ialah untuk memelihara kesegarannya.
Hasilnya petai bukan saja bersaiz besar bahkan juga jadi makin banyak dan padat kerana bertukar saiz.
TIP: 1. Kalau nak lagi cantik menarik mata petai jangan terbelah dua, kopek sebiji- sebiji dan turis sedikit saja kulitnya supaya air dapat meresap masuk kedalam mata petai tersebut.
2. Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tidak lagi berbau ‘kuat’ sebab baunya keluar bersama air tadi. Tapi tetap bau dan rasa petai.
3. Jadi jangan rendam melebihi 10 hari sebab nanti petai tawar dah tiada rasa petai lagi’ sebab bau petai dah luntur bersama air rendaman itu.
4. Kualitinya tetap cantik dan sedap. Anda boleh simpan berhari-hari malah berminggu di dalam bekas yang ada air ini cuma anda perlu menukarkan air yang baru samada setiap hari atau berselang hari.
Jadi teknik ini membolehkan anda membeli petai-petai yang sudah kecut atau yang murah-murah dari harga yang segar bugar sebab nanti bila dah direndam dalam air petai anda akan jadi bersinar dan segar semula. Jimat kan?
Ramai suami yang merungut isterinya sangat cerewet. Balik rumah je membebel, itu lah, ini lah. Serba tidak kena dibuatnya. Tapi perasan tak suami-suami sekalian, isteri yang cerewet ini banyak juga manfaatnya.
Isteri cerewet hidup suami lebih sihat
Isteri yang cerewet boleh membuatkan suami hidup lebih sihat. Macamana ya? Ada satu kajian yang dibuat oleh researchers, mereka mendapat data dari sumber National Social Life, Health, and Aging Project untuk meneliti hubungan pasangan suami isteri dari sudut kualiti kesihatan mereka.
Kajian ini dibuat terhadap lebih dari 1200 pasangan suami isteri yang telah menikah lebih daripada 5 tahun dan responden berusia 57 hingga 85 tahun.
Daripada jumlah tersebut, seramai 389 responden mengalami diabetes. Fakta yang mengejutkan dari seorang Professor Sosiologi, Michigan State Universiti, Dr Hui Liu menemukan bahawa suami yang memiliki isteri yang cerewet ternyata lebih sihat dan terhindar dari penyakit diabetes. Jika yang menghidap diabetes sekalipun, ia masih boleh dikawal dan tidak kritikal.
Ini ternyata isteri yang cerewet terutama dari segi pengambilan makanan, ia sedikit sebanyak dapat membantu suami untuk menjaga tahap kesihatannya. Jikalau isteri tidak cerewet, dia akan biarkan suaminya nak makan apa, nak minum apa. Sedar-sedar kadar gula suami sudah terlalu tinggi, dan ini lebih memudaratkan.
Kebanyakan suami tidak begitu mengendahkan tentang pemakanan mereka, tambahan pula jika suami itu pula seorang yang kuat merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Dalam situasi ini, isteri sangat berperanan untuk cerewet dengan suaminya, demi menjaga kesihatan suami dan mudah-mudahan umur suami lebih panjang, in shaa Allah.
Bebelan isteri buktinya sayang suami
Menurut Dr Karen Ruskin, seorang Therapist kekeluargaan, beliau berkata bebelan isteri sebenarnya belum tentu menjadi tanda ketidakbahagiaan. Bahkan kata beliau, bebelan daripada isteri yang cerewet sebenarnya itu merupakan bukti yang dia sayangkan suaminya.
Oleh sebab itu, bagi suami yang mempunyai isteri yang cerewet, terutama cerewet dalam bab pemakanan, bab ibadat, bab-bab kebaikan, saya melihat ia sebagai suatu perkara yang baik untuk suami. Ia membantu mendisiplinkan suami dan dapat memanjangkan umur suami dengan izin Allah. Bersyukurlah….
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.