
Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu, 1 Oktober 2025 di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Putera comel yang diberi gelaran sementara ‘Baby H-N’ itu lahir seberat 3.33kg pada jam 8.13 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Hafiz Osman menerusi hantaran di Instagram Story. Dalam perkongsian penuh syukur, Hafiz menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan ucapan tahniah yang diterima daripada keluarga, rakan serta para pengikut mereka.
“Allahuakbar, SubhanAllah, Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas segala kasih sayang, doa serta ucapan sempena kelahiran putera kami,” tulisnya sambil memuat naik foto dirinya mendukung bayi lelaki mereka dengan penuh kasih sayang, sementara Nina kelihatan berehat di katil wad.
Hafiz juga tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada isterinya. “Terima kasih buat Mummy Nina atas kekuatan dan kasih sayang dalam mengandungkannya hingga selamat lahir ke dunia.” Katanya lagi, sokongan ahli keluarga serta sahabat handai sepanjang tempoh kehamilan benar-benar memberi kekuatan buat mereka berdua.

Pasangan ini kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan rumah tangga setelah mendirikan rumah tangga pada 24 November tahun lalu. Menariknya, kehadiran Baby H-N menjadikan keluarga kecil mereka kini berempat bersama anak perempuan Nina hasil perkahwinan terdahulu, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.
Kelahiran ini bukan sahaja menceriakan pasangan Nina dan Hafiz, malah mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta ucapan tahniah.
Pa&Ma turut mendoakan semoga Baby H-N membesar dengan sihat, menjadi anak soleh penyejuk mata ibu ayah, dan semoga perjalanan baru Nina serta Hafiz sebagai ibu bapa dipermudahkan Allah SWT.
Sumber: Instagram
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin Confirm Sakit Tapi Ada Cara Kurangkan ‘Contraction’ & Mudah Beranak

Bila disahkan hamil, automatik perasaan teruja itu ada dalam diri setiap wanita. Namun nak melalui fasa mengandung dan melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada juga yang mengalami pelbagai masalah kesihatan sehingga waktu nak bersalin.
Setiap orang pengalaman mengandung dan melahirkan berbeza. Sebab itu pentingnya kena jaga pemakanan dan kesihatan sewaktu hamil. Kesihatan yang baik dan emosi positif memberi kesan yang mudah untuk bersalin secara senang dan tenang.

Berikut ada 4 tip yang boleh diamalkan:
Pertama:
Penting ambil makanan yang sihat, makan makanan sebenar yang sesuai dengan badan. Elak makanan yang diproses kerana di dalamnya mengandungi pengawet pewarna perasa yang melemahkan imun badan. Mengandung bukan tiket nak makan segala, craving all the time. Boleh amalkan green juice dari sayuran hijau dan jus buah-buahan segar. Organik lebih baik tapi kalau semua organik boleh kanser poket kita. So tak organik pun ok beli local punya, rendam dengan cuka epal/cuka kurma cuka tiruan pun boleh sebab dalam cuka ada probiotik yang membantu menyingkirkan racun. Elak sayuran dari China kerana isu tanah bertoksik dan begitu juga USA yang banyak GMO.
Kalau takde cuka guna baking soda dicampur air suam pun boleh. Pilih ulam-ulam lagi sedap. Kena ingat, apa yang ibu mengandung makan sekarang memberi kesan kepada tiga generasi akan datang, epigenetics. Kita nak jaga kesihatan keturunan kita kan.
Kedua:
Bergerak aktif penting. Alahan diawal pregnant antara tanda kekurangan magnesium. Kita ni selalu fokus tentang kalsium tetapi selalu lupa tentang mineral penting ni. Ini hasil pembacaan . Alahan, kita tahu itu perkara biasa. jadi, kalau alahan pun kena usaha untuk bergerak, cuba dapatkan cahaya matahari vitamin D natural tu bagus sangat untuk kita. Banyak bergerak bantu pengaliran darah berjalan baik dan kita juga dapat refreshment kan. Dihujung kehamilan lagi aktif. Menggolek gym ball, squat, turun naik tangga abaikan lift.

Ketiga:
Ceria emosi. Ini memang penting. Wanita ni ada beribu-ribu emosi sebab kita ada banyak hormon yang macam-macam tindak balasnya. Ini adakala paling susah nak buat kadang-kadang sendu sendirianlah jawabnya tapi jangan biarkan berlarutan. Belajar untuk jangan fikir perkara diluar kawalan, breath and let it go. Bila tenang, hormon oksitosin pun dirembes dengan baik. Uterus pun seronok melayan contraction. Baby pun tenang, dapat oksigen dengan baik mudahlah baby keluar.
Keempat:
Yakin sampai masa baby nak keluar, ia akan keluar sendiri. Enjoy layan surge sambil membayangkan betapa seronok nak jumpa baby. Bila seronok, contraction yang memulas membelit ruang perut yang dirasa masa 1st time bersalin dulu, hanyalah mild saja. Faham fisiologi melahirkan itu penting. Bila ibu stres, melayan macam-macam emosi yang tidak sihat, hormon kortisol pun meninggi. Badan melawan ombak contraction dengan keras maka stres lah badan ibu. Baby dalam perut pun stres macam mana baby nak keluar dengan baik. Macam mana uri nak sama-sama keluar ikut baby keluar bila sama-sama stres. Baby ni Allah jadikan sampai masa ia akan keluar sendiri.
Alhamdulillah. Senang dan tenang melahirkan, atas usaha sungguh-sungguh dan izinNya.
Sumber: Ziela Juzaila
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Pengaruhi Bentuk Kepala Bayi, Bulat Atau Sedikit Lonjong. Mama Jangan Risau!

Apabila melihat bayi baru lahir, tentu anda pernah tertanya-tanya mengapa bentuk kepala bayi semuanya berbeza. Ada yang berbentuk bulat dan ada yang lonjong. Benarkah proses bersalin mempengaruhi bentuk kepala bayi?
Sememangnya bentuk kepala bayi baru lahir yang berbeza-beza dipengaruhi oleh proses bersalin yang dilalui oleh ibu. Perbezaan bentuk kepala bayi memang disesuaikan dengan bentuk dan ukuran ketika lahir, saat dia masuk ke laluan kelahiran. Ini kerana tengkorang bayi terdiri daripada beberapa tulang lembut yang belum sempurna.
Bagi ibu yang melalui proses bersalin secara semula jadi, ketika bayi masuk ke saluran kelahiran yang sempit, tulang-tulang tersebut akan disesuaikan mengikut ukuran kepala. Bentuk kepala bayi pun boleh menjadi memanjang atau lonjong kerana disesuaikan dengan bentuk jalan kelahiran. Tetapi ibu tidak perlu bimbang, kerana biasanya beberapa hari kemudian, bentuk kepala bayi akan kembali ke bentuk asal.
Bagaimanapun bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean tidak akan mengalami bentuk kepala yang lonjong. Proses bersalin secara pembedahan tidak melalui jalan kelahiran semula jadi dan tidak menyesuaikan dengan bentuk saluran kelahiran. Oleh itu bayi ini mempunyai bentuk kepala yang bulat.
Ada juga bayi yang melalui proses bersalin normal dengan bantuan alat seperti vakum untuk menarik kepala keluar, mempunyai bentuk kepala seperti bengkak (benjolan) tetapi ia bersifat sementara sahaja.

Posisi tidur bayi baru lahir turut boleh menyebabkan perubahan bentuk kepalanya. Oleh itu sebaiknya ibu mengubah posisi tidur bayi. Misalnya, ketika bayi sudah tidur, tiarapkan bayi kerana kepalanya boleh menjadi bentuk bulat.
Jika anda terbiasa menidurkan bayi dengan menggunakan penggendong bayi, ia juga antara faktor penyebab kepala bayi tidak bulat. Untuk mencegahnya, ibu boleh merenggangkan ikatan gendongan ketika menidurkan bayi. Ubah posisi agar tidak terlalu lama pada posisi yang sama tetapi pastikan sentiasa menjaga keselamatan bayi.
Ketika bayi tidur, elakkan daripada dia hanya menghadap satu sisi sahaja. Ibu boleh mengubah posisi tempat tidur bayi agar dia terbiasa untuk berubah posisi tidur dan membantu bayi mengubah arah pandangan dari sisi kanan ke sisi kiri atau sebaliknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Induce Ini Ibarat Paksa Baby Keluar, Sakit Dia Lain Macam” Suami Pun Serik Tengok Isteri Tahan Sakit

Bila dengar pengalaman ibu-ibu bersalin, macam-macam perasaan yang datang kan? Jangan risau..setiap ibu yang akan bersalin akan merasai sakit yang tersendiri. Sakit yang mampu untuk kita tempuhi.
Setiap ibu pasti ada rasa sakit yang berbeza, ada yang rasa sakit yang biasa ketika induce dan ada yang berhari-hari menahan sakit contraction. Semuanya bergantung pada keadaan ibu itu sendiri. Namun sakit itu akan bertukar indah bila mana dapat melihat bayi comel dalam pelukan kita. Hilang semua rasa sakit, yang ada cumalah rasa bahagia.

PENGALAMAN CONTRACTION INDUCE SEWAKTU BERSALIN
Cuba baca sampai habis ..
Pengalaman Induce, ada yang cakap, bersalin itu sakit dia sama. Ya, saya tahu sakit bersalin itu sama. Tetapi bila dah overdue, doktor akan tunggu ataupun induce.
Induce ini, ibaratnya paksa baby keluar. Cuba kalau kau, orang paksa kau terjun dari kereta yang sedang dipandu laju di lebuhraya. Agak-agak, nak terjun atau tidak? Kemudian, orang asyik menolak dan menyepak kau keluar. Sakit tak?
Contraction induce ini lain macam. Bila dah namanya ubat, dia mestilah ada yang serasi dan sebaliknya. Haa, jadi ceritanya begini. Ada orang selepas induce, bukaan CM dia cepat dalam 5-6 jam sahaja. Ada pula yang lambat sehingga 1-2 hari. Ada juga orang yang induce tetapi tiak sakit langsung sebab ubat tak menjadi. Kena masuk pula ubat 2-3 kali baru ada rasa sakit. Ada orang jalan tak buka terus. Mereka terpaksa dibedah sebab bayi dah lemas. Itu gunanya mesin CTG untuk memantau jantung baby itu tau?
Jadinya, contraction induce ini boleh dikatakan, katil pun boleh roboh, tiang boleh tercabut, dinding pun rasa nak panjat dan ada suami di tepi rasa nak balun dan tumbuk-tumbuk macam Naruto tu haa!
Hui sakit! Memang sakit contraction induce itu. Tambahan kalau orang yang dah tahan lama. Sudahlah menahan lama, CM tak buka pula. Maka terpaksalah operate. Dua kali sakit atas bawah, dua-dua mendapat. Jadi, hargailah isteri masing-masing. Setiap insan ada pengorbanan tersendiri.
Yang sudah induce dan selepas itu tiba-tiba kena operate, tahu tak sebab apa? Sebabnya ibu mengandung itu sudah kehilangan tenaga. Langsung tak ada kudrat kerana tenaganya telah dikerah habis-habisan ketika meneran. Bila baby dah lemas, terpaksalah doktor mengambil langkah segera iaitu operate.
Sebab itulah juga pentingnya zikir dan bacalah apa-apa doa yang patut. Yelah, memang betul bila dah sakit begitu, mana ada nak ingat apa-apa. Itulah pentingnya ada suami menemani isteri bersalin agar dia boleh mengingatkan apa yang patut.
Selama 11 jam saya menahan sakit selepas induce. Saya buat macam-macam dalam wad dan bilik labour room itu, nurse langsung tak marah sebab dia faham betapa sakitnya induce ini. Nurse siap suruh aku bersabar, berzikir dan membenarkan suami saya duduk dalam labour room selama saya sakit sehinggalah saya bersalin.
Selepas itu, saya tengok nurse dan doktor berada di sekeliling saya macam pasukan bola sepak sebab saya pesakit yang terakhir. Orang lain semua dah selamat beranak. Saya berterima kasih pada doktor dan jururawat Hospital Tengku Ampuan Afzan yang ada pada ketika itu kerana mereka bersabar ..Akhir nya saya mengalah kerana kehabisan tenaga….terpaksa la saya ceaser…..rupanye baby dah terbelit tali pusat..Alhamdulillah xde apa2….semua nya selamat…
Suami pun serik melihat saya meraung-raung dan menjerit-jerit sebabnya ini fenomena ubat. Serasi dan tak serasi dengan badan dan keadaan badan kita. Ibarat hujung nyawa perabis dh tu..
8.04 pagi
Isnin
07102019
Muhammad aduka al-taqi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


