
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.
Nina yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Hafiz Osman pada November tahun lalu teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Menerusi Instagramnya, ibu kepada si comel Jeanelle Nika Mandagie ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.
“Rehat kejap dari posting Raya sebab nak bagi laluan dekat si kecil ni yang kami semua teruja sangat nak sambut tahun ni!
“Alhamdulillah, baru lepas trimester pertama — doakan ‘lil bun’ dalam perut ni ya.

“Abah, Kakak & Mommy tak sabar nak jumpa kamu, baby HN,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi entri itu juga, Nina turut berkongsi video pendek bersama suami dan anaknya Jeanelle bagi berkongsi khabar gembira itu.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan kenalan turut sama meninggalkan ucapan tahniah buat Nina dan suami.
Terdahulu, Nina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafiz Osman pada November tahun lalu. Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Nina dikurniakan seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia lapan tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal Bersalin September Depan, Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Jadi Ibu

Makin berseri dan cantik pelakon Mona Allen selepas berhijab. Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu.
Perbaiki diri sebelum bertukar status sebagai ibu
Tambah Mona, dia kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tak lama lagi.
“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang dikongsikan itu…itulah.

“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.
“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.
Sebelum ini, foto aktres berusia 37 tahun itu memakai tudung yang dikongsikan di laman sosial menerima pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen juga mendoakan agar pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya.
Bakal lahirkan bayi September
Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Mona memberitahu dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.
Menurut isteri kepadaa aktor Pekin Ibrahim itu, dia bersyukur menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.
“Alhamdulillah usia kandungan saya sudah masuk tujuh bulan..InsyaAllah saya dijangka bersalin September nanti.

Mona dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Kredit: mStar
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa Mengandung Nak Minum Kopi, Jangan Lebih 2 Cawan. Terlebih Bahaya Untuk Baby

Bagi peminat kopi, kalau tak dapat minum sehari rasa lain macam. Tambah lagi bila bau kopi yang semerbak. Bagaimanapun, ada yang cakap, ibu mengandung tak elok banyak minum kopi kerana kandungan kafein. Betul ke?
Sebenarnya ya tetapi sesetengah pendapat menjelaskan boleh tetapi kenalah ambil dalam kuantiti yang sederhana agar tak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, perkongsian Dr Muhammad Izzat ini membantu bagi ibu yang masih lagi tertanya-tanya kesan minum kopi semasa mengandung.
Kopi memang sedap. Tapi tulah, kalau tak mengandung takde hal la nak minum kopi. Minum bersederhana la kan walaupun tak mengandung. Apa-apa pun dalam kuantiti berlebihan pasti memudaratkan.
Tapi saya nak bagitahu kenapa kena limit caffeine masa mengandung.
Semua ibu mengandung perlu hadkan pengambilan caffeine 200mg setiap hari. Tak boleh lebih-lebih. 200mg sahaja ingat tu.
Jangan lupa caffeine bukan setakat ada dalam kopi sahaja, caffeine ada dalam
✔️Teh
✔️Coklat
✔️Minuman tenaga
✔️Sesetengah ubat batuk dan selsema
✔️Soft drinks seperti cola
Macam mana nak tahu berapa banyak kandungan caffeine dalam sesuatu minuman atau makanan? Ni saya bagi sekadar anggaran sahaja
?1 mug kopi segera : 100mg
?1 mug kopi filter : 140mg
?1 mug teh : 75mg
?1 tin coca cola : 40mg
?1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg
?1 bar plain chocolate ?(50gm) : mungkin kurang 25mg
?1 bar milk chocolate ? (50gm) : mungkin kurang 10mg
So kalau 200mg caffeine sehari, maka dalam sehari mak buyung sekalian hanya boleh menikmati lebih kurang :
?2 mug teh DAN 1 tin coca cola ATAU
?1 mug kopi segera dan 1 tin (250ml) minuman tenaga ATAU
?2 mug kopi segera

Ni analogi sahaja, pandai-pandai la korang adjust mcm mana nak dapat 200mg caffeine setiap hari tu. Ni untuk mereka yang ‘hantu’ kopi tu mcm saiaa lah. Minuman Instant ( segera ) biasanya ada kandungan gula yang tinggi. Jaga-jaga
Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan – baby boleh jadi kecik dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.
Maka, saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk ELAKKAN at all cost pengambilan caffeine pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas 12 minggu kehamilan, hadkan pengambilan caffeine sehingga 200mg setiap hari jika korang takleh hidup tanpa minuman berkaffein. Sekali sekala terlebih 200mg sehari tu takpe, tapi jangan ler dibiasakan selalu ?
Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkaffein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yg telah di-nyah caffein ( decaffeinated drinks ). Tu lagi baik ?. Ha jangan lupa, KURANGKAN manis ye. Kopi yang takde gula lagi sedap biasanya.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naik Je Double Line, Ibu Kena Mula Jaga Diri. Jangan Main ‘Hentam’ Buat Semua Benda

Setiap wanita yang disahkan hamil pasti berdoa agar kehamilan mereka dipermudahkan dan bayi di dalam rahim juga sentiasa sihat. Sesuatu kehamilan itu boleh dimulakan dengan amalan-amalan sihat untuk menjaga kandungan si ibu.Trimester pertama ialah permulaan kepada kehamilan anda.

Bila disahkan hamil, ada ‘seseorang’ dalam rahim anda iaitu janin. Anda seolah-olah tidak percaya dan dalam masa sama teruja dan gembira. Bermula dari saat itu juga, anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.
Amalan Terbaik Untuk Ibu Amalkan Pada Trimester Pertama
Cari maklumat
Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimester pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapatkan maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, internet dan lain-lain.
Elak dehidrasi
Di trimester pertama, anda sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.
Artikel Menarik: [Tak Ada Istilah ‘Accident’, Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak]
Makan secara sihat
Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda seimbang.
Elak penyebab muntah
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Ikuti pemeriksaan antenatal
Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.
Makan ikan
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap pra eklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak.
Artikel Menarik: [Batuk Dah Makin Teruk, Nak Makan Ubat Tak Berani. Boleh Ke Makan Madu?]
Mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
Bersenam selalu
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda elak kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.
Senaman lantai pelvis
Sejak daripada awal kehamilan, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.
Kurangkan kafein
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Jika tetap terasa mahu ambil kopi, jangan berlebihan. Paling banyak, hanya dua cawan sehari.

Artikel Menarik: [Muntah Mula-Mula MEngandung Tu Biasa, Tapi Ada Ibu Yang ‘Mabuk’ Sampai 9 Bulan. Seksa!]
Empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-sebaiknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh atau jus buah-buahan segar. Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


